Hakikat OCD

Bismillah.

Assalamu’alaykum warahmatullah. Terima kasih pada admin jikalau konfesyen aku ini disiarkan.

OCD, or in other words obsessive-compulsive-disorder. Kalau aku letak kalimah ini mungkin segelintir yang faham dan ada sekelompok lagi yang masih tak faham apa itu OCD.

OCD bukan takat suka kemas-kemas, suka atur-atur barang, suka cuci-cuci tangan, suka bersih. NO. Hakikatnya orang yang ada OCD ni tak pernah SUKA tapi TERPAKSA. Mengapa? kerana, minda dah dikawal oleh suatu suara yang dah menguasai cara pemikiran seseorang tu.

Aku salah seorang yang menghidapi penyakit mental ini. Bukanlah ini sesuatu yang boleh dibanggakan sebab bagi aku OCD dah kacau hidup aku.

OCD ade banyak jenis, yang penting ianya adalah gangguan mental yang hadir dalam otak seseorang untuk jadikan dia obsess pada sesuatu perkara yang mana kalau dia tak buat dia boleh jadi seakan-akan ‘gila’ atau ‘terganggu emosi’. OCD juga menjadikan seseorang tu banyak buang masa dia atas sebab gangguan mental yang dia hidapi.

Jenis OCD yang aku hidapi adalah obsess pada kebersihan; aku mandi 5 kali sehari, cuci baju tiap hari, cadar pun aku kerap tukar, selalu lap handphone, geli pada habuk atau segala jenis kotoran.

Kedua aku obsess pada susun-susun benda; aku akan susun SEMUA BENDA yang aku nampak, dari kecik sampai besar, susun ikut warna, susun barang ikut garisan etc.

Lastly aku SANGAT SANGAT rasa insecure dengan keselamatan rumah; aku kerap kunci, check lagi, bukak balik, kunci balik. Check tingkap, bukak, tutup bukak. Check gas dapur beribu kali. Check lantai tandas biar kering (takut licin nanti tergelincir).

Itulah antara jenis OCD yang aku ada. Kalau aku tak buat aku boleh jadi tak keruan, contoh kalau aku rasa lantai tandas masih basah nanti otak aku terbayangkan kalau mak masuk then tergelincir lepas tu meninggal. Ya Allah begitu sekali tahap fikiran aku. Atau kalau aku nampak benda tak susun aku jadi risau, seakan-akan hidup aku tak bermakna kalau aku tak pergi susun. Kadang kalau tak mandi bila dah rasa kotor, aku macam rasa kuman dah merebak dekat badan aku.

Gila kan aku? Yea, aku benci mental aku. Penyakit ni dah meragut kebahagian dalam hidup aku, renggangkan hubungan aku dengan satu-satunya kakak aku, buat aku jadi murung macam orang gila.

Exaggerate? Tak, memang ini hakikat nya.

Masa aku taip ni, air mata aku dah mencurah-curah. Alhamdulillah sekarang aku dah bebas dari OCD, yang aku nak kongsikan adalah kisah lama aku dan macam mana aku tangani OCD.

Aku dari keluarga yang kecil. Mak, ayah, akak dan aku. Ayah dah lama tinggalkan kami bertemu penciptaNya. Maka tinggalah aku, mak dan akak. Mak seorang yang penyayang, pendiam dan tegas. Mak aku umurnya dah masuk 60 lebih dan kerap sakit-sakit. Akak pula seorang yang periang, matang, garang dan ‘daring’. Akak tak lama lagi nak kahwin. Umurnya dah masuk 30 tahun. Dan aku, seorang yang ceria tapi baran. Sensitif dan emotional. Umur aku masa ni dalam 20 tahun.

Kami keluarga yang bahagia, akak dengan lawaknya yang buat aku mudah terhibur, mak dengan sikapnya yang hanya ‘layankan’ perangai kami berdua. Pendek kata aku bahagia disamping mereka sehinggalah OCD aku makin develop dan terbalikkan hidup aku.

Kalau aku perhatikan dari aku kecil aku memang suka pada kebersihan dan benda yang tersusun. Arwah ayah pun macam tu. Kalau aku letak benda senget je arwah ayah akan tegur macam “adik, ni letaknya macam ni okay, bukan macam ni”…aaahh rindunya suara ayah yang lembut dan menenangkan..

Tapi sejak dah meningkat umur benda tu dah makin menjadi-jadi. Sampaikan akak bingit dengan aku. Pernah sekali bila waktu raya aku dah susun dengan tertib kuih-kuih raya dengan balang-balangnya, datang akak aku dia alih sana sini. Aku betulkan balik. Tapi dia buat lagi sampaikan aku jadi stress dan tinggikan suara marah dia. Yep, gaduh besar sebab masing-masing ego. Benda remeh, tapi tak pada aku, aku jadi murung sampai susah nak move on dan rasa diri ni tak guna sangat-sangat.

Masa tu benda paling aku benci adalah bilamana aku dah susun baik-baik orang suka hati usik. Aku jadi marah. Tapi aku tak terus marah pada orang, aku selalu marah diri aku. Aku tarik-tarik rambut aku (macam orang gila) nak kasi relax otak aku. Aku marah apehal aku macam niii.

Mak penyabar orangnye, akak pula dah tak tahan dengan perangai aku sampai dia kata “akak dah tak sabar nak kawin, boleh pindah rumah.”

Bila akak dah kawin & pindah. Aku dah semakin bebas dengan perangai ni. Kali ni aku develop insecurity dengan keselamatan rumah. Suatu hari bila mak cakap dia rasa macam ada orang ikut dia balik masa pergi pasar aku rasa SANGAT RISAU. Mula dari situ aku akan selalu check pagar rumah, tingkap dan sebagainya. Bila aku kat luar kerja aku jadi risau dengan keselamatan mak aku seorang diri. Aku call dia banyak kali. Tanya okey ke tak.

Sebelum keluar rumah beribu-ribu kali check kettle, stove, toilet, plug semua. Aku takut dengan segala kemungkinan yang boleh terjadi. Oleh sebab tu aku selalu lambat datang ofis, sebab masa banyak pakai periksa itu ini. Pernah sekali dah separuh perjalanan nak pergi ofis aku patah balik, sebab aku rasa pagar tak kunci betul..

Sebenarnya banyak je lagi kisah aku. Tapi biar aku share sikit-sikit je.

Lama kelamaan aku mula sedar yang aku ada penyakit mental ni. Aku self-diognise. Memang symptom2 dah ada pada diri aku. Aku nak berubah.

Dari persperktif sebagai seorang muslim pula, aku yakin ini adalah ujian Allah untuk aku. Aku kena kuat dah ubah diri aku. Aku confess dekat mak (mak pun tak tahu ape tu ocd). Mak kata banyakkan doa (yup betul, doa itulah senjata org mukmin), dan minta bantuan pakar.

Akak aku pula, bila dia tahu pasal ni dia rasa bersalah sangat-sangat dekat aku, kesian tengok aku, dialah yang temankan aku jumpa pakar.

Aku dikategorikan under severe OCD. Aku diberi ubat dan kena datang for few follow-ups. Disamping tu aku amalkan banyak baca surah an-Nas, dan jadikan solat sebagai satu medium untuk tenangkan diri (pakar suruh meditate in your own way, so aku rasa solat is the best meditation for me).

See? Tak ramai tahu hakikat OCD hatta mak dan akak aku. Masa kawan aku datang rumah dia ada usik barang aku, pastu aku betulkan then aku dengan nada bergurau cakap “eh, maaflah aku ni OCD sikit.” Dia pulak jawab “Ehhh OCD! Aku pun adeee! Suka kemas2 benda.” Hahaha aku macam nak ketawa pun ada. Tapi inilah realiti nya, tak ramai tahu betapa seksanya aku bila ada OCD dulu. Mungkin ramai yang confuse being just a perfectionist and having an OCD.

Nak cakap recover fully tak jugak, tapi aku dah jauh lebih baik dari dulu Alhamdulillah. Lepas ni kalau korang nampak kawan korang yang ada penyakit ni aku haraaap sangat-sangat tolonglah bawa dia jumpa pakar.

Itu saje dari aku, thanks for reading my confession and thanks once again for admin if my confession is published.

– A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *