Gadis, Jangan Tunggu

Gadis, Jangan Tunggu

Assalamualaikum

Setelah aku baca pengakuan seorang lelaki bertajuk halalkn pasangan mu,aku terdetik nak tulis pengakuan ni dari sudut pandangan wanita pula.Harap admin siarkan.

Aku ni wanita berusia 30 an.Dulu masa aku berumur 18 tahun aku berkawan dengan seorang lelaki yang hampir 20 tahun beza umur kami.Jangan risau,die lelaki bujang.Aku namakan Farid.

Asalnya bukanlah aku cintakan dia, cuma dia banyak tolong aku nak isi borang UPU,lama kelamaan jadi bercinta la pulak.Tapi cuma setahun je aku cintakan Farid.Tahun – tahun selepas nya aku dah tak ade perasaan. Lebih kepada sahabat.

Kenapa aku tak cintakan dia? sebab sikap dia.Bagi aku farid sangat memalukan aku.Tiap kali aku balik dari universiti dia akan datang kerumah berborak dengan mak ayah berejam2.kadang sampai ke petang.

10 tahun kami berkawan,tak ade riak dia nak meminang ,apa lagi berkawin.Selalu sangat kalau merajuk dengan aku dia hilang seminggu dua.aku yang memang dah tak ada hati,makin tawar hati.

Jiran bertanya- tanya.Yelah…datang nye selalu.Tapi tak nampak macam nak ke arah yang lebih baik.Dia ni seorang yang bekerjaya,stabil,sopan,dan ada rupa walaupun tua.

Suatu hari tahun 2013, setelah 10 tahun berkawan dengan farid,aku berkenalan dengan seorang lelaki,Kamal. kami kenal 2 bulan,terus kawin.Aku tak bagi tahu farid yang aku dah kawin.

Setahun aku kawin,baru lah si farid ni dapat tahu aku kawin.riaksi dia?? marahkan aku.Perlekehkan suami aku.Kerja apa,pakai lereta apa.

Dia pertikaikan kenapa aku kawin dengan orang lain.Padahal dia ada.Dia bekerjaya,bergaji mahal dan macam2 lagi lah perangai perasan dia yang tak habis tu.

Nasihat aku pada lelaki kat luar tu ,jangan terlampau perasan yang orang perempuan ni akan tunggu awak sampai bila-bila.Jangan perasan hebat,perasan hensem,apa lagi perasan kaya.

Kami para gadis tak pandang itu semua.kalau ada yang lebih baik,serius dalam perhubungan kami tak akan teragak-agak.

Aku bersyukur suami aku sederhana orangnya.Sedang-sedang orang kata.Cukupla begini aku bahagia.Kepada awak,jangan ganggu saya lagi,adik beradik saya pun.Cari la pengganti,awak pon dah hampir 50 tahun.Bertaubatla..

Dunia ni sementara.jangan riak dengan apa yang ada.Jangan mainkan perasaan orang.Sekian.

– zetty arshad

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments