Hati-hati Beli Wax di Online Stores

Salam dan selamat sejahtera readers! Nama aku Eja, 25 tahun dan baru sahaja menamatkan pengajian Master-ku di salah sebuah IPTA di Selangor. Tujuan aku menulis artikel ini adalah sekadar ingin berkongsi tentang pengalaman pahitku sebagai seorang pengguna yang pernah membeli produk “waxing” melalui Online Store. Tidak ramai yang tahu tentang kisah ini. Hanya sekadar keluarga dan teman rapat sahaja dan hari ini aku beranikan diri untuk berkongsi dengan korang semua. Ini adalah kisah benar.

Kejadian ini berlaku lebih kurang tiga tahun lepas. Buat semua readers yang masih keliru dengan term waxing ini, biar la aku jelaskan dengan ringkas. Ia adalah method untuk membuang segala bulu yang ada di tubuh badan anda. Bulu kaki, bulu bawah lengan dan segala bulu dijamin hilang. Haha. Ya, benar! Teknik ini menggunakan sejenis liquid yang akan membantu anda untuk menarik segala bulu yang ada. Anda boleh la google yer untuk further explanation. Menariknya, teknik ini juga menjanjikan kulit yang licin, lembut dan tulus mulus tanpa bulu! Maka dengan itu ramai la gadis dan wanita yang beratur untuk membeli produk waxing ini yang dijamin organic dan senang digunakan oleh para wanita mahupun lelaki. Aku pon tidak terkecuali dari fenomena ini!

Pencarian aku untuk produk waxing ini berakhir dengan jenama hair removal online tempatan. Tidak perlu lah aku nyatakan nama online store tersebut. Online store ini mempunyai banyak agent/stockist berdasarkan lokasi terdekat pengguna. Jadi aku pon deal dengan salah seorang agen jenama online store ni- Bibah. Jadi setelah aku membuat payment, keesokannya Bibah ni hantar produk tersebut ke rumah aku. Bibah datang ke rumah aku memandangkan lokasi rumah dia dan aku tak jauh . Jadi aku pon dapatlah satu bag kecil dalam bag tersebut ada sebotol wax, beberapa helaian kain (cotton) kecil yang dilipat dan stick untuk menyapu wax pada bahagian badan. Before ni aku belum pernah ada experience pon guna wax ini, jadinya aku memang excited untuk mencuba! Dalam bilik, aku pon periksa la barang-barang itu.

Aku tengok botol okay. Nampak baru, Aku pon periksa juga lipatan kain cotton dalam bag tersebut. One by one. Tiba-tiba mata aku terhenti pada satu helaian kain yang terakhir. Nampak macam agak lusuh berbanding yang lain. Aku teliti betul-betul dan sumpah aku terperanjat bila nampak tompok kecil yang seakan darah! Kemudian ada juga bulu halus pada helaian kain cotton itu. Geli dan jijik! Hati aku terus tak sedap. Aku mula rasa was was dengan barang tersebut. Aku dah kena tipu yang pastinya! Aku terus bagitahu ibu memandangkan aku tidak pasti apa perlu aku buat. Aku blur! Lepastu mula lah ibu aku bising sebab katanya aku membazir beli barang yang tak berfaedah. Aku telefon Bibah dan bagitahu apa yang dah jadik dan minta ganti rugi atau refund. Bibah bagi seribu alasan. Mungkin sebab aku yang masih nampak agak childish pada masa itu, Bibah berani memperkotak-katikkan aku. Aku cuba telefon owner sebenar online store itu- Salmah. Salmah terkejut. Tapi dia bertegas tidak dapat ganti rugi barang tersebut kerana aku deal dengan ejen- Bibah. Salmah pon cakap dia akan terminate Bibah as ejen. Ibu aku dah mula marah! Ibu pula call and cakap dengan Bibah. Kalau tiada corrective action, kami akan laporkan pada tribunal pengguna! Akhirnya Bibah surrender dan setuju untuk refund duit aku. Dia bagi alamat rumah dia dan aku setuju untuk pulang kan barang wax tersebut malam itu. Ibu temani aku.

Malam itu aku dan ibu pergi ke rumah Bibah berdasarkan alamat yang Bibah beri. Sampai di satu kawasan perkampungan yang kecil, aku pon telefon Bibah. Bibah keluar dengan husband dia. Aku tak pasti apa fungsi husband dia. Haih. Aku keluar dari kereta. Relax. Husband Bibah pandang aku atas bawah. Muka tak puas hati. Ahh peduli apa aku! Aku cakap pada Bibah, “kak amik balikla barang akak ini. Saya rasa macam kain tu ada kotor sikit, mungkin akak tak perasan”. Bibah amik barang tersebut dan pulangkan balek duit aku. seringgit-seringgit yer dia pulangkan. Tak apa. Aku tak kesah yang penting aku dapat duit balek. Sempat pula dia pesan suruh aku jaga budi bicara. Aku senyum je malas aku nk argue dengan orang macam ini. Dalam hati, aku kesian pun ada pada suami si Bibah ni dapat isteri pengotor dan penipu macam ini.

Beberapa hari lepastu aku sempat stalk insta Bibah ni. Yer memang dia screenshot conversation aku dengan dia. Mcm biasa la Bibah kaki pusing dan blaim customer konon nya aku pula yang menipu dan nak barang baru. Gila! Kalau ikot kan hati aku mmng aku boleh viral kan perkara ni. Gambar kain cotton kotor itu pon ada pada aku. Kawan2 aku pon ada yang suruh untuk comment benda yang betul pada post Bibah itu. Tapi aku tak sampai hati. Aku biarkan saja lagipon aku dah dapat duit balek dan aku harap Salmah dah terminate Bibah as agen untuk produk tersebut.

Jujur perkara ini sudah lama berlalu tapi aku masih tidak dapat lupakan. Itu adalah kali pertama dan terakhir aku beli produk waxing. Serius, aku trauma! Bila difikirkan balik, memang jijik. Infeksi dan jangkitan memang ada kemungkinan boleh berlaku. Gila! Pesanan aku pada semua wanita mahupun lelaki berhati-hatilah ketika membeli barangan sebegini. Teliti betul-betul hygiene dan sebagainya. Janganlah kita ambil remeh tentang nilai kebersihan dalam mengejar kecantikkan. Buat para penjual online yang jujur dan ikhlas, aku doakan rezeki anda juga bertambah. Dan kepada peniaga online seperti di dalam kes ini, semoga perniagaan anda lingkup sebab tidak berkat. Dan percayalah kami sebagai pengguna ini tidak bodoh. Semoga kisah aku ini menjadi iktibar buat semua yer. Salam.

– Eja

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit