Gemuk, dan Eating Disorder

Gemuk, dan Eating Disorder

Salam satu Malaysia semuanya. Saya agak bertekad untuk menulis confession dan melepaskan semuanya dalam dada ni. Confession ni berkisar tentang masa silam saya dan bagaimana ia memberi kesan kepada saya sampai saya besar. Well, we believe psychology, past stories do create parts of us actually.

Semasa umur 16 tahun sampai 21 tahun, saya ada eating disorder. Masa umur 16 tahun, mula ada bulimia selama satu tahun. Bulimia tu, kita muntahkan semula makanan yang kita makan. Selalunya diiringi dengan rasa bersalah sangat selepas makan, rasa puas bila dah muntahkan balik dan rasa okey bila berlapar. Dulu sekolah asrama, makan nasi dua kali sehari. Lauk pulak sedap. Sedap-sedap pun, akhirnya masuk lubang jamban keluarnya dari mulut. Lepas SPM, saya join kelas aerobik, berjaya turunkan berat badan 10 kg. Kemudian masuk universiti.

Bila masuk universiti, saya jadi sangat particular dengan pengambilan kalori. Lagi-lagi roti, roti canai, KFC, kuih-muih, lauk pauk dan hmm nasi. Senang cerita, tiap kali makan dalam kepala tu dah kira berapa banyak kalori saya consume hari tu. Jujurnya tak bahagialah jiwa raga saya ni. Dipenuhi dengan kerisauan tiap kali makan. Pernah hari tu makan roti canai, hmm 400 kalori, satu jam lepas makan tu terus jogging. Air manis masa tu memang tak minum. Sesungguhnya gula itu yang menggerunkan. Tapi cerita saya ni, berbeza dengan orang yang amalkan gaya hidup dengan orang yang obses atau risau berlebihan. Jauh beza.

Episod bulimia tu datang balik bila saya terlebih makan. Contoh, macam kenduri, jamuan atau terlebih sikit dari biasa. Mulalah rasa bersalah dan fikir saya tak patut makan. Dari perasaan bersalah tu, wujud lah compensatory action iaitu dengan memuntahkan balik. Saya berhenti bulimia bila masuk degree. Tapi ganti dengan benda lain iaitu extreme exercise dan berpuasa. Hmm, puasa nak control berat badan dan kerana Allah tu dua niat berbeza, okey saya tahu tu. End up, penat gile jadi lesu dan muka jadi pucat. Masa umur 19, mak dan abang saya dah siap tegur muka dah cekung. Tapi apa yang berlaku, I dont see that in the mirror. I see a fat girl as a reflection of myself in the mirror. Tapi jujurlah saya bagitahu, I feel ashamed untuk beritahu kepada sesiapapun yang saya ada kerisauan yang keterlaluan dalam menjaga pemakanan sebab ia adalah satu sikap obsessive. Saya selalu tengok cermin, sangat aware dengan makanan, saya rasa anxious tiap kali makan.

Saya juga sangat mudah terkesan dengan keadaan yang stress. Ada orang dia stress, dia still dapat go on lagi dengan apa yang dia buat, tapi saya akan tersangkut sikit. Lebih-lebih lagi masa belajar ni. Serius rasa bersalah dengan groupmate2 assignment. Bila tersangkut tu, memang banyak unsur emosi dan behavior yang tidak menyenangkan. Rasa sedih melampau, social withdrawal, pening kepala, bowel problem, hopelessness dan empty, minda rasa numb dan sampai satu masa tiba-tiba saya menangis dalam kelas. Masa ni, saya masih dengan eating disorder saya tapi takde bulimia dah la. Tapi kalau terlebih makan waktu siang, memang ada compensatory action tapi bukan muntah dah, tapi rasa bersalah sangat-sangat sampai malam. Malam tak makan.

Mental tidak tenang. Kerisauan yang melampau adalah sesuatu yang tidak normal. Sejak berjinak-jinak dengan ilmu psikologi, baru saya tahu apa yang saya buat sebelum-sebelum niadalah sejenis mental disorder jugak. I listen to the voice of my body. Jadi saya rujuk dengan kaunselor di universiti, berderet-deret appointment. Pastu mulalah sesi kaunseling yang sepatutnya.

Saya cuba recall kenapa saya jadi macam ni? Ada apa-apa yang berlaku semasa zaman silam saya ke? Kenapa saya ada eating disorder ni? Dan kenapa saya ada depression? Apa yang membina base mental disorder saya? Kaunselor ada memberitahu depression tersebut adalah rentetan daripada eating disorder.

Bermula umur 10 tahun, biasalah perempuan, akan matang awal sikit dari lelaki. Jadi perubahan fizikal berlaku dengan sangat mendadak. Saya jadi gemuk dengan ketinggian yang renek. Maka bermulalah zaman buli-membuli. Uhuk, sedih weh. Saya hilang kawan rapat sebab dia tak suka saya jadi gemuk. Pastu kena tarik tudung sampai tercabut dan kerusi ditarik sebelum saya landing atas kerusi oleh bekas kawan baik saya tu. Tergolek saya atas lantai kelas tu sorang-sorang. Teringat lagi, masa tu guna kerusi plastik, saya dah duduk atas kerusi pastu dorang cuba nak tarik kerusi saya sebab ingat saya tak duduk lagi. Dorang tarik jugak pastu tercabut bahagian atas kerusi tu. Pastu dorang cakap “Haha, tercabut kerusi ni, tu lah gemuk sangat.” Masa ni berat 50kg, umur 10 tahun dengan ketinggian yang agak renek.

Masa 12 tahun, bertambah gemuk pulak. Adoi, naik ke 60kg. Masa tu cikgu nak timbang berat badan dan tinggi murid satu kelas, bila habis timbang tu, cikgu tu pergi sebut pulak kuat-kuat pulak. Malu lah kita. Aduh. Pastu budak laki cakap “60kg?!! Beratnya!” Tersenyum kambinglah sorang-sorang kat situ. Bila masa tingkatan 1, saya diadmit ke unit separa kritikal sebab sesak nafas sebabbb stress dan takde kawan hmm. Sekolah asrama pulak tu. 24 jam hadap kawan, kalau harian boleh tengok muka parents kan. Kalau takde kawan, lone ranger lah jawabnya. Lone ranger … hmm independentlah elok sikit. Esoknya dapat surat dari hospital kena jumpa dengan psikiatri. Ehek.

Bila saya dah kurus, eh hmm berjaya menurunkan beberapa kg, saya takut untuk melihat orang yang berbadan besar. No offence ya guys. Saya dapat rasa perubahan nadi dan detak jantung bila pandang orang berbadan besar. Macam trauma. Saya akan gelisah, entah kenapa. Bila kaunselor tanya kenapa saya takut gemuk, saya cakap saya risau takde kawan. Mungkin rentetan daripada saya hilang kawan baik saya bila saya jadi gemuk dulu. Dan saya ada lagi pemikiran kalau saya gemuk, orang akan buat saya lagi. I know the feeling of being bullied and tak nak ia datang lagi. Bila orang pandang-pandang saya masa jalan-jalan, saya dah rasa macam kenapa dorang pandang? Sebab saya gemuk ke? Tak pun kalau saya terdengar perkataan ‘gemuk’ atau ‘besar’ dari perbualan orang lain, saya akan fikir mereka sedang bercakap pasal saya. Takde la pulak fikir nak fit in the society, nak melawo, trending ke, tak. Bukan tu. Zaman silam dibawah separuh sedar membentuk diri saya sekarang.

The effect of depression is real as the consequences of eating disorder. Saya rasa bersalah dengan groupmate assignment sepanjang tempoh depressive moments dan tak dapat contribute dengan sebaik mungkin. Sekarang saya masih mengikut sesi kaunseling untuk memulihkan diri saya walaupun masih lagi ada behavior yang sama iaitu risau untuk makan dan selalu tengok cermin. Saya yakin depression saya akan pulih. Saya mahu merasa nikmat seronoknya makan dan tak ada rasa bersalah selepas makan.

Sebelum saya tamatkan confession ini, buat para ibubapa, sentiasalah pantau sikap anak-anak anda yang mungkin bijak berlakon di depan anda. Tapi dibelakang anda, dia lah tauke buli anak orang. Kemudian, jika anak-anak mula berperangai pelik dan jadi diam, mungkin dia dibuli. Rajin-rajinlah bertanya kabar keadaan emosi anak-anak. Kes saya dulu, saya beritahu kat mak saya, saya kena buli. Kalau tak, mak tak tahu.

Apa-apa pun doakan saya. Assalamualaikum.

– Bulan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments