Generasi Kita Tidak Bahagia

Generasi kita. Tidak bahagia. Barangkali kita terlepas pandang dengan apa yang sudah berlaku dalam kehidupan kita.

Enam sebab mengapa generasi sekarang sering merasa tidak bahagia dengan apa yang sediaada:

1) Selalu buang masa dan tenaga untuk memikat hati orang lain dalam dunia media sosial dan di dunia nyata.

2) Terlalu ketagih dengan media sosial. Generasi kita selalu fikir bahawa sifat menunjuk itu adalah segalanya dalam hidup dan perkara utama kita seringkali lakukan semestinya akan bersangkut paut dengan kehendak untuk menunjuk cara hidup, kecenderungan terhadap pengiktirafan dan kejayaan melalui tindak balas dalam media sosial. Ini termasuk lah sama ada menunjuk dengan berniat baik atau menunjuk dengan niat yang bersahaja. Maka, jadi lah sifat rendah diri, isu mengata, isu jaga tepi kain orang timbul.

3) Generasi kita seringkali terkandas dalam fokus, minda asyik terpukul laju dengan info dan cubaan untuk sebarkan info tanpa mencari kebenaran di sebalik kata-kata. Kesemua info ada di hujung jari. Sekiranya tidak tahu sesuatu, kita akan google sahaja; malangnya mereka tidak mempunyai ilmu yang mendalam dan teknikal untuk mengolah dan menghadam apa yang di baca. Kita semua jarang sekali menggunakan otak kita untuk kerja-kerja kreatif.

4) Generasi kita selalu memberi prioriti kepada duit daripada kebahagiaan. Sebab itulah kita sentiasa tersekat dengan kerjaya yang mempunyai tekanan yang tinggi tetapi lumayan, mengejar harta dan sentiasa cuba meningkatkan gaya hidup sambil terlupa kepada keluarga dan pasangan.

5) Generasi kita tidak mempunyai masa. Masa untuk sesiapa sahaja. Kita adalah seorang yang mementingkan diri sendiri, sibuk dengan kerjaya dan menggunakan duit untuk membeli pelbagai makanan tidakberkhasiat, telefon bimbit teknologi baru, gajet terkini, barang kemas dan perhiasan badan, kereta mewah, motosikal dan sebagainya. Sesetengah orang muda ini tidak pernah terlintas dalam hati untuk melakukan kerja-kerja sosial atau kerja sukarelawan, tetapi suka pula untuk tangkap gambar orang-orang miskin dan letak di facebook atau media sosial yang lain untuk raih simpati dan cubaan menunjuk bahawa merekalah orang yang paling baik di dunia.

6) Generasi kita seringkali suka memberi komen yang tidak membangun dalam sosial media, suka menjatuhkan orang lain, dan suka menidakkan yang benar dari yang salah. Jarang sekali kita nampak generasi kita beri kata-kata positif terhadap sesiapa sahaja, mesti ada sahaja tak kena pada seseorang itu pada mata mereka.

Tidak dinafikan, ada juga minoriti dari generasi kita yang tidak hanyut dengan kancah-kancah virtual media sosial. Tetapi, segelintir sifat-sifat yang disenaraikan semestinya akan pernah kita rasa dan lakukan dalam kehidupan kita setakat ini. Memang itu naluri manusia; sentiasa mahu diri diiktiraf. Dengan adanya podium virtual media sosial, lantas laju sahaja apa yang kita ada akan di kongsi dengan khalayak ramai.

Barangkali, kita boleh cuba perbaiki diri, dan elakkan dari tenggelam dengan dunia laman sosial alam maya, cuba untuk berinteraksi lebih banyak dengan orang yang kita sayang di depan mata. Sikap ini akan tersemat pada setiap orang, sekiranya kita sendiri tidak ubah pemikiran kita. Fokus kepada kebahagiaan, sama ada diri sendiri atau bersama.

Bagi sesiapa yang hendak mengomen, silakan.

Predictable favourable comments much would be in these forms:
a) “Ala, semua ni mesti penulis ja yang rasa, aku tak rasa pon”; Well done for those who said these, you’ve just confirmed my theory excellently.
b) “ayat Bahasa melayu tunggang terbalik, ada hati nak tulis confession”; Well, tolong betulkan mana yang salah, saya budak dah lama belajar, tetapi masih lagi perlukan pembelajaran (this sentence is so wrong, i have no idea how to correct it).
c) “takbest la topic nih, tak menarik”; Well, you’ve proven my point again.
d) Yang paling best; “tak cukup iman nih, tu sebab takbahagia”. Hehe, harapnya tiada laa berfikir begini kerana kita tak layan nak ukur iman seseorang.

predicted response ja, mungkin ya atau mungkin tak.

Apa-apa pon, mari kita cuba untuk tambahkan kebahagiaan dengan ubah mentaliti dan pemikiran. Bring happiness from within.

The smallest daily thing is always a source of happiness for someone.

source of information comes from Quora; di ubah alih bahasa, di tambah info sendiri dan susunan ayat masih perlu dibaiki…

– Siti

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit