Fikir Sedalamnya Sebelum Kahwin

Fikir Sedalamnya Sebelum Kahwin

Saya nak cerita tentang perkahwinan saya yg berusia 1 tahun 6 bulan, lebih kurang (sehingga hari ini).
Saya kerja pejabat dan seorg part time baker. Saya sgt mementingkan kerja saya, ini juga antara sebab kenapa saya lewat berkahwin (berbanding kwn2 lain),
dan ambil masa yg agak lama sebelum akhirnya mengambil keputusan utk berkahwin. Saya rasa lebih bebas sendiri tanpa komitmen.
Suami saya seorang guru. Kami berdua org Johor dan memang stay di Johor. Kami berdua sama umur, 28 tahun. Dalam 5 bulan lepas, suami saya telah dipindahkan ke sebuah sekolah di Terengganu.
And conflict immediately arise. Saya refuse utk ikut dia berpindah sebab saya dah ada kerja di sini (Johor). Saya pun dah ada crowd customer sendiri. Kiranya dah selesa di sini.
Saya mmmg xpernah berniat utk berpindah sementelah Ibu saya pun di sini.
Suami saya mmg ajak saya ikut dia, tapi saya dah buat keputusan utk xmengikut dia. Walaupun saya tau tempat saya di sisi dia. Saya xberapa puas hati kenapa dia tiba-tiba seperti xfaham betapa
pentingnya kerja2 dan bisnes saya bagi saya. Sedangkan perkara tu saya dah tegaskan sebelum kami berkahwin. I even told him I can go to Terengganu every weekend,
and he can come back to Johor on every school holiday.
Dia xmemaksa saya berterusan, tapi ajak saya dgn cara baik. Suami saya seorang yg soft spoken, rational and diplomatic bila bercakap dan berbincang ttg sesuatu.

So akhirnya suami berpindah ke Terengganu seorang diri. Dia sewa rumah semi-D atas keselesaan. Dan selepas hampir sebulan berpindah, saya pergi ke Terengganu utk pertama kalinya berjumpa dia.
Dan dalam hampir sebulan tu mmg saya xada pun ke Terenggganu setiap weekend seperti yg saya katakan pada dia. Sbb saya betul2 sibuk. Dan suami pun sibuk dgn pelbagai urusan sekolah baru.
Bila saya sampai sana, suami saya langsung tak memberi saya any welcoming act. Dia cuma tanya whether my flight was okay and show me our room. Saya salam dia pun dia xpandang saya.
Masa tu saya dah rasa like, okayyy it’s gonna be such a loonggg day.

Sepanjang 3 hari saya kt sana, macam tu lah kami. Dia cuma bercakap bila saya tanya, itupun jawapan yg sarkastik dan mostly utk kenakan saya balik. E.g I asked him since when he goes to
mamak to watch a match and he answered with ‘sejak saya jadi bujang semula and no wife at home..’. Saya terus diam dan senyum je bila dia cakap macam tu.
Saya banyak push dia utk discuss, supaya dia jangan marah lagi. Saya betul2 xexpect dia akan marah saya sampai langsung xnak cakap dgn saya, pandang saya pun xnak. Masa kami keluar beli barang dia
senyap je sepanjang perjalanan. Silent treatment is the worse.
Sebab suami saya memang bukan jenis yg marah2 atau panas baran. Dia jenis relax, chill dan like I said, he is rational. Dia xpernah marah saya, bermasam muka apatah lagi, jauh sekali.
Jadi bila dia marah macam tu, saya fahamlah yg dia betul2 terasa hati dan marah. Betul2 marah.

Perkara ni berlarutan sampailah saya balik ke rumah semula dan saya rasa this might be the key to our conflict. Lama-kelamaan saya sendiri fed up dgn keadaan kami. A few weeks later situation worsened.
Sebenarnya a few days lepas balik rumah, I found out that I’m pregnant. Tapi saya hold dan xberitahu suami saya sebab keadaan yg agak tegang between us. Jadi lepas lebih kurang 2 minggu after balik dari
Terengganu tu I misscaried. Imagine lah, keadaan kami sgt xbaik, I’m pregnant, belum beritahu suami dan keguguran pula. Keadaan masa tu sangat overwhelming utk saya. Dalam tempoh ini suami mmg
xada balik Johor, saya xada ke Terengganu lagi dan kami berhubung ala kadar saja seperti yg saya ceritakan di atas.

Masa saya miscarried tu saya jadi sgt terganggu. Saya re-examined diri dan life saya. Sbb baru a few weeks jadi saya xberpantang sgt so memang kesihatan saya memuaskan. Cuma emosi mixed up.
Saya xberitahu pun suami yg saya miscarried. Saya cuma beritahu ibu mertua saja. Ibu mertua pun xtau masalah kami. Ibu saya tau tapi saya sembunyikan banyak benda. Saya xnak semua serabut sbb ni.
Ibu dan Abang saya marah sgt sbb saya diamkan perkara ni dari suami saya. Mereka xfaham situasi kami. Saya sendiri pun xpasti hala tuju kami waktu tu. Macam semuanya jadi semakin teruk.
Rupanya ibu mertua saya beritahu pada suami saya yg saya pregnant dan keguguran. Suami saya terus balik Johor utk jumpa saya. Saya xada apa2 expectation. Saya jujurnya xada rasa nak jumpa dia.
Entahlah kenapa hati rasa jauh sgt dan betul2 tawar hati. Mungkin sebab semuanya bergabung dan berlaku dlm masa yg sama membuatkan saya rasa rimas, lemas dgn perasaan. Asyik perlu fikir pasal dia je.
Fikir ttg perkahwinan kami.

Masa suami jumpa saya, air muka dia sgt risau. Dia tanya saya, ‘kenapa awak, apa ni? kenapa? apa lagi awak nak buat ni? how far do u want us to be? awak nak apa sekarang..?’
Dan mulut saya dgn lajunya jawab, ‘awak lepaskan saya..’
Suami saya macam tersentak. Saya nampak air mata dia bergenang, saya pun sama. Saya sedih but somehow lega dah cakap apa saya nak cakap. Suami saya tenung muka saya dan tanya saya kenapa.
Saya cuma rasa kami dah xboleh. Saya dah xrasa nak jadi seorang wife lagi. Entahlah, saya sayang suami saya, he used to be my almost segalanya but I don’t know.

Sebenarnya sejak kami duduk berjauhan, means since husband berpindah, saya memang rasa betul2 free. Rasa tenang, bebas, happy. Perasaan saya masa bujang dulu. Saya rasa this is me.
This is the kind of life I wanna lead and live in. Dulu saya mmg yakin dan nekad xnak berkahwin, something yg saya rasa just not for me. Tapi lepas jumpa suami, hati saya berubah..
Benda ni bermula dgn konflik yg boleh diselesaikan je actually. Tapi entah, mungkin dah mmg jalannya begitu. Dan hikmahnya keguguran, mungkin belum masanya lagi saya ada anak.
Atau mungkin saya mmg xsesuai menjadi seorang ibu. Mungkin saya ditakdirkan utk xpunyai anak.. Entahlah.

Jadi sekarang prosiding cerai kami sedang berjalan. Saya cakap dgn suami saya yg saya minta maaf. Saya doakan dia bertemu seseorang yg sentiasa sedia berada dgn dia xkira masa dan keadaan.
Saya bukan untuknya. Suami saya baik, tutur katanya baik, berfikiran positif, selalu bersangka baik dan rajin. Bertuah jodoh dia selepas ini.

Saya cuma nak highlight kan kt sini. Bila2 anda jumpa sesiapa yg bujang xperlulah wonder sgt kenapa dia xberkahwin. Some people, just some people mmg xberniat nak kahwin, xberminat nak kahwin,
xrasa nak ada komitmen dan share almost everything with someone. Some of us mmg memilih utk hidup sendiri.
Lesson learned the hard way for me, memang betullah saya xsesuai berada dlm sebuah perkahwinan. Ask yourself when you thought you have met someone. Betul ke you want that person to be with you
for the rest of your life? Itu satu benda yg saya xbetul2 pastikan. Because you know, you probably don’t.

Maaf saya guna bahasa rojak. That is just the most comfortable way of me expressing myself.
Terima kasih.

– Cik Semula

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments