Gaji Itu Bukan Milikku

Gaji Itu Bukan Milikku

Assalamualaikum semua.. Aku doakan agar confession ini disiarkan untuk bacaan & panduan bersama.

Aku ada terbaca beberapa confession tentang gaji & aku terpanggil untuk confess tentang gaji. Aku bekerja dalam bidang professional dan bulan ni genaplah setahun aku bekerja. Aku habis FYP Julai 2016 dan aku dapat kerja pada bulan yang sama, alhamdulillah. Selama aku study, mak ayah memang tak bagi duit. Aku buat macam-macam kerja untuk survive. Aku ada join survey di universiti, jual online dan part time lain. Aku biasa hidup susah & aku buat semua jenis pekerjaan yang akan bagi aku sumber pendapatan untuk makan dan minum.

Aku diterima bekerja dengan gaji RM2500 sebulan sebagai fresh grad. Kerja aku masa tu sangat sibuk & tak sempat pun untuk dhuha, solat pun kadang-kadang lambat. Alhamdulillah aku dapat menetap dengan keluargaku di utara tanah air. Ada juga kawan-kawan yang kerja di KL dengan gaji sekitar RM1800 sebulan dengan position yang sama dengan aku. Gaji itu aku gunakan untuk belanja seharian & perbelanjaan keluarga. Aku anak sulung & aku lah tunggak keluarga. Walaupun duduk dengan keluarga, memang RM2500 cukup-cukup saja kerana ada beberapa perkara / bil yang perlu aku selesaikan untuk bantu umi. Terkadang aku berdoa mengadu pada Allah supaya dilimpahkan dengan rezeki yang melimpah ruah supaya aku dapat hidup selesa & dapat berbakti pada keluarga.

8 bulan bekerja, aku diterima bekerja di sebuah syarikat besar yang menawarkan gaji sebanyak RM4300 sebulan. Aku sangat gembira & terharu dengan pemberian Allah pada aku. Kerja sekarang lebih relaks dan aku mampu untuk buat solat dhuha 8 rakaat sehari pada waktu rehat, alhamdulillah. Aku tahu gaji yang besar adalah pemberian dan disebaliknya ada ujian yang menanti. Gaji sekarang aku dapat support keluarga besarku beli baju raya tahun ini, daging untuk raya & kelengkapan raya yang lain. Aku masih membantu keluarga untuk melunaskan segala hutang tertunggak & membayar bil bulanan. Alhamdulillah aku dapat menyimpan RM1000 sebulan. Walaupun jauh dalam sudut hatiku merasakan berbelanja RM3300 sebulan sangat banyak & keterlaluan bagi aku.

Aku nak ceritakan di sini bahawa gaji yang kita dapat bukan untuk kita seorang. AKU PERCAYA perkara ni 100%. Kawanku gaji RM1800, tapi semuanya dibelanjakan sendiri untuk dirinya sedangkan aku dengan gaji RM4300, aku perlu memberi & membantu keluargaku. Dulu aku pernah bertanya, kenapa kawan-kawan aku boleh belanja duit gaji utk diri sendiri sedangkan aku tidak ?! MASYAALLAH !! Aku kini percaya bahawa aku bekerja untuk menyara diriku, keluarga dan adik-adikku. Aku tidak lagi sedih tentang itu, malahan aku bangga dapat melihat adikku melanjutkan pelajaran dengan bantuan gajiku.

Orang luar juga tak perlu persoalkan kenapa gaji kau banyak tapi kau berjimat-jimat untuk belanja ? Jawapan itu hanya ku jawab dari dalam hatiku “kerana gajiku bukan sepenuhnya milikku”. Aku sedar ada beberapa tangan yang berdoa akan keberkatan hidup & pekerjaan ku, & pada tangan-tangan itu jugalah tempatku memberi setiap hujung bulan. Aku berjaya bukan hanya kerana doa ku sendiri, malahan banyak lagi doa mustajab dari mereka yang menyayangiku.

Di kala kawan-kawan berbelanja di kafe mewah dengan lifestyle yang bergaya yang selayaknya untuk pekerjaan mereka, aku masih lagi bertatih menabung untuk keselesaan keluargaku. Di kala mereka dapat shopping berbelanja reward diri setelah penat bekerja, aku cuma ke pasar malam di kampung untuk belanja adik-adikku sate & makanan lain. Aku tidak kesal, malah itulah penguat diriku untuk bekerja setiap hari. Allah tidak beri berapa yang kita mahu, tapi Allah beri berapa yang kita perlu. Alhamdulillah kini hidupku selesa & doakan aku untuk selesaikan hutang kereta & ptptn ku sebelum umurku 27tahun. Aku sedang berusaha ke arah itu. Soal jodoh bukan keutamaanku. Aku ingin membahagiakan keluargaku dahulu sebelum berkongsi kebahagiaan dengan orang lain.

Aku harap confession ini dapat memberi semangat pada orang lain yang sama keadaan denganku. Tidak mengapa kau tidak cukup disebabkan perkara yang wajib atas dirimu, daripada kau habiskan dengan perkara yang sia-sia. Aku minta maaf pada kawan-kawan ku kerana jarang keluar berbelanja dengan kalian. Ya memang gajiku besar & tak layak untuk budak setahun bekerja, tapi percayalah, gajiku bukan milikku. Allah salurkan rezeki pada keluargaku melalui AKU, AKU penghubung rezeki Allah dengan keluargaku.

Doakan aku dimurahkan rezeki & dapat bawa keluarga mengerjakan umrah ya. Maaf jika karanganku mengundang kemarahan pada sesiapa. Aku cuma meluahkan & aku harap apa yang aku lakukan sekarang sedang diperhatikan tuhan. Amiin.

– Anak sulung

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments