Genius Akhirnya Jadi Pemandu Teksi

Assalam dan salam 1 malaysia.

Aku tertarik untuk ceritakan perihal bapaku yang dahulunya merupakan pelajar yang genius pada zaman persekolahannya. Beliau selalu jadi top scorer dalam exam dan beliau akhirnya berjaya kerja di syarikat petronas dengan gaji yang sangat lumayan. Tapi, bapa aku akhirnya berhenti kerja dan jadi pemandu teksi. Nak tahu kenapa?

Sebenarnya aku tak pernah tahu pun tentang bapa aku ni dulunya genius. Selama ni aku selalu mengadu nasib dan membandingkan kehidupan keluargaku dengan rakan-rakan yang lain. Selalu juga kawan-kawan ejek aku sebab jadi anak pemandu teksi. Tak kurang hebat juga yang pandang rendah pada aku dan siap sindir-sindir aku lagi supaya tak jadi macam bapa aku.

Selama ni aku sedih bila selalu diejek. Seolah2 ibu bapa aku ni tak pandai sebab tu bapa aku cuma jadi pemandu teksi dan ibu pula tak bekerja. Tapi kisah bapa aku kantoi apabila rakan lamanya buka cerita. Masa tu barulah aku tahu siapa bapa aku yang sebenarnya.

Saat aku tahu cerita sebenar, aku sangat kagum dengan bapa aku. Aku sangka selama ni bapa aku tak habis sekolah, tak pandai. Sebab tu bapa aku kerja jadi pemandu teksi. Tapi rupanya sangkaan aku silap. Bapa aku rupa-rupanya pelajar terbaik sekolah. Sentiasa jadi top student sekolah. Yang lebih menarik ialah, bapa aku ni bukan kaki study pun tapi selalu perform masa exam sebab bapa aku genius. Lebih menarik apabila, bapa aku tak masuk u tapi sebenarnya bapa aku dapat banyak tawaran untuk sambung belajar. Cuma masa tu bapa aku susah. Atuk aku susah masa tu, kereta pun takde. Jadi kalau nak masuk u, sekurang2 nya kena ada duit sikit untuk isi borang segala dan uruskan keperluan. Tapi disebabkan bapa aku ni taknak menyusahkan atuk aku, jadi bapa aku hentikan niat untuk sambung belajar.

Bapa aku pun mula kerja cikai-cikai (kerja kampung). Di saat kerja kampung tu, bapa aku improve skills dia. Akhirnya bapa aku belajar ilmu nak bina rumah, ilmu wiring & eletrik, ilmu medicine, ilmu pomen (baiki moto kereta), ilmu arkitek (lukis pelan rumah), ilmu memasak, ilmu welding dan sebagainya. Sehinggakan bapa aku selalu diupah untuk buat kerja2 berkaitan ilmu di atas. Bapa aku ni boleh dikatakan serba serbi pandai. Bapa aku juga diupah untuk gunting rambut orang, diupah untuk potong rumput rumah orang, diupah untuk bina rumah orang dan macam-macam lagilah kerja bapa aku pernah buat.

Sampai satu tahap, bapa aku ditawarkan untuk bekerja di Petronas. Mulanya bapa aku jadi kuli biasa-biasa je. Tapi lama-lama bos kat situ nampak kelebihan bapa aku, dan dia pun dapat tahu bapa aku ni genius (genius dari segi result dan genius dari segi pemikiran). Bayangkanlah, walaupun kerja kuli, bapa aku selalu bagi idea bernas dan dia lebih berkepakaran dari orang yang ada ijazah masa tu. Otak bapa aku ni memang bijak la. Dia punya pemikiran pun jauh. Akhirnya bapa aku ditawarkan untuk dapat high position yang secured di situ. Tapi masa tu bapa aku baru dapat surat offer letter. Belum betul2 official lagi naik pangkat.

Tapi tak lama lepas tu, tiba-tiba bos bapa aku panggil ayah aku secara personal dan dia cakap, dia terpaksa cancel balik offer untuk naik pangkat haritu sebab placement tu dah ada orang lain. Bapa aku pelik, kenapa tiba-tiba tukar placement? Kan patutnya itu untuk bapa aku. Kenapa tiba-tiba orang lain pulak dapat? Bos bapa aku tak dapat jawab masa tu. Bapa aku ni siasat punya siasat, rupanya ada staff lain ‘main kabel untuk naik pangkat’. Sekali rupanya kawan bapa aku lah orang yang merampas position bapa aku tu. Kawan bapa aku ni memang anak orang besar pun. Aku rasa dia main suap jugak ni sebab takkan tiba-tiba on the spot bos bapa aku nak naikkan dia padahal kerja dia biasa-biasa je. Nak kata dia kerja bagus, rasanya banyak mengular jugak orangnya.

Bapa aku kecewa sangat. Akhirnya bapa aku decide untuk berhenti kerja. Masa ni bos bapa aku pujuk jugak. Tapi bapa aku cakap ‘kalau zaman sekarang pun orang tak takut bila dirasuah, akan datang aku tak terkejut kalau rasuah ni benda biasa’. Akhirnya bapa aku pun berhenti kerja.

Akhirnya bapa aku jadi pemandu teksi. Aku tanya bapa aku, “kenapa akhirnya pilih jadi pemandu teksi?”.

Bapa aku jawab “sebab jadi pemandu teksi ni kita bagi servis kat orang. Kita tolong orang, dan kerja ni buat kita rasa bahagia dapat tolong orang. Kerja ni pun tak perlu stress-stress, rileks je. Yang paling penting, risiko untuk merasuah dan dirasuah tu takde. Dan satu lagi,kerja ni tak sibuk. Masa untuk family tu sentiasa ada”. Betapa bencinya bapa aku dengan rasuah. Semenjak itu juga, bapa aku koyakkan dan bakar semua sijil sijil sekolah beliau. Sebab tu la selama ni aku ingat bapa aku tak pernah bersekolah sebab satu pun bukti dia bersekolah dah takde.

Tapi walaupun bapa aku end up jadi pemandu teksi je, aku bangga sebenarnya dengan bapa aku. Sebab beliau jadi pemandu teksi yang genius. Bapa aku ni selalu juga bercakap hal hal ekonomi dekat aku contohnya hal minyak. Dulu aku pernah terdetik ‘bapa ni cakap macam lah pernah kerja petronas.’ . Rupanya bapa aku memang berpengalaman pun.

Bapa aku juga suka uji minda kami adik beradik dengan soalan susah. Kadang2 bapa tanya asal usul algebra, asal usul pie, kenapa pie nilainya sekian sekian. Padahal kat sekolah aku tak pernah pulak diajar asal usul benda alah ni.

Dan aku beruntung sebab walaupun bapa aku pemandu teksi, kami adik beradik sentiasa diberikan ilmu yang cukup oleh bapa aku. Yelah bapa aku kan dulu pelajar cemerlang. Dari subjek bm sehinggalah sejarah, semua bapa aku ajarkan sendiri dekat kami adik beradik. Kami adik beradik juga tak pernah pergi tuisyen berbayar dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah. Semua bapa kami sendiri ajarkan. Kat rumah kami pun ada whiteboard besar (macam kelas tuisyen gitu). Memang bapa kami ajar dengan ilmunya sendiri.

Hasilnya, kami adik beradik pun sama-sama mewarisi genetik genius bapa kami. Kami adik beradik semua pemalas sebenarnya, tapi semuanya top student dekat sekolah hinggalah universiti. Aku pula sekarang tengah confuse nak sambung phd ke tak. Sebab sebenarnya aku sangatlah pemalas. Masa buat master pun entah berapa kali sv datang cari aku kat rumah sewa sebab aku selalu jadi chipsmore (kejap ada kejap takde). Haha. Dan aku selalu jugak hilang passion masa buat master haritu tapi finally aku grad jugak muahahaha. Dalam nakal-nakal dan malas aku tu, sv puji aku jugak sebab katanya aku pandai.

Kesimpulannya, janganlah pandang pemandu teksi sebelah mata. Boleh jadi pemandu teksi yang korang jumpa tu bapa aku, the genius one.

Nasihat aku, kalau korang bijak macam mana pun, tak semua ending kita sama (akan berakhir dengan keje bagus). Lihatlah bapa aku. Walaupun dia gagal kejar impian dia, tapi dia berjaya menghasilkan anak2 yang bijak pandai. Semua anak2 beliau belajar tinggi2 sampai phd (aku belum lagi). Sehingga kadang2 orang lain selalu cakap “anak pemandu teksi tapi semua berjaya”. Kau silap sebenarnya, bapa aku tu bukan sekadar pemandu teksi je tapi dialah arkitek , dialah engineer, dialah doktor, dialah technician, dialah pomen dan lain2.

– Izham

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit