Halitosis

Bila disebut isu halitosis, si penderita sebenarnya malu untuk mengaku bahawa mereka sedang menghidapnya. Ya, begitu juga aku. Paling malang, aku masih seorang remaja. Penyakit ni menjadi beban bagi diri aku. Kenapa? Aku rasa orang yg mengalaminya tahu jawapan dia. Salah satu kesan paling teruk kami alami, hilang keyakinan diri!

Rutin harian kita memerlukan kita utk berkomunikasi dgn orang sekeliling. Tipulah kalau sehari kau langsung tak bukak mulut bercakap dgn orang lain. Bila bercakap ni la part yg paling payah bagi kami penghidap halitosis! Rasa sangat rendah diri bila orang yg bersama kita mula gosok-gosok hidung bila kita bukak mulut. The worst thing is orang tu mula tutup hidung bila kita tengah bercakap dgn dia. Rasa nk duduk jauh-jauh dari dia so that dia tak kan cium bau mulut kita :(

Aku bukan tak pernah try nk atasi masalah bau mulut aku. Dah banyak alternatif aku cuba. Kumur guna listerine, air sireh, gosok lidah, beli ubat cuci usus. Beberapa minit je mulut aku wangi. Sejam selepas tu, masya-Allah.. aku pun dah cuba kunyah chewing gum. Ada kejayaan sikit kt situ. Tapi, tak kan aku selamanya nk kunyah chewing gum kan. Dah google banyak kali sampai aku fedap dgn iklan-iklan ubat utk hilangkan halitosis sebab aku tahu dia tak kan berkesan. :(

Oh ya. Sebelum lupa, dulu gigi aku pernah berlubang. Tapi aku dh jumpa dentist & dia buat RCT utk matikan saraf gigi aku yg rosak. And now, aku tak rasa bau mulut aku berpunca daripada gigi aku. Aku rasa lidah aku punca utama dia! Tapi, as i said just now, aku dah try bermacam-macam cara utk atasi masalah halitosis aku. Sampai sekarang belum berjaya.

Halitosis sebenarnya bukan je merimaskan orang lain, si penghidap pun rasa terbeban. Malah buat dia rasa tertekan. Mana teruk lagi? Bau bawang ke bau longkang. Hahahah.. aku harap suatu hari nanti aku jumpa cara utk atasi masalah yg aku hadapi. Kembalikan keyakinan diri aku :(

– Indah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit