Go and Seek Help

Go and Seek Help

Hi Admin, terima kasih kerana menyiarkan confession ini. Baiklah, sebelum ini biarlah aku perkenalkan diri. Aku si penulis confessions 12 hari yang panjang, Survivor dan Survivor II.

Confession kali ini aku akan menggunakan Bahasa Melayu juga Bahasa Inggeris. Semoga catatan ini menjadi panduan untuk mereka yang menderita kemurungan (depression).

Baru-baru ada kita dengar mengenai celebrities luar negara commit suicide. Sungguh ironi dan menyedihkan. Kita boleh lihat, mereka ini mempunyai kehidupan yang semua orang impikan iaitu berjaya dan mempunyai harta-benda yang melimpah ruah. Tetapi benarlah, depression itu tidak mengira siapa. Macam mana kaya sekalipun, macam mana berjaya sekalipun, kalau ia nya menyerang, ia akan menyerang tanpa belas kasihan.

Jika mengalami simptom seperti kesedihan perpanjangan, hilang minat, letih, perubahan selera makan, perubahan corak tidur dan terfikir untuk mati, go and seek help. Yup, untuk melangkah ke klinik psikiatrik memang memalukan, dan dalam masa yang sama ia juga menakutkan. Kerana stigma yang melekat kuat, tanggapan umum bahawa sakit jiwa itu gila menjadikan si penderita kemurungan terus terseksa mendiamkan diri.

Usahlah menderita dalam diam, usahlah biarkan jiwa raga kita terseksa. Biarlah apa orang kata, yang sakit ialah diri kita, bukan mereka. Depression ialah penyakit minda, memang ia tidak nampak, tapi ia memberi effect satu badan. Kita sendiri mempunyai hak ke atas minda dan badan kita. Kesihatan kita, tanggungjawab kita. Jika insan sekeliling tidak membantu, pergi dapatkan bantuan professional, pasti ada tangan-tangan yang ikhlas membantu untuk sembuh dari penyakit yang dideritai ini.

Jumpalah psychiatrist, mintalah bantuan. Jika dipreskripsi ubat, makan lah dan jangan culas. Ubat-ubatan antidepressant mampu mengawal semula bahan kimia yang imbalance dalam otak. Jika timbul kesan sampingan ubat, segera maklumkan kepada psychiatrist.

Jika mampu dari segi kewangan, pergilah dapatkan terapi dari psychologist. Ada sesetengah psychologist menawarkan psikoterapi serendah rm40 per sesi. Pelbagai cara terapi boleh dilakukan, sama ada secara face to face dengan menghadirkan diri di dalam bilik psychologist atau melalui videoconference. Ada juga menawarkan terapi melalui text iaitu emailing. Jadi, alasan kos dan juga masa bukan lagi kekangan untuk mendapat rawatan terapi. Laburkan sedikit kewangan dan juga masa demi kesejahteraan mental. Kalau kita demam, kita dapatkan rawatan doktor tetapi kalau kita sakit minda, kenapa kita tidak dapatkan rawatan? Si penderita mental berhak mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Psychologist akan membantu kita sort out and figure out everything yang ada dalam minda kita. Mereka akan sama-sama mencari coping mechanism and strategies untuk kita. Psychologist juga akan melatih minda kita untuk deal dengan semua emosi, emosi negatif juga emosi positif. Banyak impak bagus kesan dari terapi bersama Psychologist. Tetapi yang paling penting ialah dapatkan psychologist yang ada chemistry dengan kita dan juga kita juga mesti bersedia untuk berubah ke arah mental yang lebih sihat.

Akhir sekali, selepas berusaha untuk sembuh dari depression, panjatkanlah doa kepada Allah dengan hati yang bersungguh-sungguh. Minta Allah beri kesembuhan, minta Allah permudahkan urusan rawatan. InsyaAllah, pasti ada satu saat Allah akan makbulkan doa hambanya yang ikhlas.

– HNN, MDD Fighter

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit