Fresh Grads Are Encouraged To Click

Assalamualaikum para pembaca IIUMC. Terima kasih admin jika menyiarkan confession ini. Artikel ditujukan khusus kepada mereka yang sudah dan bakal bergraduasi pada hujung tahun ini dan umumnya kepada semua yang prihatin terhadap fresh grades.

Aku perempuan, berumur 20-an, graduan Sarjana Muda IPTA (bakal grad hujung Okt). Alhamdulillah aku baru diterima bekerja di sektor swasta, dengan gaji RM1000 sebulan. Bidang lain dengan kos pengajian tapi memang aku minat. Tinggal dengan parent, belah selatan bukan Lembah Klang. Tempat kerja 20 minit dari rumah. Komitmen bulanan: kereta RM400 sebulan, pinjaman pendidikan RM 100 sebulan (baki dalam 8k) dan kos rawatan di klinik RM200 sebulan. Kenapa beli kereta baru? Itu kehendak aku dan kebenaran dari keluarga. Selalunya kongsi bayar, tapi pernah juga aku bayar sendiri. Parent aku gaji sederhana besar, total RM 16,000 sebulan.

Aku bersyukur sebab dah dapat kerja walaupun gaji kecil. Memang selalu aku dengar, fresh grads jangan demand gaji. Grab je mana kerja yang baik dan halal. Dan bila aku nak apply pada diri tu rasa susah mula-mula. Komitmen bulanan besar, minyak kereta, keperluan diri, dengan nak buat simpanan lagi paling kurang 500 sebulan. Tapi aku tolak tepi. Kena cut mana-mana kehendak. Utmakan keperluan. Berusaha cari income geli-geli. Akhirnya aku mohon kerja dan aku diterima selepas 7 jam aku ditemuduga. My very first interview untuk cari kerja. Alhamdulillah, I’m employed after 2 months spending quality time at home alone haha. Parent aku terima keputusan aku dengan senang hati dan banyak bagi tips untuk aku survive di alam pekerjaan nanti.

Kepada fresh grads yang sambung masters, tahniah aku ucapkan kerana masih bersemangat untuk menuntut ilmu. Semoga berjaya hingga ke akhirnya. Mungkin kalian boleh baca artikel lain berkaitan tips sambung masters okay? Dan kepada mereka yang ingin bekerja tapi belum dapat kerja, first step is niat dan doa. Innamal a’maalu binniyat. Second step, berusaha cari kerja tanpa henti. Those yang run business sendiri all the best. But those yang nak cari kerja di company atas usaha sendiri bukan pasang cable, here are some tips. Cari kerja apa bergantung pada minat dan kehendak kalian. Memilih? Silakan. Sebab minat dan kelayakan kalian lain-lain. Yang tak boleh demand, GAJI kalau kalian eager masuk swasta. Aku akan explain kemudian.

Aku cari kerja tu online. Hari-hari aku buka laman cari kerja, kalau jobstreet memang susah dan saingan sengit. Lagipun, kos aku sastera, bukan science, business or accounting atau yang menjadi most in-demand jobs in Malaysia. Melihat pada job qualifications and background applicants, I know I’m not compatible besides lokasi kerja yang hampir semuanya di KL dan Selangor. Aku tak nak sewa rumah kat sana dan hadap jammed setiap hari. Kos sara hidup tinggi. Ini pendapat aku. Pendapat tiada benar dan salah.

Okay, kenapa fresh grads tak boleh demand gaji kalau kalian eager nak masuk swasta? Read this: https://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/beza-gaji-pekerja-swasta-kerajaan-1.741665 AND THIS https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/12/22/fresh-grads-but-they-demand-rm6500-salary/ THEN YOU WILL KNOW WHY. Awak baru keluar universiti, nak masuk alam pekerjaan. Pengalaman kerja awak ciput, maybe internship 3-6 bulan dan kerja part time mana-mana. Mungkin jawatan awak banyak di sekolah, kolej dan universiti, so what makes you? What makes you employed nowadays? How to make them impressed on you? Tanya diri sendiri, nilai diri sendiri. Tuntut ilmu sepanjang 15-20 tahun dari kecil, kemuncaknya di sini, kawan-kawan. Di alam pekerjaan. Fasa ni dah kena tukar quote, “makan untuk hidup, hidup untuk makan” kepada “kerja untuk hidup dan cari makan”.

Aku cerita sikit pengalaman interview haritu. Interviewer hubungi aku dan suruh bawa 3 benda pada hari interview iaitu resume, pen dan salinan IC. Sijil-sijil penglibatan? Sijil jawatan aku yang berlambak? Keputusan periksa? Tidak dinyatakan. Aku still bawak in case dia minta. Aku pergi interview dengan berdebarnya. Sempat baca yasin and solat dhuha. Jangan lupa minta parent doakan. Baca sikit tips interview. Aku mohon kerja lepasan SPM, malah dia nyatakan lulus atau gagal SPM itu tak penting! Yang penting, anda rajin, amanah dan mahu belajar bersama syarikat.

Ya, kawan-kawan. To get employed nowadays depends on your attitude. Interviewer tu cakap kat aku, saya taknak tengok sijil-sijil. Saya tengok attitude. Ramai yang A berderet, tapi attitude ke laut. Gotcha! Kalian nak kerja dengan company, tengok muka boss dan staff hari-hari, pagi ke malam malam ke pagi and the cycle keeps running, selama berpuluh-puluh tahun. Mesti nak company yang terbaik. Mereka pun nak pekerja yang terbaik untuk menaikkan prestasi company, and pay your salary selayaknya. Jadi tips utama di sini, perbaiki attitude. Murahkan senyuman. Tinggikan keyakinan ketika bercakap. Nampakkan passion dan semangat untuk bekerja. Beri sebab-sebab logik dan menarik why you should hire me. Kalau selama ni lemau aje dok ngadap korea, fb, ig for entertainment purposes, try to change. Iqra’ bismi robbika al-lazi khalaq. Read many books. Books yang kalian boleh pegang di tangan adalah lebih baik daripada books dalam handphone.

Kepada mereka yang ada kemahiran tambahan selain mahir belajar sehingga pointer 4.00, use them to gain extra income. To those girls yang lepas kahwin nak jadi housewife (suri rumah dan suri hati suami dan anak-anak), ini amat perlu. Kita tak pernah tahu kita boleh buat sampai kita betul-betul buat, kan? Oohh pandai buat kek rupanya aku ni, pandai jahit, pandai ubah suai, pandai tulis, pandai lukis, pandai bagi talk, pandai organize, pandai bertukang semuaaalah. Macam mana nak tahu pandai? After you gain benefits from them :)

Rajin-rajin pergi kelas, seminar, and whatever needs to improve yourself. And please jadi matang. Bukan nak matang dalam relationship aje, relay goal tu semua, tapi bab kerja ni lagi perlu matang. Zaman sekarang takde sape boleh suap kerja, macam cikgu-cikgu suap jawapan kat sekolah dulu. Siapa cepat dia dapat. Bukan biar lambat asal selamat. Cita-cita dari kecik agak-agak boleh tercapai bila tengok diri sendiri ni? Kalau mustahil, tukar. Cari peluang kerjaya kalian.

Akhir kata, selamat maju jaya semua job hunters. Doa tanpa usaha dan ikhtiar sia-sia. Tawakkal lepas doa adalah segalanya. Gantungkan sepenuh pengharapan pada-Nya. Mohon maaf terlebih terkurang.

– Purple_Ungu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit