Hamba Dadah

Hamba Dadah

Assalamualaikum semua pembaca setia iium..ini cerita keluarga aku..telah lama berlarutan,tetapi baru kini aku baru ada kekuatan untuk membongkarkan..mungkin ini akan menyebarkan aib keluarga tapi aku harap cerita aku ini mampu memberi iktibar kepada kita semua.

Ibu aku mempunyai 14 belas beradik.semua Alhamdulillah Berjaya kecuali 4 yang terakhir. 4 yang terakhir yang menjadi kesayangan ibunya (nenek aku). Ya, 4 beradik itu telah terlalu jauh hanyut dengan dunia dadahnya. 4 beradik itu kesemua lelaki,semuanya sudah besar panjang,mungkin sudah layak menjadi seorang bapa. Tetapi gara-gara dadah, semuanya bagai anak kecil yang sentiasa meminta wang dari si ibu.

Si ibu (nenek aku aka emak kepada mama aku) masih membanting tulang bekerja. Si ibu yang sepatutnya telah lama pencen tapi masih disambung kontrak dari tahun ke tahun yang berpendapatan hampir 2k sebulan. 2k sebulan, sepatutnya nenek ku boleh hidup senang lenang. Tapi tidak sama sekali. Gaji 25 haribulan, tetapi sebelum menginjak ke tengah bulan dah kering. Merata lah si ibu meminjam sana sini,menagih simpati. Kesian, mmg kesian. Semua anak-anak yang lain kesian. Gara-gara 4 beradik itu, si ibu sentiasa beremdam air mata, bersusah payah mencari wang semata membeli DADAH!!

Pernah anak-anak ingin membawa si ibu untuk tinggal dengan mereka dan keluar dari rumah itu. Tapi cuma bertahan sehari. Esok si ibu sudah kegelisahan ingin pulang bimbangkan si 4 beradik itu. Apabila si ibu kehabisan wang dan tak mampu lagi menghulurkan wang, maki hamun sepak terajang menjadi hadiah kepada si ibu. Allahu. Rumah pusaka arwah atuk menjadi sarang 4 beradik itu. Si ibu ibarat banker sahaja.

Kejadian baru-baru ini amat mengharukan kami sekeluarga. Nenek ku datang mengetuk pintu rumah kami saat kami lena pukul 3 pagi. Berceritalah si ibu dengan linangan air mata mengatakan dia curi keluar dari bilik melalui dapur dan lari ke rumah kami gara-gara salah seorang dari 4 beradik itu mengamuk ingin duit.

Adik ku seorang anggota polis,telah membawa nenek ku ke balai polis untuk melaporkan kejadian ini. Itu pun setelah sekian lama kami memujuk untuk membuat laporan polis baru lah si ibu bersedia. Kami sangka ini adalah permulaan hidup nenek ku akan kembali tenang. Tetapi hati ibu tak siapa boleh menyangka. Sesampai di balai polis, apabila diterangkan 4 beradik mungkin akan dikenakan penjara selama 6 tahun, terus si ibu mahu menarik balik report dan pulang. Kami boleh buat apa lagi?? Kami semua sudah habis berusaha untuk membantu si ibu. Tetapi masih juga begitu. Kami cuma terlalu takut berlaku perkara yang tak diingini. Sampai sekarang si ibu sendiri seperti sudah gilakan duit. Sanggup mengambil stok di tempat kerja dan menjual kepada orang. Dan segala barangan di dalam rumah serta barang-barang dapur sumbangan adik beradik lain dijual, pokoknya apa saja yg blh djadikan duit, si ibu sanggup lakukan. Allahu.

Kami semua harus buat macam mana lagi? Sudah terlalu buntu. Si ibu terlalu sayangkan 4 beradik itu sehingga tidak sanggup melihat mereka berempat susah,sakit dan kelaparan. Ya, aku faham ibu mana yang tak sayangkan anak, tapi biar lah berpada. Kerana terlalu sayangkan, terlalu manjakan anak dan terlalu percayakan anak, begini lah akibatnya. Bagaimanakah pengakhiran hidup si ibu? Bagaimanakah kelak si empat beradik sekiranya si ibu sudah tiada nanti? Aku mohon, sesiapa yang mempunyai cadangan yang sesuai untuk kami selesaikan isu ini, sekian, terima kasih. (sesiapa yang kenal aku, jgn tag aku,sesiapa yang rasa cerita ini ada kaitan atau tahu siapa si ibu dalam cerita ini,mohon jgn tag sesiapa yang berkenaan,tq)

– puteri seroja

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments