Drama Melayu

Assalamualaikum kepada semua pembaca-pembaca iium . Aku cuma ingin meluahkan perasaan terhadap drama dan movie melayu yg makin meletup-letup dalam kalangan remaja dan dewasa umur 20-30 an . Maafkan segala tutur bicara yang mungkin akan menyakitkan hati sesetengah pihak yang meminati drama-drama kini . Dan ada ramai di luar sana yg beranggapan seperti aku.

Maafkanlah aku , tapi aku tidak dapat menghayati drama yg hangat diperkatakan kini . Hero apatah nama dia. Aku memang bukan penggemar drama melayu. Biasanya cerita mahupun drama melayu yang aku minat memang boleh dibilang dengan jari berepa kerat yang ada di luar sana. Aku bukan anti ke apa sebelum korang nak judge aku tanpa selidik.

Bagi aku drama yg hangat diperkatakan sampai bergaduh-gaduh peminat kat laman sosial tu takde pengisian . Yang aku nampak perempuan tu nangis , yang dah kahwin tergedik2 satu sama lain . Yang mak ayah pula perangai macam budak2.

Bagi aku la , hero-heroin cantik macam mana sekalipun kalau jalan cerita tak ada pengisian memang ##*%*%* . Maksud pengisian yang aku cakapkan tu, dia buat kita tertanya-tanya boleh ke dalam Islam camtu2 ? Ni contohla . Bukan tertanya-tanya apa perempuan tu nak balas dendam apala kat perempuan yg dah rampas kekasih pujaan hati dia untuk show minggu depan.

Drama yang aku boleh masukla Tauke Cucu Beras . Sebab conflict yang dia tonjolkan kat situ memang nampak penulis menekankan gaya hidup anak2 kini dan bagaimana kita hendak mengenal rakan kita yang sebenar. Bagi aku itu suatu pengisian yang kita kena belajar bila tengok movie atau drama-drama.

Kalau drama atau movie berkaitan dengan kerjaya macam doktor or pilot cuba cerita sikit gaya hidup doktor or pilot tu macam mana. Mungkin boleh masukkan terms2 yang selalu diguna pakai dalam kerjaya mereka. Kalau Dr la dalam diagnose penyakit . URTI ke UTI , skin disease eczema ke rabies. Or terms2 yang selalu diguna pakai in a critical condition. Contoh untuk pilot aku tak berapa menahu .

Macam drama yg starred by alif aziz dgn siapa tah . She wore a lab coat and buat research bla bla and bla. Tapi takde slot pun dia dalam lab in detail . Yang fokus cuma slot love, love and love. Oh bukan,It’s not love, it’s lust.

Bukan nak menghentam, apa yang baik mungkin boleh diambil, yang buruk abaikan. I’m in medical line. Dalam kita have fun menonton drama and movie, banyak juga filem , drama or series yang buat otak kita berhubung dengan perkara-perkara yang dah dipelajari di kolej. Yang sangat2 buat otakku berhubung la series of greys anatomy dgn The Doctors from korean drama. Memang nampak implication knowledge diorang dalam realiti. Bukan dalam alam pekerjaan je , dalam percintaan tu pun boleh selitkan unsur2 yang bagus. Islamiah sikit ke . Macam ayat-ayat cinta from indonesia or Nur Kasih. Nur Kasih yang paling dahsyat tu dia buat aku tergumam bila suami dia pulang balik bila isteri dia dah kahwin lain lepas beberapa tahun. Konsep dalam islam tu buat kita terfikir2 sebagai muslim, apa kita perlu buat bila jadi camtu?

Sebab aku nampak implikasi pengaruh drama- drama yg tak bermanfaat merosakkan minda2 adik-adik sekolah serta rakan-rakanku. Semuanya pasal cinta, kekasih. Mak ayah family korang campak macam tu je. Semua target nak kahwin. Takde pun sorang aku nampak sedih memikirkan mak ayah apa jadi kalau dia dah kahwin. Mak ayah tak sunyi ke kalau kita takde? Yang dia fikir cuma nak hidup bersama lelaki tercinta.

Hamba marah bila fikirkan remaja2 mudah terpengaruh dengan perkara2 sebegini. Tak usah nak diasah lagi minda mereka ke arah itu dengan drama yang tidak bermanfaat. Maaf kalau luahan ini disertakan dengan sedikit kemarahan sbb mereka tunjang negara. Sedikit sebanyak mempengaruhi masa depan negara. Kita boleh tengok contoh sekarang negara kita diambang rasuah berleluasa. Bukan setakat itu, sikap pemimpin yang mementingkan diri juga makin teruk .

Bila kita tak menonton cerita tempatan, label kita tak hargai filem2 tempatan. Sepatutnya bila orang beri feedback , we need to try to improve to become better than before . Bukan cakap kat orang lain, It’s my movie creation and u don’t like it? You’re not supporting local films

– Kenit

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit