Dulu Ibu Saudara, Sekarang Bergelar Ibu

Dulu Ibu Saudara, Sekarang Bergelar Ibu

Assalamualaikum. Aku nak ucap terima kasih dengan admin sebab buat ruangan iiumc ni. At least boleh jadi ruangan untuk orang lain nak bertanya pendapat atau nak cerita pengalaman hidup. Entry kali ini mungkin lebih panjang, aku minta maaf sangat kalau aku dah ambil masa kalian. Apa yang aku nak tulis kali ni adalah kisah yang berlaku dalam hidup aku sendiri.

Aku anak kedua daripada 5 beradik dari ibu yang sama dan 7 beradik dari ibu yang lain. Ibu kandung aku meninggal dunia waktu tu umur aku 7 tahun. Ibu meninggalkan kami 5 beradik. Waktu tu abang aku umur dia 9 tahun, adik bawah aku 5 tahun, 3 tahun dan paling bongsu 36 hari. Ibu aku meninggal dalam pantang sebab aku tak pasti. Kami 5 beradik semua bersalin secara normal kecuali adik ke 3 dan yang bongsu ni. 2 adik aku ni bersalin secara Caesarean. Waktu bersalinkan adik ke 3 ni memang ibu kerap pengsan secara tiba2 waktu dalam pantang. Aku tak pasti kenapa tapi alhamdulillah Allah panjangkan lagi usia ibu. Sampai adik bongsu bersalin melalui Caesarean jugak. Ibu aku mengalami symptom yang sama mcm waktu bersalin adik ke 3 dulu. Cuma kali ni last ibu pengsan, Allah ambil nyawa ibu.

Aku ingat lagi waktu tu aku dalam kelas tengah belajar, tiba2 cikgu datang ketuk pintu panggil. Cikgu bagitahu kawan ayah aku datang jemput aku dan abang untuk balik rumah. Kami adik beradik sekolah rendah yang sama. Dalam kereta aku tertanya2 kenapa kawan ayah yang ambil? Ambil waktu tengah belajar pulak tu. Sampai rumah nenek aku, aku terkejut tengok ramai sangat orang depan rumah nenek. Semua kerusi tersusun elok je kat ruang luar rumah nenek. Masuk je rumah aku terkejut melihat sekujur badan berselimut putih. Ibu ku. Ibu ku sudah tiada. Aku masih ingat lagi suasana hari tu, ada yang menangis ada yang mengaji. Yang hairannya aku tak nangis pon time tu. Mungkin sebab aku terkejut sangat atau sebab aku tak faham lagi. Yelah waktu tu baru umur 7 tahun. Aku terpinga2 tak tahu nak buat apa, nak pergi kat siapa waktu tu. Jadinya aku berdiri je kat ruang tamu dan hanya memerhatikan semua orang. Time tu la tiba2 sorang makcik aku datang kat aku, minta aku duduk dengan dia, sambil dia peluk bahu aku. Aku masih tak nangis tapi waktu tu dada dah mula rasa sebak.

Nak diceritakan setelah selesai semua, datuk dan nenek bertekad nak jaga adik aku yang baru berumur 36 hari dan aku menangis nak duduk jugak dengan datuk dan nenek. Lepas pada tu, aku jadi sangat clingy dengan nenek. Tidur mesti kat rumah nenek, solat pon nak ikot nenek jugak. Nenek aku sampai tak boleh pergi mana sebab kena layan aku yang over clingy ni. Pernah satu masa, masa aku pergi sekolah, nenek aku pergi rumah pakcik aku. Jauh jugak la rumah pakcik dengan rumah nenek. Boleh jama’ dan qasar lah nak kata jauh jugak tu. Aku nangis2 time balik sekolah tengok nenek takda kat rumah, teros minta ayah telefon untuk call nenek. Aku nangis suroh jugak nenek balik hari tu sebab tak sanggup nak berpisah dengan nenek waktu tu. Dan sayangnya nenek kat cucu dia sorang ni, nenek aku balik jugak hari yang sama. Aku sangat bersyukur Allah masih kurniakan aku datuk dan nenek tempat menumpang kasih walaupon Allah dah ambil ibu. Aku tak rapat sangat dengan ayah waktu tu. Adik beradik yang lain tinggal kat rumah ayah. Nenek hanya sediakan makanan ja untuk adik beradik yang lain.

Nak dijadikan cerita adik ibu aku yang bongsu tak kahwin lagi waktu tu. Aku namakan beliau mama K. Jadi nya nenek minta mama K untuk ganti tempat ibu jaga kami adik beradik. Mula2 mama K macam taknak. Aku tahu ni dari nenek cerita kat aku. Tapi lepas puas nenek dan datuk nasihat dan pujuk mama K, mama K pon bersetuju untuk berkahwin dengan ayah. Alasan utama nenek buat keputusan macam ni sebab taknak pisahkan kami adik beradik. Bagi nenek, kalau ayah ditakdirkan kahwin dengan orang lain, mungkin kami adik beradik terpaksa dipisahkan atau diagih2 kan kat orang lain untuk dijaga.

Bermula episod mama K menggantikan tempat ibu kandungku. Macam yang dah aku bagitahu sebelom ni, mama K merupakan adik bongsu ibu dan merangkap ibu saudaraku. Sewaktu kecilku, aku masih ingat segala jasa baik mama K untuk aku, bawa aku jalan2, belanja aku makan sedap2 dan banyak lagi. Yelah, waktu tu ibu aku busy dengan kerja dan anak2 yang lain, jadinya mama K selalu ambil aku untuk teman beliau. Namun segalanya berubah bila mama K berkahwin dengan ayah dan menggantikan tempat ibu ku dan setelah mama K ada anak sendiri.

Aku taktahu dari mana aku patot start. Apa yang pasti semakin aku besar, semakin aku nampak sikap anak bongsu yang ada dalam diri mama K dan kadang tu aku jadi kurang sabar dan sangat sedih. Aku tahu, aku seharusnya bersyukur, at least mama K tak dera kami adik beradik. Tapi sehingga kini, aku tidak boleh menyamakan mama K dengan ibu kandungku. Ayah aku selalu berpesan, darjat mama K adalah sama seperti seorang ibu. Cuma kenapa aku masih tak boleh terima kenyataan itu.

Mama K anak bongsu, dapat anak instant 5 orang dan lepastu baru dapat anak sendiri 2 orang. Ibu aku anak perempuan sulung. Faham lah anak bongsu ni macam mana. Mama K ni manja sangat dengan nenek, sejak dari kecil jarang masak sebab semua kerja memasak nenek yang buat. Lagi pulak muda2 lagi mama K dah tinggal di asrama dan berjauhan dengan nenek. Jadinya, mama K tak banyak masa bersama dengan nenek. Mama K wanita berkerjaya dan cerdik jugak la. Orang perempuan kalau dah berkerjaya, cerdik memang lah. Kalau dari segi berhujah mesti nak betol je. Kalau salah memang jarang nak minta maaf, and kalau kena kritikan pon memang mama K susah nak terima dan ubah. Lagi pula, mama K kadang tu apa yang beliau cakap, tapi beliau tak buat pon benda tu. Benda yang beliau tak suka kami adik beradik buat, tapi beliau juga yang buat. Sikap dan naluri Mama K yang tidak seperti seorang ibu terhadap kami 5 beradik ini juga boleh mengundang perselisihan faham. Boleh je kalau nak bagi contoh satu2 cuma aku rasa tak perlu. Yelah, maybe somethings are just best left untold. Tapi untuk semua negatif yang ada tu, banyak lagi sikap positif yang ada dalam diri mama K. Aku sedar yang tu dan aku sangat hargai. Aku tahu mama K dah banyak berkorban demi kami adik beradik. Cuma ada sesetengah sikap Mama K ni yang bila beliau buat aku jadi sedih, susah nak sabar dan waktu tu la aku selalu terbayang alangkah indahnya kalau ibu ku masih ada.

Aku rindu nak betol2 rasa kasih sayang seorang ibu. Aku rindu nak panggil ibu. Rindu suara ibu, masakan ibu. Walaupon tak banyak kenangan manis yang aku ingat antara aku dan ibu, aku selalu terbayang macam mana hidup aku dan adik beradik kalau ibu masih ada. Apa yang pasti tak ada seorang pon insan kat dunia ni yang boleh ganti tempat seorang ibu kandung, walaupon yang ganti tu adik ibu sendiri. Aku harap sangat untuk yang masih ada ibu, hargailah ibu kalian. Sakit nya bila kalian teringin sangat nak story2 dengan ibu, nak mengadu semua kat ibu, nak luahkan segalanya kat ibu tapi semua tu hanya dalam bayangan. Apa pon, doakan aku serta adik beradik ku yang lain menjadi anak yang baik, taat akan segala perintah beliau selagi tak bercanggah dengan agama dan menyayangi beliau — ibu saudara dulunya, namun kini menjadi ibuku — seperti ibu kandungku sendiri. Aku masih sayang keluarga ku ini namun aku selalu merindui ibu kandung ku.

– DD

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments