Dugaan Berumahtangga

Aku menulis hanya untuk meluahkan rasa di hati ini. Tahun ini genap 15 tahun ku menempuhi alam perkahwinan. Begitu banyak dugaan yg menimpa sepanjang 15 tahun ini.

Tahun pertama 2002
Semakin dekat tarikh akad nikah hati ini berdebar2. Kekadang menagis memikirkan bila diri akan bergelar isteri. Perasan takut dan resah sentiasa ada di hati. Selama ini mak ayah dan keluarga tempat ku mengadu segala duka di hati. 19.5.2002 adalah tarikh bersejarah ku bergelar isteri. Ketika itu umur ku 21 dan suami 23 tahun.

Selepas 3 bulan ku di sahkan mengandung suamilah yg paling teruja habis adik beradik dia bagi tahu. Kalau boleh satu kampung dia nak bagi tahu. Ku pula rasa malu. 20.6.2003 lahir lah anak sulung perempuan ku.terpaksa di lahirkan melalui pembedahan.

Tahun kedua.
Tahun ni aku keluar semua duit simpanan untuk buat rumah di tanah pusaka sebelah suami. Rumah yg bakal di bina hanya sebelah rumah mentuaku yg juga ibu suamiku.

Walaupun rumah ni kecil dan bilik di sekat dgn almari saja. Tapi rasa puas kerana ianya hasil titik penuh ku dan suami. Selepas rumah dah siap aku telah berhenti kerja. Menjadi suri rumah sepenuh masa.

Tahun ke empat.
Ku di sah mengandung anak yg kedua. Suami gembira dgn berita ni. Tapi dugaan melanda bilaku sudah sarat mengandung. Henfon dia selalu di sorok kekadang ada pasword lagi nak buka. Pernah sekali suami ku tidur ku ambil henfon tu dan ku lihat sms dari perempuan siap bersayang lagi. Hati ku sakit dan remuk. Terasa sakit dihati hanya Allah yg tahu. Air mata lah teman ku.

Bila ku tanya pada suami,dia memberi alasan itu kawan sekerja tak lebih dari itu. Kalau kawan kenapa perlu bersayang-sayang. Hatiku terasa sakit dan tertekan.10.7.2006 lahir anak ke duaku.sebulan berpantang di rumah keluarga ku.aku pulang ke rumah ku pula untuk berpantang di rumah sendiri.

Bila pulang ke rumah aku teringat rantai leher ku yg ku simpan di dalam almari. Aku mencari tapi tak jumpa bekas rantai tu ada tapi rantainya tak ada. Ku beritahu pada suamiku dia pun tolong juga carikan. Dia juga kata mungkin aku tersalah letak tempat lain.Esoknya suamiku pergi kerja seperti biasa. Aku tetap mencari rantai leher tu. Rantai leher tu tak ku jumpa tapi ku jumpa sekeping kertas pajak gadai di dalam kotak gelas di atas almari. Air mata ku jatuh berderai tak ku sangka suami sanggup berlakon.bila suamiku pulang dari kerja aku minta penjelasan darinya. Dia mengaku memang dia yg gadai rantai tu.

Jiwa dan hatiku tertekan. Perasaan benci pada suami meluap-luap. Geram dan sakit hati yg tesangat sakit. Emosiku mula tak keruan. Aku pernah pukul anak kedua yg baru berumur 3 bulan kerana asyik menagis. Satu hari suamiku balik kerja shif malam. Aku terasa sangat benci dan geram padanya.aku ambil pisau di dapur ku datang pada suami ku yg masih lena dan kenjut dia dari tidur. Dia terbagun dan terkejut melihat di tangan kanan ku ada pisau. Lalu dia merampas pisau tu.

Selepas kejadian tu ku pulang ke rumah keluarga ku untuk menenangkan fikiran.di fikiran hanya ingin bercerai saja. Dalam seminggu suami ku datang dan dia pun duduk sekali di rumah keluarga ku. Ayah ku nasihatkan pada ku jangan bercerai sebab suamiku sanggup datang dan duduk sekali di rumah keluarga ku. Itu tandanya dia masih sayang pada ku.

Selepas aku dan suami tinggal di rumah keluargku. Suami ku terlah berhenti kerja. Dan mula berkerja sebagai tukang rumah ja dan buat kerja2 kampung saja.

Tahun ke lima.
Selepas 5 bulan tinggal sekali dgn keluarga ku. Aku dan suami pindah balik ke rumah kami. Kehidupan kami seperti biasa tapi sekarang suami sudah tak ada kerja tetap. Bila ada kerja ada la duit.

Tahun ke duabelas.
Suami ku masih kerja tukang rumah dan buat kerja2 kampung. Anak pun dah 3 orang.Anak2 semua dah sekolah anak sulung darjah 5,anak ke 2 darjah 2,yg bongsu prasekolah 6 tahun.walau pun kehidupan ku dan suami agak sederhana.tapi ku rasa bahagia.tahun ni dugaan menimpa lagi. Mak ku tiba2 sakit dan tak boleh bangun. Aku minta kebenaran dari suamiku untuk tumpangkan mak di rumah kami supaya senang untuk ku menjaga mak.suamiku benarkan, tiap2 mlm ku teman mak tdur.kekadang suamiku yg akan kejutkan aku bila terdengar mak mengerang kesakitan.

Mak selalu ke luar masuk hospital pada tahun ini. Ku yg selalu menemani mak kerana hanya aku yg tak berkerja.Dalam adik beradikku hanya 2 orang ja perempuan. 5 orang lagi lelaki. Adik perempuanku berkerja. Satu hari tu mak ayah dan suamiku telah bawa mak pergi berubat dgn seorang pakcik ni. Pakcik ni telah berikan air untuk mandikan mak.semasa nak mandi kena azankan dulu di telingga mak dan mandi di depan rumah bukan di bilik air. Di sebabkan ku tengah datang kotor dan ayahku pula telah blik slepas hantar mak ke rumah ku. Suamiku yg terpaksa mandi mak walau dia hanya menantu. Mak menagis masa suamiku mandikan. Kata mak,mak ada 5 orang anak lelaki tapi sorang pun tak pernah mandikan mak.

Bulan 12 arwah mak telah pergi buat selamanya.

Tahun ke empat belas.
Setelah hampir 2 tahun tak pernah pergi temujanji untuk penyakit tairod ku. Ku kuat semangat untuk pergi temu janji kembali untuk buang tairod di leherku. Dan suami ku sentiasa bersama ketika ku ada temu janji di hospital.

Selepas setiap bulan buat temu janji akhirnya bulan 6 ku telah selamat melakukan pembedahan buang semua tairod di leher ku.Dan selepas ni 6 bulan sekali akan ada temu janji di hospital dan sebulan sekali ambil ubat.

Selepas ni tidak tahu apa lagi dugaan dan ujian yg bakal aku dan suami bakal tempuhi. Semoga ku dan suami mampu melaluinya. Dan biarlah jodohku dan suami kekal sehingga ke akhir hayat.

– izah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit