Drained

Drained

Nama aku Ain. Aku berumur 20-an. Pelajar IPTA di kawasan Utara. Aku berasal dari Perak. Family aku biasa biasa sahaja tidaklah kaya raya. Sebelum aku start aku ingin mengucap terima kasih admin approve kan Cerita pendek aku ni. Aku sebenarnya hanya ingin meluahkan apa yang terbuku dihati dan share pada pembaca yang mungkin pernah kena situation macam aku. Sebelum aku buat confession ni aku banyak baca kat ruangan ni. Jadi aku terdetik nak buat confession juga. Tapi topic aku ni adalah pasal kawan yang erm…baca lah.

Kadang-kadang aku rasa kawan itu perlu. Tapi selalunya aku rasa tak perlu kot. Bunyi dia macam aku selfish, ya aku selfish part ni. Aku tak ramai kawan. Paling rapat dengan aku adalah kurang dari 7 orang. Tapi kawan yang ni jarang menyusahkan aku, buat aku sedih, Jarang buat aku rasa apa salah aku ah? Aku pun takde nak emosi dengan diorang , aku tenang dan happy. Jarang berjumpa tapi bila jumpa happy sangat ya ampun, tak ada rasa energy draining. Tak bercerita hal orang tak kutuk orang, Bila tak jumpa lama tu tak emosi. Bila tak whatsapp lama pun tak emosi. Aku suka kawan macam ni.

Kesusahan. Tertonggeng.
Biasalah orang selalu cakap bila kita dalam kesusahan mesti jarang yang membantu. Itu dah biasa zaman sekarang ni, aku rasa benda tu zaman Nabi Adam pun wujud dah. Yang nak menolong tu memang rare. Kau kena stanby masalah yang akan datang sendiri. At the end of the day orang akan penat tolong kau .Sikit sikit minta tolong sikit sikit mintak tolong. Itu okay lagi, kalau yang suka ungkit? Selamat tinggal lah. Sebab kalau orang tu ikhlas, dia marah macam mana sekali pun dia tidak akan mengungkit. Lepas tu dia minta maaf sebab apa yang dia terlepas cakap. Ya, aku maafkan tapi tak sama dah lah. Alasan bila terlepas cakap “sorry aku tengah marah” Hello? Aku kalau tengah marah level tertinggi pun tak sampai level ungkit. Jadi itu bukan masalah aku. Itu masalah kau. Kau kena settle hati kau tu sendiri. Mesti korang ingat aku mintak tolong kat diorang kan? Jawapan nya tidak. Diorang yang banyak mintak tolong dekat aku. Tak malu mintak mintak barang. Aku tak faham jugak system mintak mintak barang or pinjam ni. Aku tak pernah pinjam duit diaorang. Aku nak pergi mana mana aku pergi sendiri, Kadang tu aku taknak pergi kena paksa pergi. Aku tak pinjam duit sesiapa pun, cuma aku akan Tanya abang aku je kalau aku kering sangat. Aku tak pernah menumpang bilik sesiapa. Cuma sekali sekala je aku cerita tentang life aku yang hambar ni itu je pertolongan dia. Sekadar memberi kata kata semangat yeah thanks sebab pasal benda tu pun kau ungkit. Jadi aku dah tau diorang ni jenis macam mana. Aku banyak je membantu dari segi emosi pada kawan kawan lain yang tengah down. Biasa lah tu, yang penting kita tenangkan diri dia lepas tu sudah. JANGAN UNGKIT. KAU BUAT APA APA PUN JANGAN UNGKIT.

Gang jilat bont*&^*&
Unless kau memang anak someone yang kena kipas selalu. Anak anak someone ni ada 2 jenis. Old money & New money yang ini adalah anak someone yang “new money”selalunya cakap macam ahli magistrate. Ekonomi kau tahu, money management kau tahu, complaint ini naik itu turun, membebel lagi dan lagi..end up mintak duit family. Tak payah cakap banyak lah friend. Anak someone yang old money ni selalunya lebih humble, banyak observe dari membebel. Cuma yang kahwin dengan anak anak family old money je lah yang berlagak sangat kat Instagram tu.
Kawan kawan lain kenalah jaga bontot sendiri tak sedar jadi fake. Layankan je sebab nak go through friendship jenis ni. Memang banyak lah yang back-up walaupun topic tu macam errr….. Lagi lagi dalam Instagram aku menyampah betul. jangan cakap lah caption panjang berjela. Kena bagi tahu orang friendship dia macam mana. Kena bagi tahu orang apa pendapat dia. Macam pendapat kau tu boleh tukar status Negara. Ada je benda yang tak senang hari hari lah ada complaint. Habiskan study tu dulu cik kak. Kesian nasib bakal husband kau. Habislah…

Guna Nama Tuhan
Ini lagi satu, perangai tu kasi ubahlah cantik sikit baru boleh petik nama tuhan kalau ya pun. Kau mengutuk orang dah berdosa, kau dengki sikit pun dah berdosa, kau buat orang kecik hati pun dah berdosa. Kau mengumpat pun berdosa. Dosa dosa kecil yang orang terlepas pandang. Dosa dosa kecik kau terlepas pandang nak sembang dosa dosa besar. Aku memang malas nak layan. Ikut sedap mulut lepas bercakap macam orang dah anak 3. Lepas tu berdoa kat social media. Apa kejadah diorang ni. Nak berdoa senyap senyap lah. Ni dah puasa, ha siap lah #donethis #donethat. One complete set. Doa kat Instagram, upload gambar pakai telekung, gambar sejadah, gambar tengah berdoa. Kau kutuk orang tu lepas tu bila jumpa selfie siap caption best best. Risau aku orang macam ni. Jadi aku perlu undur diri. Yang aku perasan bila lepak je dengan diorang ni bila balik je aku rasa tak happy energy aku drained.

Aku lagi happy tak ada kawan. Aku dah penat nak melayan perangai perangai kawan. Lagi lagi kawan perempuan. Kawan kawan yang perempuan ni selalunya “berpuak” dari zaman tadika sampai lah ke zaman kau bayar bil api air kau sendiri semua sama. Aku dah susah nak percaya orang. Lagi lagi time assignment time tu lah sibuk nak buat whatsapp group. Nak lepak. Bukan group assignment pun aku tak faham kenapa kena ada whatsapp group. Aku lebih suka buat kerja sorang unless kalau kerja tu memerlukan ramai orang, ya mari kita buat assignment beramai ramai. Bila dah terjadinya whatsapp group tu dah NO WAY OUT jujur aku cakap. Cuba kau tengok kat Youtube berlambak orang buat video pasal Whatsapp “How to get out from misery” “How to avoid Whatsapp group” “How to exit group without people knowing” . Jadi? Bukan aku sorang yang ada masalah ni. Aku tak kisah kalau diorang tahu common sense, limits, privasi. Sebab masing masing ada life sendiri, errands sendiri, hobby sendiri, cara study berbeza beza. Aku study 2 Jam je lepas tu aku buat apa yang aku rasa nak buat tanpa menggangu orang lain. Takde lah berjam jam study tapi banyak bersembang dari study. Aku faham nak study ni kena ada mood. tapi…..

Jadi, alkisahnya bergini. Bila dah ada whatsapp group banyak la quotes quotes yang kadang kadang memang kau dah tahu. Bersepah kat Instagram tu. Mungkin dia hanya nak mengingatkan. Kalau yang bergaduh tu ha siap lah sound sound dalam whatsapp. hantar gambar tengah lepak sama sama tanpa yang kena pulau tu. nak kasi panas. kesian budak tu wey. entah apa apa punya perangai. Send gambar tengah buat ini itu, habis memory phone aku. Oi whatsapp group ni bukan untuk tu pun. If you have nothing to say just don’t say anything at all. Lagi satu ajak lepak, diorang ni tak reti penat ke? Memang selalu kena lepak ke? Memang kena makan kat luar ke? kemas bilik ke, tukar cadar ke, pegi buat laundry ke Rm4 je pun. Ya Allah yang sorang ni lagi best. Dia memang cantik la cantik hijab biasa biasa. Aku tak judge dari paras rupa, aku judge dari apa topic yang selalu dibualkan dan dibincangkan so dari situ aku tahu lah dia ni makcik bawang atau tidak. Kalau Bawang Holland ni wah style jangan cakap lah, brand ni brand tu . Lipstic ni Lipstic tu, tiba tiba orang ni orang tu, time ni aku dah turn off dah.

Lepas tu nasihat orang macam dia pernah go through life lah. Bilik dia Kotak Kotak handbag paper bag branded pun simpan buat display? Untuk apa sebenarnya? Kalau aku dah buang dah sebab semak. Patutlah dalam Instagram kat situ je dia selfie Kat tempat display paperbag dia tu. Siap ada diva Ring Light. Mampu pulak kau beli. Kelakar siol. Inilah penangan Instagram. Biar papa kedana tapi Instagram kena ada makna dan warna. Kawan kawan aku yang lama tu tak ada pun whatsapp group, personal je kalau nak msg. kan senang?

Itu je lah yang aku nak cerita nanti aku tulis lagi.
Aku bukan sombong aku cuma perlukan kawan yang relax tenang dan membahagiakan tanpa mengguna kan satu sama lain. Macam lelaki cari perempuan nak buat bini? Macam tu lah kita kena cari kawan.

Salam,
Ain.

– Ain

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit