Goodies Bag Kenduri

Goodies Bag Kenduri

Assalamualaikum hai admin terima kasih kalau siarkan confession ni. Nama aku Yana. Aku tengah serabut masa taip ni. Aku nak readers khutbahkan aku. Takpun azan kat telinga aku. Pasalnya,aku nak kawen hujung tahun ni,banyak pulak problem aku dengan mak aku.

Aku ni dari family beshe beshe je. Ayah dah pencen mak tak keje. So nak kawen ni hantaran aku tak sampai 10k. Mas kawen je aku mintak rantai emas. Tu pun sebab teringin. Aku mulakan cerita ni dengan betapa bengkeknye aku bila baca cerita-cerita kawen bajet yang dijaja kononnya perkahwinan dia paling simple dan dia gadis yang memudahkan suaminya. Matilanakkk aku pun kalau boleh nak yang simple dan bajet. Kad kawen pun kalau boleh aku nak buat yang fotostat je kat kampung aku. Baru 0.03sen selai. Tapi sedar diri sikit,kau tu ada mak ayah ye Yana. Jangan memandai!

Semua benda yang serabut ni mula lepas aku tunang aritu. Aku dengan tunang plan taknak barang hantaran sebab nak cut kos dan senang dia dan family nak travel nanti. Pastu aku suarakan dekat mak aku,terus mak aku bagi machine gun. Tak pasal-pasal kena marah bukan sikit-sikit.kaw kaw punya. Then takpela kitorang stuju untuk barang hantaran. Tapi,aku cakap kat mak aku,kitorang nak beli sikit-sikit je buat syarat. Dan lagi sekali aku kena. Ohh mann..mak aku suruh mintak beg,kasut,telekung,makeup dan segala toknenek. Aduh saleha. Iyelah mak,syurga dibawah telapak kakimu.

Benda jadi makin serabut bila cakap pasal goodies bag. Mak aku nak bahulu. Aku survey rm1.30/pcs. Untuk 1000pcs dah rm1300. Pastu mak aku nak buat goodies bag besar untuk tukang masak,family dan sohabatnya dalam 150bag yang aku rasa 1 beg tak kurang rm5 kot. Ce korang darabkan. Pastu dengan goodies bag budak lagi. Maunya goodies bag saja dah dekat rm2500. Haa elok.

Jadi aku cuba gunakan otak aku,aku suggest kacang. Aku boleh settlekan goodies kacang dengan harga bawah rm1000. Makanya aku boleh jimat lebih sikit. Tapi apakan daya,mak aku marah siap ugut nak lepas tangan taknak ambil tahu pasal wedding aku. Semua sebab goodies bag yang aku plan nak tukar dari bahulu,ke kacang. Sedih wey..aku cuma nak tolong cut kos. Family aku takde banyak simpanan. Jadi kenduri memang 100% akan guna hantaran tu. Bayangkan jela goodies bag saja dah hampir rm2500. Untuk orang berada rm2500 tu small matter. Tapi bagi aku selagi boleh bawak bincang harga tu,aku nak la turunkan kos. Tapi tak dapat. Tunang aku memahami sikit. Dia suruh ikutkan je. Dia cakap duit nanti kita cari.

Tak habis kat situ,baju nikah aku pun mak aku kacau. Mak aku suruh pakai baju kawan kakak ipar aku. Aku tengok baju tu dari gambar. Aku tak kenan wey. Huhu. Mak aku cakap mak aku berkenan. Aku cakap taknak. Mak aku siap mesej kakak ipar lagi suruh cakap nak pinjam baju tu. Pleasee aku nak baju aku sendiri. Aku dah ada baju nikah sendiri kot. Walaupun simple,tapi aku sayang baju tu. Tak simple mana pun..ada lace kat badan.dress kembang.ok la kan..lagi pun nikah dengan sanding hari sama.

Aku pening kepala. Kepala aku berdenyut-denyut bila aku fikir majlis kawen. Yela aku tau family aku tak berapa ada saving. Tapi mak aku nak buat kenduri grand livina punye.huhu.. Ohh ayah aku mana?? Ada tu haa takmau ambil port. Nanti gaduh. Sekarang ni aku tengah bertenang sikit. Esok nak balik kampung. Entah apa lagi mak aku nak marah. Aku ikutkan jela goodies bag tu. Fikir goodies bag kemain,lauk pauk kenduri tu duit bajet berapa nanti lupa nak fikir. Kenduri makan goodies bag ja.haha.

Doakan la ek.. Semoga lembut hati mak aku tu. Ayah aku pun malas dah nak ambil port. Aku fikir panjang,lepas kawen nanti nak travel pergi belah suami. Lepas tu nanti lepas kawen nak pindah rumah pulak. Duit semua tu duittttt.

Bagi la komen komen yang murni tau. Banyakkan nasihat aku. Jangan nasihat mak aku. Mak bukak facebook tengok resipi je.

Gadis pening,
Yana.

– Liyana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments