Extremist

Asssalamualaikum para pembaca. Saya ialah seorang pelajar yang pernah menyertai jemaah dan usrah ketika belajar. Disini saya ingin menyatakan beberapa pandangan selama saya menyertai mereka. Sedikit latar belakang… saya bukanlah datang dari keluarga yang warak, semuanya biasa2 sahaja. Aurat tidak tutup sempurna walaupun bertudung, perkara2 sunnah jarang saya praktis tetapi yang wajib tidak pernah tinggal. Semasa saya belajar saya tertarik untuk belajar tentang lebih lanjut tentang kerohanian agama jadi saya menyertai beberapa program yang berkaitan.

Semakin saya menyertai mereka, memang tidak dinafikan lagi saya memang semakin ‘tersedar’ tentang peluang2 pahala yang saya sudah terlepas. Memang asyik dan menyenangkan hati berkawan dengan mereka, semuanya baik, ramah dan sangat2 mudah membantu apabila kita dalam kesempitan atau kemusykilan. Daripada seorang gadis yang sekadar bertudung bawal pin tepi, saya sudah mula bertudung labuh, atas dorongan kawan2.

Setelah saya habis belajar, saya juga terus menyertai program2 ilmiah. Ketika ini saya di peringkat umur yang dinyatakan ‘sesuai’ untuk berkahwin, jadi ramai ahli2 yang menyatakan hasrat untuk memperisterikan saya. Tetapi hati ni belum terbuka, jadi saya tolak kesemuanya. Sejak dari itu, saya perasan ramai rakan2 perempuan saya yang menyatakan komen2 yang mendorong saya untuk berkahwin awal. Alasannya ialah untuk mudah saya ditemani suami jika mahu menyertai program ilmiah dan macam2 lagi. Ada juga yang mendorong saya untuk menjadi isteri yang ketiga atau keempat, kerana bersuamikan seorang ‘ketua’ sejati ialah lebih bagus dari bersuamikan seseorang yang belum tentu boleh memimpin saya. Mereka semua kata saya ada potensi untuk jadi yang terbaik, jadi haruslah saya memilih suami yang terbaik.

Masalahnya saya tidak terbuka hati langsung untuk berumah tangga. Saya tahu saya belum bersedia. Dalam diam, saya tidak setuju dengan idea mereka untuk menjadi isteri ketiga atau keempat hanya kerana memerlukan seorang ikhwan yang telus untuk mendidik saya. Saya seorang wanita yang ada cita2, saya sukakan bidang saya iaitu matematik dan saya tidak kisah berkahwin lambat kerana ada impian kerjaya yang belum dapat saya capai. Oleh kerana komitmen ini dan komitmen keluarga, saya rasa saya tidak dapat beri komitmen penuh kepada suami dan keluarga kerana hati ini belum terbuka untuk mengasihi sesiapa selain keluarga.

Disini…permulaan perkara2 yang membuat saya ‘tersedar’. Tidak cukup dengan bertudung labuh, mereka menghalang langsung untuk saya berkomunikasi dengan kaum lelaki, walaupun di tempat kerja. Mereka menggesa saya untuk berhenti kerja kerana saya bekerja di kalangan orang2 yang ‘sesat’. Sejujurnya tempat kerja saya memang dipenuhi expat tidak kiralah lelaki atau perempuan, tetapi ia tidak pernah menghalang saya untuk solat, beribadah dan menghormati agama saya. Mereka juga mendesak saya untuk berniqab dan menyatakan wajah wanita ialah aurat yang haram ditunjukkan oleh lelaki kecuali mata. Sejujurnya saya bukanlah orang yang cantik sehingga perlu menutup muka, jadi saya tidak berniqab kerana ketiadaan niqab itu tidak pernah menghalang saya untuk beribadah dengan lebih khusyuk. Sehingga mereka memaksa saya untuk memakai niqab semasa menyertai program2, dan saya hanya akur. Sejujurnya saya tidak sedia memakai niqab.

Sudah begitu, saya mula mendengar pendapat2 radikal daripada mereka. Seperti contoh mereka seolah2 sangat benci dengan orang yang bukan beragama Islam. Dikatakan tidak perlu kita bercakap dengan mereka, tidak perlu kita berurusan dengan mereka dan tidak perlu kita agungkan mereka. Saya sangat sedih mendengar ini kerana di tempat kerja saya rapat dengan rakan2 expat wanita dan mereka tidak pernah prejudis terhadap saya. Selain itu, topik2 perbincangan mereka sering menjurus kearah ‘jihad’ dan kezaliman yang menindas umat Islam sekarang.

Sejujurnya, saya rindu usrah dan jemaah ketika belajar. Banyak perkara positif yang saya belajar dan banyak topik yang dibincangkan menjurus kepada perkara positif. Sekarang topik2 yang selalu dibincangkan ialah jihad, kezaliman, penipuan, penganiayaan. Bukanlah saya tidak tahu tentang perihal semasa, tetapi apabila kita mendengar topik2 ini, kita seolah2 dihuni rasa marah dan geram kepada orang2 yang melakukan keganasan ini. Tetapi bila difikirkan semula, memang kita akan marah kepada orang yang kejam… tidak kiralah siapa pun yang ditindas. Saya tidak mahu menggunakan perkataan ‘hasutan’, tetapi ianya seolah2 meminta supaya kami ‘bangkit’ dan ‘bersemangat’ untuk mendapat ‘keadilan’.

Keadilan apa yang dimaksudkan? Perang. Ya, saya juga tersentak apabila topik yang dibangkitkan ialah perang keatas pembenci Islam. Siapakah pembenci Islam? Orang2 yang menindas. Saya rasa tidak selesa. Saya bukanlah orang yang sukakan keganasan dan bukanlah seorang yang pendendam. Tetapi terang2an disini mereka menyuruh kami supaya menyokong propaganda ‘justice’ mereka dengan apa jua cara sekalipun. Dan ahli2 yang terkorban di peperangan diangkat sebagai wira yang mati shahid… Obses dengan kemenangan, saya dapati mereka cuba ‘justify’ perkara2 tertentu yang saya enggan sebut dengan alasan ini dibuat semua kerana agama… Mereka taksub dengan zaman kegemilangan peperangan Islam, mereka taksub dengan syahid, mereka taksub dengan ‘korban’, mereka taksub dengan penganiayaan yang mereka alami…

Diam2 di rumah saya menangis. Jauh di dalam hati saya, saya bencikan peperangan dan keganasan. Saya juga tidak sedia hidup berpoligami. Saya tidak sedia berniqab. Jika saya menolak, saya akan dikecam sebagai hanyut atau alpa dengan dunia. Tetapi oleh kerana lebih 8 tahun saya dikelilingi mereka yang memperjuangkan Islam, saya terasa bersalah jika tidak menyokong ‘peperangan’ mereka untuk kegemilangan Islam. Inilah Islam yang sebenar, kata mereka. Adakah saya sesat?

– Sofiyah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit