Encourage, Not Critics

Encourage, Not Critics

Assalamualaikum dan hai pembaca IIUM.

Pertama sekali, terima kasih admin kerana menyiarkan luahan perasaan saya.

Luahan ini kira macam jawapan balas kepada luahan yang bertajuk ‘Perkongsian untuk mereka yang PERNAH berzina’.

Nampak tak aku huruf-besarkan perkataan pernah. OK. Why you may ask.

Sebab.. Lepas baca komen-komen aku rasa macam, Ya Allah butakah orang yang komen cakap ‘bagi galakan pada penzina’, ‘betul ka ter bukan sengaja ke berzina’? Hahaha Malaysia memang suka bash orang tanpa baca dengan teliti eh? Confessor kan dah terang-terang cakap tu ‘PERNAH’. Maksudnya, benda yang dah jadi di masa lampau. Sesuatu yang pernah dibuat. Bukan dia cakap kepada yang sedang sedap berzina. Adeh.

Aku tak sokong perbuatan zina. Eh gila ke sokong? Perbuatan Allah laknat ni. Tapi, aku sokong penzina yang bertaubat. Baliklah ke pangkal jalan. Sebab, Allah suka orang yang bertaubat. Boleh rujuk surah al-Baqarah ayat 222.

Lepas tu ada orang komen, ‘tuhan dah ampunkan dosa zina kau tapi kau ada lagi dosa besar lain yang boleh menjerumuskan kau dalam neraka jahanam’. Haha ok komen yang ini lawak. Hey kak, dia tengah bagi semangat kat orang yang pernah buat zina la. Dia nak suruh orang tu bertaubat dan jangan putus asa cari redha Allah. Oh kalau macam tu, tak payah la eh bertaubat? Sebab pernah mengumpat, pernah derhaka dengan mak bapak, pernah curi duit kawan.. Semua orang ni tak payah bertaubat. Sebab kalau kau bertaubat, akan ada lagi dosa kau lain yang Allah audit. Hahaha. Cik kak, bertaubat ni, berjanji tak akan mengulangi perbuatan itu lagi, sekaligus mendekatkan diri kepada Allah. Mensucikan jiwa. Kembali kepada Allah ibarat kain putih. Kau orang yang nak bertaubat tu, abaikan cakap-cakap yang serupa dengan kakak ni. Tahunya nak kritik aje. Bantunya tak. Nak buat baik pun salah. Satu dunia berzina karang kau jugak ikut sama diterbalikkan Allah. Dah orang yang pernah berzina pun kau kecam bila dia nak bertaubat. Tak bertaubat karang kau marah jugak. Apapun tak boleh lah kau ni kak.

This world has enough critics. Be an encourager please.

Encourager untuk buat baik ye. Bukan agen penggalak untuk berzina. Tolonglah. Kita ni diuji Allah dengan macam-macam ujian. Ujian untuk yang pernah berzina tu adalah nafsu dia. Dan dia telah kalah. Tapi sekarang, dia nak bangun balik kembali ke pangkal jalan. So, instead of bashing, why don’t we encourage their efforts to repent? Mungkin, disebabkan dosa besar dia tu lah suatu hari nanti di padang masyaar, dia kembali dalam keadaan yang paling disukai Allah. Kerana melalui dosa besar itulah Allah beri dia laluan untuk jadi orang yang baik apabila dia menyesal dan bertaubat. Sebab, kadang-kadang, perbuatan dosa yang melahirkan perasaan hina dan kerendahan hati itu lebih baik daripada ketaatan yang melahirkan rasa mulia dan kesombongan. Ni dalam kitab al-Hikam. Pergi baca.

Akhir kata, aku bukanlah menggalakkan orang berzina. Astaghfirullah. Aku menggalakkan yang dah pernah atau sedang berzina tu, tolonglah, tolonglah balik ke pangkal jalan. Tolonglah berfikiran lebih panjang jangan nak sedap sekejap aje tu. Tak berbaloi. Tak aman kau dunia akhirat.

Dan lagi satu pesan aku, mak bapak yang ada anak terlanjur tu, janganlah dikahwinkan terus. Sebab bagi aku, lagi baik kau sekolahkan dulu budak-budak tu. Hantar ke pusat pemulihan, hantar ke raudhah sakinah mana-mana. Sebab, macam mana kau nak harap manusia berfikiran cetak macam tu nak jadi suami isteri sekaligus nak jadi mak bapak budak? Kalau kau fikir nak tutup aib tak fikir generasi akan datang, silap besar aku rasa. Kau akan menghasilkan generasi yang sama fe’el dengan mak bapak dia tu kalau kau kahwinkan budak-budak tu tanpa diorang bertaubat dan dididik dengan sebenar-benar agama.

Sekian.

A bored housewife

– A bored housewife

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments