Feedback untuk lelaki yang terima tunang selepas tahu sudah terlanjur dengan ex bf

Bismillahirrahmanirrahim…saya harap sangat post saya ni admin akan post dekat iiumc,sebab saya nak share pengalaman yang saya sendiri lalui..Saya baru 4 bulan berkahwin dengan suami saya,dan saya masih belajar di ipta terkemuka di malaysia .ceritanya begini,saya mempunyai masa silam yg sangat dahsyat yang tak mampu dibayangkan,saya telah berzina dan membuat maksiat..sebelum saya kenal dengan suami saya ,setahun saya mendiamkan diri dan berubah dan pade ketika itu,pergantungan saya hanya pada Allah…saya lupakan dumia,saya kejar cita2…dan saya pernah berdoa "ya Allah ,kalau aku diberi peluang untuk mengenali lelaki lagi,kau kenalkan aku dengan jodohku ya Allah ,aku tak sanggup bercinta dan mmbuang masa,aku pilih jalan Mu dan aku bertaubat ya Allah…sebulan selepas aku berdoa sebegitu aku diperlenalkan dengan seorang lelaki yg kini suami ku..subhanllah..wallahi..dia alim sangat dan langsung tidak pernah menyentuh aku dan sangat menghormati ku sebagai wanita,kami tidak keluar bersama,langsung tidak bercinta,beberapa bula setelah kenal,dye datang berjumpa abah dan terus masuk meminang..sebelum bertunang,aku jujur dengan dye aku sudah terlanj uur dan aku cerita segala kisah silam aku bukan niat membuka aib tapi aku cuba berterus terang sebab aku taknak satu hari namti bile kami bersama lepas nikah,dyedapat tahu dan dye akan tertekan lalu menceraikan ku..jadi,aku ambil langkah selamat dengan memberitahu dlu,untuk tidak mengkhianati bakal imamku…selepas diberitahu,dye terperanjat dan wallahi,dye tak samgka aku yang bertudung labuh kini mempunyai kisah silam sangat dahsyat dulu…selepas memberi dye mase dalam 2 bulan menyepi ,selepas istikharah yang buat kesekian kali,dye hantar rombongam merisik daripade keluarga dan 3 bulan selepas itu kami bertunang dan 3 bulan selepas tunang kami bernikah…dye terima aku..wallahi dye kate dye ingin selamtkan aku…seperti ape yg dikatakan tunang ini…dye kate itu cume kisah silam…aku gembira..seperti yang kami rase,suami aku 'one in a million "bukan?ya ,betul…tapi ..jgn sangka ,kite pendosa tisak diuji allah..bukan senang taubat kite diterima,selepas sebulan berkahwin…tiade angin tiade ribut,dye ungkit aku siapa…Allah,sakitnya …demi Allah…aku taat,patuh pada Allah dan suami ku…minta maaf setiap hari,tapi dugaan Allah melebihi segalanya,dye sentiase ungkit aku perempuan kotor,ramai lelaki dah sentuh,jijik dengan aku sampai dye tak sanggup nak sentuh aku..kami yang konon nya ingin bercinta selepas nikah,lentap begitu sahaja…kini,aku masih begini..berbekalkan kekuatan daripada kisah silam aku yg tauk sanggup aku ceritakan..aku masih di sini…belajar,aku isteri,aku anak dan aku juga bakal ibu kepada anak yang berada dalam kandungan ku (5 minggu)..doakan lahh aku diberi kekuatan untuk mengaharungi dunia…aku tidak berniat untuk mengaibkan suami..cuma,aku ingin bercerita,kepada lelaki yang menerima wanita yg terlajur,terimalah sebenar benarnye..jangan separuh jalan..dan buat wanita yang dikasihi,jagalah diri anda sebaik-baiknya kerana…sekali anda terjerumus ke kancah zina,Allah akan turunkan balasan cash di dunia…bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat…Menerima wanita sebegini bukan sesuatu yang mudahh..aku faham tindakan suamiku dan aku redha..buat encik tunang,yang menerima bakal isterimu,tahniah…teruskan usaha anda..ingat ,ini TIDAK MUDAH..

– Isteri

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

293 Comments

  1. itu xsyok.. ayoyoyo..pas da nikah lain pulak jadinye :'( tabahkan la hti mu. ujian dri Allah. ingt apa2 pun kita ada Allah. Allah je tau kita da berubah. biarpun org lain xterima. kita tetap ada Allah. .cinta hakiki

  2. itu xsyok.. ayoyoyo..pas da nikah lain pulak jadinye :'( tabahkan la hti mu. ujian dri Allah. ingt apa2 pun kita ada Allah. Allah je tau kita da berubah. biarpun org lain xterima. kita tetap ada Allah. .cinta hakiki

  3. Eh konon tak nak sentuh tapi da mengandung? Dasar lelaki takleh pakai. Datang mood nak sentuh lepas tu buang cakap jijik. Sorry to say la, he doesnt deserve you. Not the opostite. Tu dosa u dgn allah bukan dgn husband. Yg layak judge u hanya allah. Xde org lain. Kalau xnk, kenapa hantar rombongan? Skg nak seksa wife pulak. Harap lelaki mcm ni pupus. Bukan you tau kalau dia da main dgn banyak perempuan. Kalau dia alim, dia tak buat you mcm ni. Patut tahu hak you sebagai isteri dan belajar memaafkan you. Tu baru org alim. Kalau tak boleh maafkan better xyh kawin.

    • Jinat Ahmed isteri prgnant 5w.. dlm tempoh sbln dy ad bersama dgn suami.. suami dy start mngunkit lps sbln bnikah.. mgkin dh rezeki mrka Allah nk tnjuk isteri yg kmu jijik tp ad hasil dr rahim isteri yg dy kata jijik tu.. wallahu alam..

      Bt isteri yg traniaya tu sy pnh dgr ustaz bpesan klu sorg pompuan tu pernah terlanjur sblm bnikah dy xplu mceritakan kisah silam dy pd bkl suami.. bia kn rahsia smp hjug nyawa, xplu rs bslh pd bkl suami sb dosa tu antara diri kita dgn Allah.. ckup dgn btaubat dan tidak mngulangi perbuatan tu.. bkl suami xberhak tau ksh silam kta bg mngelakkn pkra2 buruk mcm ni la.. smoga si isteri tabah dgn ujian ni n lbh dkt kn diri pd Allah..

    • Nilah jadinya kalau terlalu percaya lelaki boleh jadi penyelamat & pembimbing ke syurga. Dah didajalkan pun masih redha. Apa2lah.

    • Hati manusia sifat die berbolak balik. Ada masa iman kuat, ada masa iman lemah. Ini dugaan bagi suami dia. Yg awak pulak, nak komen jgn sampai mencerca . Awak pun x layak nak judge laki tu.

    • U speak on behalf of me. U go girl! Konon nak selamatkan. Kalau nak selamatkan, takde nya wife ni buat confession mcm ni kat sini.

    • Thats why sis kita mmg tak digalakkan cerita kisah silam kat org . Simpan aib tu sebaik mungkin . Klo betul dia suci , dia takkan tau you dara ke tak ?

    • Point tuk lelaki tu serang bini dia mmg ada.. mmg senang sedap je hantam.. tpi jgn lupa kdg ko sendiri x faham apa yg ko nak kan.. t dah melepas putih mata baru ko panjang akal.. hargai lah apa yg ada sekarang.. tu je simple.. apa ko ingat ko mulia sgt sampai x boleh terguris dan terhiris.. x pyh sombong sgt..

    • Aiman Mahfoz ko ckp apa ni bro? Hargai sape? Sape ckp aku mulia? Bila masa aku sombong? Mohon explain with valid quotation from my comment. Yg aku nmpk laki tu je x hargai perempuan. Prmpuan tu da cuba trbaik but still husband hina. Sampai prmpuan tu rasa dia terhina walhal dosa itu antara dia dan allah. Part mana aku salah? Cuba explain.

    • mungkin lebih elok dgr 2 side of story, mungkin ada sebab kenapa husband dia berkelakuan begini dan mungkin ada sesuatu yg berlaku..wallahualam..

    • tulah prmpuan2 skalian. ada otak kan? sblm kau nak bg llaki yg bkn suami kau jimak kau, fikir masak2. bnda dah jadi x boleh undur. ada faham bingai? ni tak, belum kawin tp dah dating, hiking, study, mkn dgn bkn mahram.. kesian aku dkt laki dia dpt bekas tebuk tupai org.. ptuikkkk

    • Ray Roslan allah yg uruskan jodoh. Bukan kita. Kalau allah dah tetapkan ko dpt prmpuan yg ditebuk ko tgk balik diri ko. Mybe ko tu pernah tebuk org jugak. Kan allah da ckp laki baik untuk prmpuan baik. So relek je. Banyak laki alim mcm husband dia ni bertopengkan setan.

    • Hmm..org kata perempuan ada 1 akal dan 9 nafsu, lelaki ada 9 akal dan 1 nafsu. Tapi sama2 la jaga nafsu dan gunakan akal sentiasa. Sedih kan bila baca cite camni. Dua2 salah. Tapi satu tu kesalahan lepas, satu lagi yg masih boleh diubah. Tapi nak buat mcm mana. Manusia ada perasaan.

    • boleh kena hukum qazaf sister ni.. suka hati je tuduh org brzina.. yg kau back up bgai nak rak tulah pnzinanya.. yg ko nak tuduh2 org ni dh knp? ke kau nk jd juara isu wanita mcm sisters in islam?

    • Dh msak dgn pattern crita prmpuan yg brubah juz mlalui appearance tdung yg labuh slps tlanjur..hmmm…ok.nk tnye..biasa korg mrah org lain jd Tuhan nilai kisah dia yg bruk tu..skrg ni,korg plak jd Tuhan for on future tau dia dh brubah or x?eh?yeke?mne korg tau?ececece..serius la..korg tau mnusia tu brubah?sbnarnya..mnusia yg bgus yg btul2 brubah,hal rumah tgga dia yg rumit tu sptutnya xprlu pn nk crita kt org..Tuhan lg tau background psgn tu..Dia yg tetapkn jln critaNya…n korg mnilai mlalui confess pmpuan tu kt sni..juz kt sni..apekahhhh??korg tau jln crita sbnar?ke dduk skatil dgn diorg smpai bole hembus je komen xpkai kpala,mulut di dpn sblum akal..hmmm..pelik..

    • Ishh yg ko kata penzina tu Al-Muthanna Ibn Al-Humaidy da bertaubat .. Da menyesal atas dosa dia bt .. Ape hak kita nak kata dia cm tu .. Allah maha pengampun ..

    • Sy rasa sis ni kene hadam balik apa yg dia komen kat atas tu.. Dia kata takde org yg layak judge seseorang melainkan Allah yet dia sendiri yg suka judge laki tu berzina lah ape lah. Kadang apa yg dia nasihat supaya jgn buat, tapi dia sendiri yg buat.

      Berkata memang mudah. Belajar memaafkan konon. Tapi awak tahu ke apa yg laki tu dah usaha untuk mengatasi masalah dia ni, apa yg di hadapi selama ni, bagaimana tekanan yg dia terpaksa hadapi. Awak tak berada pada tempat dia boleh lah senang2 nak kondem dia kononnya dia patut pupus la.. Dan kalaulah ditakdirkan awak berada pada tempat laki tu, awak rasa awak mampu ke hadapi masalah macam ni. Jangan terlalu bongkak dan ego sister. Adalah lebih baik kalau kita doakan supaya hubungan mereka suami isteri kembali jernih.

      Mungkin masa laki tu terima pmpuan ni, dia yakin yang dia xkan ungkit kisah silam pmpuan ni. Tapi hati manusia kan berubah-ubah. Ada masa iman tu utuh, ada masa imannya goyah. Atas beberapa keadaan dan tekanan, pendirian dia mungkin berubah.

      Saya bukan nak backup lelaki ni hina isteri dia, yg tu memang salah. Sy cuma komen sbb rasa awak ni lebih sudu daripada kuah. Seolah-olah hanya nampak salah laki tersebut 100%. Sedangkan baru baca dari sebelah pihak?

      Betullah kata Hamka, “perempuan hidupnya sekitar hati dan perasaan”. Kadang bila perempuan tu komen kita dapat lihat yang emosinya jauh dihadapan meninggalkan kewarasan akalnya di belakang.

    • Muhammad Shafie awak, mcm ni la eh. Berdasarkan ayat al quran. Perempuan baik untuk lelaki baik. Mksud dia apa? Cuba awak tanya diri awk. Its either prmpuan tu mmg da baik (allah terima taubat dia dan dia diyakini sesuai untuk lelaki tersebut memandangkan lelaki itu alim) atau (lelaki itu sendiri seorang yang mempunyai kisah silam dan telah menyebabkan dia dijdikn ssuai untuk wanita) mmg xde yg lain kan?

      Yes perempuan itu salah sbb berzina. Setiap org membuat kesilapan. Tapi dia telah bertaubat dgn allah. And husband dia dah tahu sebelum berkahwin. So mcm mana pun salah lelaki tersebut. Sbb skg dia buat dosa dgn wife dia. Ckp jijik bagai etc. what is that bro? Kalau dah rasa tak boleh, better cakap dr awal. No one deserves to be treated like crap by anyone.

    • Khairul Anuar Fahrurazi bro, ada ckp psl poligami ke skg ni? Awak mental ke apa? Ni abang atas ckp psl prmpuan lebih emosi dr kewarasan akal, maybe awak da masuk sekali dlm kategori perempuan kot ye?

    • Sister Jinat Ahmed yg dirahmati, please. Mana tau, entah2 si suami sentuh si isteri tu before depa bergaduh? Klau ya pun apa terjadi, si suami tu ada every right in the world to ‘sentuh’ isteri dia. It’s his wife for God’s sake. It’s not like his abusing her or something. Yes i admit, saying hurtful things like what he said is wrong but hey, to err is human right? Maybe he was stressed out with work or something. We never now. Plus, there’s always 2 sides of a story.

      And dearest sister, who are we to judge whether or not his husband deserves her? At least someone is willing to take her as a wife. This is just one of the ups and downs in marriage. Thus is life. People fall and get back up.

    • Kakk Jinat Ahmed xyah layan laa org2 ni .. Nk kate bengong ehh xtau laa .. Dia x pndai membaca kot .. Xpe2 dia ada isteri, anak pempuan, anak saudara pmpuan .. Semoga Allah x trun kn kifarah pd mereka2 ni cm mne Allah bagi ujian pd akakk d atas ..

    • Jinat Ahmed minta maaflah, awak salah tafsir ayat 26 surah an-nur tu (laki yg baik utk perempuan yg baik).

      Kerana kalau betullah penafsiran yang dibuat itu, ianya seperti bercanggah dengan ayat al-Quran [rujuk surah at-Tahrim 66:10&11], suami beriman tak semestinya akan dapat isteri yang beriman, begitu juga sebaliknya. Nabi Nuh dan Nabi Lut merupakan seorang hamba yang saleh. Kedua-duanya berada di bawah pengawasan dua orang yang saleh di antara hamba-hamba Allah. Tapi isteri mereka tidak beriman, malah berlaku khianat kepada mereka. Begitu juga kisah antara Firaun dan isterinya. Firaun mengaku dirinya tuhan, tetapi isterinya mentauhidkan Allah.

      Sebenarnya pakej ayat 11-26 surah An-Nur tu diturunkan ialah untuk membersihkan nama Saidatina Aisyah dan Safwan ibnu Muattal daripada fitnah yg dilemparkan kpd mereka.

      Dan ayat 26 surah an-Nur bukanlah JANJI Allah bahawa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, perempuan yang keji untuk lelaki yang keji dan sebaliknya.

      Sebaliknya ianya hanya menekankan perempuan yang baik LAYAK untuk mendapatkan lelaki yang baik. Sebab itu Allah menjadikan Aisyah sebagai isteri Rasulullah. Sekiranya Aisyah bukan perempuan yang baik, tentu beliau tidak layak untuk Rasulullah.

    • take it..komen ikut tekak dia je..lgsung tak membantu..kalau minah tu tgk lg terus down ade la..sng cter komen sampah yg lgsug x membantu..tp ade komen sorg akak kt atas tu mmg betul2 matang..itu beza org komen guna akal atau pakai lutut..kihkih

  4. semoga Allah kurniakan kekuatan pada sis. setiap perkara yg kita buat; baik atau buruk ada maharnya.

    Tapi Allah tak zalim, pintalah pada Dia. Cakap memang senang, nak sebut sabar memang mudah. Tapi penyesalan dalam hati sis, betapa berat sis tanggung hanya sis & Allah tahu.

    Moga Allah mudahkan & lembutkan hati suami sis. Jumaat, mustajab doa :)

  5. jgn la brsedih lg..
    teruskan prjuangan dlm prjlanan taubat nasuhah..
    apa y ukthy lalui bukn sja ujian tpi itulah cara pngampunan Allah swt di dunia ni y hya smntara..
    bangun la wahai ukthy..
    manusia tidak akan digelar manusia klu xde sjrah silamnya..
    cintailah la alquran..
    cintailah la sunnah Rasullullah saw..

  6. Mana2 manusia tidak kira lelaki atau perempuan, jika mempunyai kisah silam yg kurg baik, pasti akan diungkit juga setelah berkawin. Tidak kira dari segi keturunan, perangai dan sbgainya. Bila dah benci, pasti akan timbul segala sisi buruk kita di mata pasangan kita. Bersabarlah.
    Pada yg suka mengungkit kisah silam org tu, ingat, benda tu amat perit bila kita ungkitkan kembali dan anda telah menjatuhkan semangat org yg nk berubah kembali pada Allah. Sepatutnya anda bimbing dan bersyukur sbb tidak semua manusia yg willing utk berubah. Itu adalah peluang utk anda melabur pahala anda. :)

    • Jika tidak boleh bercakap yang baik2 lebih baik lah diam… jaga lah tutur kata kita… jgn kita menjadi hakim dalam permasalahan orang lain…. setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya…jika benar dia berzina itu dosa dia dgn Allah..siapa kita hendak menilai kejahatan dia..siapa kita yang layak membodohkan orang lain

    • Hmmm taktau betul ke tak… tp kita semua khalifah di muka bumi allah… tanggungjawab kita bersama2 utk menuju ke jalan allah… kalau yg ‘baik’ ni sume nak yg perfect je… yg xbaik n terkandas ni sape nak tlg? Its like dlm satu kelas cikgu asyik ajar bdk yg pandai je… walaupun bdk tu da pandai tp tetap cikgu memilih bdk pandai tu juga utk diajar… yg bodoh2 ni sume cikgu taknak sebab cikgu kata bdk tu bodohh… apa function jdk cikgu kalau dlm situasi mcm ni??? Mgkin perempuan tu pernah berzina tp mgkin itu adalah satu2nya perkara yg perempuan tu terkandas… awak mungkin tak pernah berzina, tp berapa perkara yg dilarang agama yg lain yg anda pernah lakukan??? Mgkin zina shj yg anda blom buat… dosa yg lain??? Hmmm mmg susah… tp niatkan aku nikah kerana allah… tetapkan hati dlm ape keadaan pun allah ade utk aku… inshaallah lepas tu kita tenang kita bole terima apa2 situasi mendatang tanpa gelabah… dan bole berfikir panjang… wallahu alam… just my 2cent…. yg mmg kurang ilmu agamanya… maaf jika terkasar…

    • boo, kaki zina. aku yg komen apahal korg yg panas pulak ni? lain kali pikir seratus ribu kali sblm nk bg lelaki tu celup kau.. igt agama, igt mak ayah, igt masa depan, igt dosa pahala, igt bakal suami kau, see, bnyk prtimbangan sblm kau dicelup oleh lelaki yg bkn suami kau.. Tuhan bg akal suruh fikir.. x ada bezalah kau dgn anjing kalau main terjah je.. x brdosa, cuma bodoh jelah..

    • hey :) Allah yg hukum atau kita yg hukum manusia? layak ke kita nak hukum sesama manusia sedangkan kita sendiri buat dosa. dan hey, hati hati dalam berkata kata. kita tak tahu kot kot allah uji kita. kena dekat adik kita ke, kot kot bakal isteri ke. kita taklayak nak menghukum . doa yang baik baik saja. setiap manusia ujian berlainan. allah uji dia mcm tu. uji awak mcm tu. uji saya mcm ni. dia buat silap . sepatutnya kita doa supaya dia istiqamah dalam perubahan dia. bukan hina dia. setiap orang buat silap bro. yes tuhan bagi kita akal. dan tuhan bagi bro akal jugak. islam ajar mcm ni ke? tak kan? nabi muhammad sendiri tak maki hamun, menghina pendosa . itu dosa dia dengan Allah. awak pulak nak hina dia. dosa sesama manusia kalau manusia tak ampunkan, susah nanti :) kalau dgn allah kita boleh mohon ampun. kalau dgn manusia? sorry lah kalau panjang lebar tapi tolonglah jangan menghina. setiap orang buat silap. kita pendosa. kita tak sempurna.

    • Jangan ckp mcm kau ahli syurga bro. Ingat satu je, kau belum kena uji lagi. Tak kau, keturunan kau. Setiap apa kita cakap, tuhan balikkan semula kat kita. Better diam dan mtk jauh. Sian doe kt ko

    • p Imam Syafie berkata:

      “Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.

    • Bkn back up saudara.. iman kita menaik menurun.. dan ini salah satu ujian buat dia pada ketika itu.. jgn mnhina org lain, kita xtau masa dpan kita mcm mna..

    • Fitnah akhir zaman…jauh kan diri dr orang yang membawa kpd pertelingkahan. Jahil tetap akan jahil walaupun die rasa ape yang die pegang betol…

    • wah mcm ahli syorga btul mamat nih. relax bro, kau takyah hentam sgt ahlul ma’siat. diri kau suci sgt ehh? org suci yg baik, xkn kondem org lain yg pnuh dosa. better watch your mouth. takut2 esok mereka2 yg byk dosa ni tak jumpa pn kau dlm syorga.

    • kah3. jaga diri hangpa sudahlah.. ngaji agama, pi mesir bla bla.. tau2 dah kena celup dgn jantan.. kesian kat laki hangpa.. masa tu hangpa ni satu hapah pun x boleh buat bini.. sbb kaki zina kena kawin dgn kaki zina ataupun org musyrik je..

    • trbaik bro! prmpuan ni kena ajar sikit. ramai sgt yg perangai mcm celaka. dh beromen tp pakai tudung labuh, dasar penunggang agama. puak2 feminis pun brsepah skg. x mau masak, jaga anak, dan buat krja2 rumah. sumenya krja llaki yg dh banting tulang cari rezeki kat luar. duk rumah main insta, fb je. ptuikkkkk

    • kau stalk fb aku ke wey?? rajin kau. tahniah. aku doakn smg Allah bg hidayah kt kau. anyway kau pn tlg la jaga diri kau, adik kau, kakak kau.takut esok blaku kt family kau baru kau tau erti penyesalan dan erti keampunan dr Allah. lps tu kn tlg la jaga ayt2 yg klua dr mulut kau. kau blaja agama tp x serupa org blajar agama.

    • bapak perasan kau ni.. kau ngaji agama kat mesir ke? bgslah, ngaji molek2 jgn skip klas mcm member2 kau, pastu balik sini acah2 syaikhah kabirah tp sembang cinta je memanjang.. yg penting, jgn sampai kena celup.. hahahahahahahahaha

    • Hohohho bro..jgn salahkan pompuan je, its take two to tango…habistu jantan keparat yang tebuk tu pacita?lepas cmtu je ke?lelaki yang baik untuk perempuan yang baik bro..tunggu jela jodoh hang nanti ptuikkk karma kifarah atas kepala sembang lajuuuuuuu

    • apa yang kita tulis semua kena catat, so takyah bajet sangat nak menghukum orang, tuh tugas Allah. takyah nak hina sangat orang, Islam tak ajar ummatnya menghina dosa orang. pape pon, takyah rasa diri tu mulia sangat, takut2 depan Allah nanti, terkejut pulak tengok dosa bertingkat2 dok menghina orang lain dan perasan diri sendiri lebih mulia.

    • huhu, prmpuan msti back up prmpuan kan? nk tnya agk2 apa prasaan korg kalau tau bkl suami korg tu prnh brzina? boleh trima ke? sdgkan poligami yg sah2 harus pun korg bantah dgn mcm2 alasan.. tulah, aku pun takut juga nk brnikah skg ni.. prmpuan kbnykannya dh x da dara.. jd mcm imam nawawi jelah, mmbujang utk ilmu.. kah3.. klo kwn nnti, tiba2 bini aku pun kaki zina.. ptuikkkk btl prmpuan zmn skg..

    • bukan perempuan nak backup perempuan, tapi sbagai orang yang ada agama, tak payah nak pandang jijik or hina pada masa silam seseorang, sedangkan Saidina umar yang pernah ingin membunuh rasulallah pon terpilih masuk ke syurga Allah, dengan izinNya dia dapat hidayah. poligami tak salah, yang salah orang yang berpoligami tapi lari dari tanggungjawab. sudah2 lah nak mencaci2

    • “Saya da insaf.. terima la saya seadanya…” kata gadis 3gp di kekah beramai2.

      “Dulu saya jahat.. tak dengar cakap.. fikir sedap je..maafkan la saya.. ” kata gadis 3gp budak ampang.

    • sbab cara kau cakap macam orang takda ilmu, perlekehkan orang yang nak bertaubat, rasa diri tinggi sangat, bongkak dan sombong, bila orang share dikatakan sudah tahu, tapi bila bicara bodoh sombong

    • sy nak sgt add Al-Muthanna Ibn Al-Humaidy ni. tp xdpatla pulok. nak jg kenal2 ahli syurga ni. amal ada tp tidak berakhlak.Allahu..sy malu sodara.

    • And kpd sahabat2 yg nak balas komen lelaki ini sila batalkan hasrat anda.Dr bahasa yg digunakan,kita dah nmpk di mana letaknya AKHLAK dia.xperlu berdebat dgn manusia mcm ni.buang masa buat dosa.biar dia meroyan sorang..sekian.

    • Diam kalau terasa tak mampu beri manfaat dengan berbicara. Sedang ‘diam itu juga memberi manfaat’ pada sesetengah ketika. #loveislam

    • Salam. Aku tidak pasti samada confession aku ini disiarkan. Andai disiarkan. Terima kasih admin.

      Ramai juga yg aku lihat memberi komen2 yg pedas kepada kedua2 insan yg telah kuatkan hati mereka mencoretkan luahan hati mereka disini. Berbanding lebih ramai dari kita yg pendamkan sahaja.

      Bagi pengkomen yg menyatakan mereka ini penzina. Masa kau buat dahulu kau tak pikir. Sekarang kau menyesal, benda dah jadi, baru nak menyesal. Ada juga yg menyatakan penzina hanya patut berkahwin dgn penzina dan bukannya cari yg alim2. Bab jodoh nie, bukan sebab siapa mencari siapa. Lagi satu, yg bangga sangat showing off komen yg mudah sgt serah diri tu kenapa. Hahaha.
      Kenapa aku ketawa? Yg komen tu, sahih2 tak diduga seperti yg telah buat silap. Andai kau diduga, dan kau berjaya harunginya. Tahniah. Tapi sedar tak oiii..kau diduga dgn riaknya kau showing off kau nie suci, teruna, anak dara jaga ikhtilat kononnya. Jangan nanti kau diduga lebih hebat. Bab2 mulut, ayat ditulis nie, berpuaka kadang2. Makan diri balik. Toksahlah nak ngata ttg dirinya yg lama. Kau ada kekuatan mcm mereka ini? Takde kan? So jgn nak komen mcm kau sorang je lah yg jaga kesucian. Sucinya ayat2 yg ditulis tak plak kau pikir.

      Lagi satu aku tak berkenan, yg komen si tunang yg bodoh sanggup jd pak sanggup. Kau ingat ni cerita drama tv3? Bodoh ke dia, atau bodohnya kau sebab tak dapat peluang buat pahala. Tapi encik tunang, kau fikir baik2, jika tunang atau masa tu dah jd bini kau nanti confess plak kat sini..sama mcm si isteri tu..sampai ke lubang cacing aku cari. Silap haribulan, aku buat ko bunuh diri, ko bancuh simen, masukkan diri sendiri dlm tong simen n golek sampai ke PJ.

      Yg komen pulak ttg si isteri tu, entah2, perangai tak berubah, cari laki lain walhal suami dah ada. Oiii! Aku pasti sangat yg komen tu orang suci. Selalu orang suci nie dia nampak dia je baik. Jaga dara/teruna dgn baik. Orang lain sengaja jual2 murah. Cuba lah sucikan otak sekali. Jaga sikit jari dan hati dari menulis sesuatu yg barangkali fitnah. Nie lah dia, bakal pemimpin negara/peneraju negara. Tapi otak mcm budak tak sekolah. Pabila korang tulis sesuatu yg korang sendiri tak pasti, orang lain yg ajet2 suci pun terpengaruh. Dah pulak, berjemaah lah nanti di padang masyar mencari si isteri ini.

      Buat pengkomen2 tanpa kira jantina yg tanpa henti beri nasihat, dorongan. Aku salute lah korang. Cuba memahami situasi bro n sis nie. Kadangkala kita perlukan orang luar untuk berikan kita harapan dan dorongan. Alhamdulillah, Malaysia ada bakal2 pemimpin yg masih boleh digunapakai. Gambate..

      Kenapa aku buat confession ni? Sebab aku meluat dgn orang yg kuarkan ayat2 Al-Quran, hadith dsb demi menyatakan lelaki baik untuk perempuan baik. Definisi bagi BAIK itu adalah besar. Jgn buatkan seorang bekas penzina diheret bersalah seumur hidupnya walaupun dia telah berubah. Malahan aku sgt geram bila ada guna ayat Al-Quran menyatakan penzina haruslah berkahwin dgn penzina. Jadi kalau dh berzina, dihukum hudud, kau tak boleh dah berkahwin dgn org2 ‘suci’ nie? Common lah. Agama Islam bukan complicated mcm korang buatkan skrg. Lantaklah korang kata aku liberal ke apa. Yg pasti aku rasa, yg komen cmtu nanti lah diduga. Biar dia tahu Msia nie korup ke tidak..

      Buat si isteri, benda dah terjadi biarlah jadi. Solat itu rahsia segalanya. Luahkanlah disitu. Allah bersamamu.

      Buat encik tunang yg bakal dirikan rumahtangga. Aku doakan Allah bantu dirimu menjaga lisanmu. Kerana lidahmu lebih tajam dari mata pedang. Semoga Allah merahmati perkahwinanmu.

      Buat si pengkomen2 ajet2 alim, ‘suci’ tetapi berdebu, jaga ikhtilat tapi memuji kat awek2 berniqab atau pakwe2 berkopiah n berjanggut kambing. Ghenti kan lah riak, dan bersangka buruk terhadap golongan yg pernah bermaksiat. Sepatutnya koranglah yg membimbing. Nie mendinding jer.. So usahlah riak. Masa masih panjang, jika bukan skrg, kelak korang pula diduga.

      Yg pengkomen positif. Tahniah. Teruslah salurkan mode positive kpd confessor2 yg lain dlm iiumc ini. Kipidap. Paperoger.

      – Kekisi

      Nah nah nah :)

    • xpe lah jangan dipanjang berbahas dengan manusia seperti ini…sekadar membuang waktu…bagi manusia seperti DIA ini hanya dia yang suci…yang baik…yang betul…yang ikuti agama….hahahaha kesian tengok manusia begini….EGO tingggi….hahahaha

    • hidup sentiasa perlekehkan orang lain..tanda hati dia berpenyakit….. sebelum nak suruh orang lain berubah bagai…Engkau tu pi la ubat hati kotor busuk kau tu hahahaha

    • tak payah masuk dalam hati hang lahhh… tengok bila hang buka mulut..opss bila tengok tulisan hang dah tau hati hang busuk…Perlekeh orang je yang tau… hahaha ingat hang baik sangat ka…

    • semoga membujang sampai ketua…kalau bertemu jodoh bior lah bertemu dengan perempuan barai … dialog dlm video blue pon ko hafal acah2 bajet alim hakkktuihhhh

    • Oh so mana ko tau Allah x ampun kan dia lg? kalau dia dah berubah, most likely Allah juga dah ampun kan dia,, ko mmg nak Allah x ampunkan dia? ha? ckp pakai otak la brother,,, sembang kencang mcm ahli syurga maksum,, bwk mai kitab mane yang ckp mcm ko0 cakap,,

  7. Maaf ya klu komen sya ni mgguris perasaan..pndpt saya laki awk msih tak redha dgn kisah silam awk..klu benar dia redha dia tak akan ungkit2 kisah silam awk..apa2 pon jgn berhenti brdoa..minta pada Allah sungguh2 utk lembutkan hati suami awk..moga Allah beri awk kekuatan..kuat ya demi ank awk..fi hizfillah ukhti :)

  8. Tu sebb Allah kata Jangan pernah dekati zina sebab kifarah dosa dia sangat besar dugaannya. Dosa besar mestilah dugaannya besar jugak. Kalau tak mampu, jangan pernah zina.

    Akibatnya Bukan saja melahirkan anak luar nikah bahkan melibat hati dan jiwa. Kita mungkin nampk suami yg terima perempuan seperti ini tenang, tapi hatinya mungkin tidak.

    Sebab tu bukan mudah bagi lelaki yang tidak pernah sentuh wanita, tak pernah dating, untuk terima perempuan yang dah terlanjur. Hari² terbayang lelaki lain pernah sentuh isterinya.

    Hanya lelaki yang betul² kuat iman yang mampu bimbing perempuan sepertinya.

    Untuk permpuan yg dh terlanjur diluar sana, cari betul² lelaki yg mampu terima awk seadanya. Sebb bukan semua lelaki mampu tanggung kesan dia

  9. Dah takmau tu buat la cara takmau dr awai. Ni dok seksa pasepa. Pompuan ni perasaan lembut hmpa tau dak. Umpama dh bg harapan pastu seng ja hncurkan. Org nk berubah kot..stg dri niat elok nk berubah..jd menda lain plak. Pikiaq weh pikiaq sikit

  10. Sebab tu dlm ceramah uai ada kata tak wajib cerita kisah silam kita sebab manusia ni hati dia berubah2. Huhu. Btw semoga sis tabah dn buat kaum hawaku diluar sana, sma2 kita jadikan pengajaran

  11. kalau situasi tu terbalik,lelaki yang dah terlanjur,, cemana agaknya? ke mcm citer drama, lelaki kalau dah “barai” pun x pe, jgn perempuan,, hurmm mcm x adil la pulak

  12. sepatutnye xyah cerita pun.sbb tu ms silam awak. kalo cerita pun begitu gak jdnye so baik xyah citer.ape pun bertabahlah maybe itu saham akhirat awak nanti.siksa di dunia bakal meringankan siksa di akhirat kelak.insyaAllah.

  13. Semoga Allah berikan yg terbaik buat awak, anak dan suami. Banyakkan bersabar, insyaAllah hari xselalunya hujan. Mentari akan muncul jua.

    Saya doakan suami awak berubah cpt2. Semoga kalian bahagia hingga ke jannah. Ameen.

  14. Saya doa semoga urusan awak dipermudahkan. Lebih baik berkahwin dengan seorang suami @ isteri yang boleh dididik untuk berubah ke arah lebih baik dan benar dari hidup berumahtangga dengan suami @ isteri yang tak boleh dididik dan merasa dirinya sentiasa lebih baik dari orang lain.

    • “Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina ataupun perempuan musyrik,dan perempuan yang berzina tidak mengahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman.” (al-Nur: 3)
      Benarlah kata2 Allah..
      Faham ke tak faham?

    • Yang wajib dibenci itu maksiat, bukan pelakunya bro. Jangan terlajak nak jadi Tuhan, menghukum mengadili sana sini. Moga Allah jaga bro dan keturunan bro. Kot esok2 ada yg terjerumus, bro ingatlah balik apa bro pernah cakap. Na’uzubillahi min zalik :)

      Just a reminder. No need to feel butthurt.

    • Jgn lupa kisah nabi Musa yg pernah membunuh.. ada ceritanya d dlm al-Quran. Tp Allah ttp menerima taubat nya.. kita ni manusia yg byk dosa tk perlu menghukum sesiapa.. sekiranya Allah terima taubat sister ni & angkat darjat dia lebih mulia dr kita.. cmne tu bro??

    • Perempuan yg baik , utk lelaki yg baik . Walaupun DAHULU pernah sama-2 jadi jahat. Ingat , rosak nya perempuan tu sebab kaum spesis awk tu jugak yg rosakkan . Lelaki tugas sebagai pelindung , bukan perosak . Harini boleh lah ckp mcm ni , esok lusa , nasib kita tak tahu . Jgn judge org atas masa lalu dia . Sedangkan pelacur boleh masuk syurga hanya kerana dia bagi seekor anjing minum . Nak masuk syurga pun bukan sebab 24 hrs beribadah . Tapi dengan RAHMAT DIA . Wallahu’alam .

    • Bro ni terlalu ambik istilah zina ni secara literal. Zina boleh jd dosa2 lain juga. Zina hati, zina mata. Kalau bro xpernah tebuk mana2 perempuan walau sekali pun, mesti bro pernah tengok perempuan dgn rasa ghairah at least sekali lah seumur hidup kan. Sedarlah yg kita ni semua “penzina” atau “pendosa”. Jangan rasa diri kita ni maksum akan dpt pasangan yg perfect just because kita tak pernah tebuk sape2, kalau mengikut pemahaman bro la. Dan sila baca banyak sikit sebelum komen nak menuduh orang

    • apa bndalah yg hangpa ni merapu.. bro ni mmg salah dlm hukumannya tp ayat al-quran tu mmg betul.. pnzina boleh kawin samada dgn pnzina ataupun musyrik aka topekong buddha etc.. mmglah ada khilaf dlm masalah ni tp mmg ada pndgn mcm tu.. so, sblm brzina tu fikir sejuta kali.. jgn igt nk sdp je..

    • siapalah kita nak menghukum hidup mati seseorang sedangkan asal kejadian kita tu sama… Pencipta kita sama.. Hakim kita sama.. boleh jadi benda yang kita benci tu yg kita dapat. berhati hati kalau bercakap. boleh jadi dosa zina dia Allah ampunkan, dosa awak yg sikit tu, Allah belum ampunkan lagi. Allah bagi peluang pada manusia untuk berubah selagi mana pintu taubat masoh terbuka dan hayat masih ada.. kenapa manusia mengambil alih tugas Allah sedangkan tugas manusia tu sendiri kita belum selesaikan dengan sempurna..

  15. Sabarlah sis.. kalau rasa dugaan tu berat.. sis cerai je.. ni dia dera mental sis.. bagi saya, dia dah tahu perkara sebenar.. kalau dia menerima sis..dia harus reda.. tapi kalau dia tak terima, kenapa dia nak kahwin dan dera diri sis.. orang alim yang rasa diri dia tinggi darjatnya lagi keji perangaii.. sis sabarlah.. ini ujian Allah untuk sis.

  16. klau llki tu btul2 bertaqwa,,dan alim. tahu tanggungjawab dan amanah.dia x akn buat seorg isteri macam tu..sbb tu kisah silam seseorg..Bukan dia yg nak kisah hdup dia gitu…klau dah tau x boleh trima knapa dulu hntr rombongan…jd suami membimbing,,bukan kaki herdik..sbb tu hadis Rasulullah ,,lelaki yg paling sempurna akhlaknya adalah yg mmpu berbuat baik kepada isteri

  17. Kpd yg komen x baik tu, beringatlah… Mgkin satu hri nt org yg anda anggap jijik tu yg mgkin jd jodoh anda… Mse tu bru sibuk nk menunduk setelah sekian lme mendongak shj…

  18. Cepat2 confessor lelaki pulak up cerita terlanjur lepas tu bagitau bakal makmum sebelum kahwin. Jangan lupa letak nasihat kepada guys out there yang dah terlanjur & special thanks to wanita yg sanggup terima mereka.

  19. mungkin si suami rasa dia cukup kuat n dpt terima isterinye sebelum buat keputusan utk kawin..tapi manusia mmg lemah, kadang2 lupa dgn janji..dan mungkin diri x sekuat yg disangka..ujian buat kedua dua pihak..yakin dgn hikmah di sebalik ujian..

  20. Kisah awak sama macam kisah kakak saya..maaf saya tak berniat nak buka kisah kakak saya, cuma nak perempuan di luar sana jadikan pengajaran..tapi bezanya kakak saya tiada anak dan dah bercerai..sekarang dia fobia nak terima lelaki lain sebagai suami..

    • Maaf .sekadar teguran .rasanya lebih baik awk jgn confess cerita kakak awk kt sini ?? .ramai yg baca .dan mungkin ramai yg mengenali kakak awk .peace ✌

  21. Sebab tu aku banyak kali cakap lelaki yang baik bukan setakat solat, puasa, jaga ikhtilat je. Banyak lagi kriteria yang lain sebelum kita nilai seseorang tu ‘beriman’. Jangan pernah rasa kita ni beriman kalau belum diuji. So para sisters, kalau nak pilih suami kenali dulu sedalam boleh. Bukan terus nampak alim bagai.

  22. Sbb hukuman sebat anda x terima.mgkin ini ujian yg blh d anggap sbg hukuman d dunia.tabah lah..jgn berpaling hnya semata2 kerana lelaki.jaga lh amanah kita.selebihnya bkn urusan kita.Allah jua..

  23. Ap yg sis sbut sbgai x nak mengkhinati suami itu logiknya betul tapi langkahnya salah…dalam agama kita tidak dianjurkan buat begitu…hatta seorg istri yg curang dn brtaubat..die x prlu cerita….manusia bukan tempat kita cerita dosa…selepas taubat kita pohon Allah tutup aib dlu kita dari sesiapa pun..mengadu pda yg mnyimpan rahsia..

    Walaupun sesetgh laki ‘alim’ kte dia boleh maafkan…dan mintk kita cerita…jgn crita…mungkin die boleh maafkan tapi perasaan kurg sng itu ttp ada dlm hati die…

    Jd dlam situasi sis ni…bnyklah brdoa supaya Allah lembutkn hti suami…dn hilgkn trus prkra tu dlm ingtn suami (x mustahi bagi allah untk lakukan)….dn perbnykan majlis ilmu..penghijrahan atau ibdah tnpa ilmu takut silap langkah…wallahualam

  24. Tak paham,boleh tak sesiape terangkan hal ni..kalau dye tak cerita sebelum tunang ,nanti kahwin bile kantoi sebelum nikah,kate dye khianati lelaki tu..tapi kalau dye bagitahu lepas lelaki tu sahkan yang dye tak virgin after nikah,kate lelaki tu ditipu,kalau lelaki tu pakse jugak cerita lepas kahwin tu let say lelaki tu nak tau jugak,kalau perempuan tu cerite bohong,pon dosa jugak…kalau nak kate lelaki tak berhal tanye kisah silam,ye betul..tapi sejauh mane lelaki tau yang diorang tak perlu tanye n sejauh mane lelaki sanggup tak tanye.confuse nye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *