Hampir Bankrup

Hampir Bankrup

Saya ada satu pengalaman nak share.

Saya dah tinggal di Singapura semenjak saya kecik lagi bila mak bapak pindah ke sini dari Melaka. Saya belajar dan sekarang bekerja di sini.

Bila dah 20 tahun lebih menetap di Singapura, saya perhatikan yang transportation services kat sini boleh dikatakan reliable jugaklah since saya tak pernah lagi jadi mangsa mrt breakdown ke bas rosak.

Saya ni selalu nak mrt atau bas ke kerja yang terletak jauh dari kawasan di mana saya tinggal. Jarang sangat naik teksi sebab peak hours dan jalan selalu jammed.

Sampailah pada suatu masa ni bila private-hire cars, yang lebih dikenali sebagai Uber dan Grab, baru-baru diperkenalkan kira-kira dalam awal tahun lepas (2016). Saya pun try lah naik satu Uber/Grab untuk ke tempat kerja. Pada awalnya, discountlah, dan macam-macam promotion menarik yang ada. Lebih-lebih lagi Grab. Lagipun ia senang, buka app, book ride dan ia pun datang kat bawah blok rumah saya. Saya pun try lah.

Saya pun nak cakap saya puas hari sangat. Lebih-lebih lagi ia guna flat fare, di mana kalau jammed sekalipun takdelah harga ride naik mendadak. Harga ride pun saya perhatikan hari-hari dia lebih kurang sama, dalam $15-18. Saya tahu kalau kat Malaysia ni dah tiga kali ganda kan? Banyak tu…

Mula-mula sekali. Dalam dua tiga hari lepas tu, lagi satu kali. Nak balik kerja pun kadang-kadang naik jugak, sebab senang. Sampai rumah pun awal.

Sampailah pada suatu masa ni saya dah kemaruk nak naik Grab/Uber hari-hari! Selalu saya bagi alasan (pada diri sendiri lah selalunya) “alah sekali ni, gaji sehari kau lagi banyak tau”. Saya naik lagi Grab/Uber ke kerja. Malah pergi kelas mengaji, pergi jalan-jalan dengan kawan pun saya naik itu jugak.

Mak saya pun perasan, dia ada tegur jugak katanya saya baru start kerja simpan-simpanlah duit tu. Saya tak ambil nasihat tu sebab saya rasa saya takde rasa kesempitan wang sekarang, sebab bapak saya pun bulan-bulan masih bagi duit belanja.

Dua bulan jugak saya buat macam ni. Saya perasan yang saya dah takde banyak savings. Kira-kira balik, hampir seribu setengah duit saya habis kat aplikasi grab/uber dalam masa dua bulan tu. Habis setengah bulan gaji saya. Kalau tukar ke currency Malaysia saya dah boleh pergi umrah agaknya. Huhu…

Dah terlambat dah. Nasi dah jadi bubur dah. Mujur saya tersedar awal dan tak sampai takde duit dan pergi pinjam-meminjam kat mana-mana. Saya harap lepas ni saya lebih berhati-hati belanja. Dan jangan dibutakan dengan manis mulut private-hire cars lagi!

– Yang Menyesal

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments