Hati-hati Para Tukang Komen Tegar

Hati-hati Para Tukang Komen Tegar

Assalamualaikum.

Pertama sekali, terima kasih sudi siarkan confession saya. Ni kali pertama saya utarakan pendapat saya. Sebelum ni memang silent reader je, komen apa pun tak pernah.
Tapi kali ni memang terasa sangat keperluan untuk saya sama-sama ingatkan umat kita ni beberapa point penting yang ramai terlepas pandang.

Sebelum tu, al-fatihah buat arwah Zulfarhan.

Okay, soal arwah dan suspek serta semua yang terlibat, saya taknak olah apa-apa sebab saya pun baca dari media je dan takde kat tempat kejadian dan tak kenal pun semua yang terlibat. Saya percaya jugak pembaca lain pun kebanyakan macam tu jugak. Jadi, peringatan saya ni nak tuju kepada tukang-tukang komen, lagi-lagi yang memviralkan semua yang buruk-buruk soal ni, serta seluruh rakyat Malaysia.

“Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang berperang pada bulan haram. Katakanlah, ‘Berperang dalam bulan itu adalah (dosa) besar. Tetapi menghalang (orang) dari jalan Allah, ingkar kepada-Nya, (menghalang orang daripada memasuki) Masjidilharam, dan mengusir penduduk di sekitarnya, lebih besar (dosanya) pada pandangan Allah. SEDANGKAN FITNAH ITU LEBIH KEJAM DARIPADA MEMBUNUH. Mereka tidak akan berhenti memerangimu sehingga kamu murtad (keluar) daripada agamamu, jika mereka sanggup. Barang siapa di antara kamu yang murtad daripada agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka segala amalan mereka di dunia dan di akhirat itu sia-sia, dan mereka itu adalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah, 2:217)

Ni kalau kita perasan masa awal-awal kes pembunuhan arwah hari tu, sampai beribu-ribu orang duk komen marah-marah tuduh pembunuh segala bagai padahal ada je antara mereka tu hanya menjadi saksi. Jadi, bukan dah jadi fitnah ke tu?
Look, soal apa yang berlaku tu semua, hanya mereka yang terlibat je yang tahu detail. Kita takde dengan diorang, kenal pun tak, jadi pada saya la, kita takde hak pun nak marah or komen lebih-lebih lagi-lagi untuk benda yang tak pasti. Saya bukan nak bela sesiapa, sekadar mengingatkan yang kita tak layak nak judge apatah lagi hukum orang.

Kita duk viral sana sini benda yang belum pasti pun lagi kesahihan dia, still dalam siasatan kan? Even bila dah habis siasat pun nanti, we have no right nak sebarkan or jatuhkan hukuman individually, jadi keyboard warrior and trust media bulat-bulat. Media pun banyak jugak yang tokok tambah. So, again, semua benda yang jadi, biar mereka yang terlibat sahaja muhasabah diri masing-masing dan yang berkuasa sahaja jatuhkan hukuman.

Awak-awak yang rasa tak puas hati, nak gi hukum sendiri tu, saya suggest, apply Law. Haa lepas tu belajar betul-betul undang-undang tu semua, jatuhkan hukuman ikut cara yang betul. Even hakim yang legal pun takut nak jatuhkan hukuman sebab kat akhirat nanti takut kena soal tak terjawab. Ini awak duk komen then viral amende tu semua, takde beza pun dengan kes buli lain sebab awak buat hukuman awak sendiri tanpa tahu pokok pangkal cerita asal jugak. Benda tu jadi fitnah, worse than membunuh. Lagi parah bila kita tak sedar pun kita dah terfitnah orang, tak pasal-pasal mati tak sempat bertaubat. Itu belum lagi tak dapat nak mintak maaf dengan orang yang kita fitnah tu sebab tak kenal pun mereka tu siapa. Suspek-suspek yang tengah tunggu tali gantung tu at least diorang dah tahu ajal diorang bila and kat mana. In syaa Allah sempat la bertaubat. Kat sini jugak nak ingatkan jangan judge whether diorang layak dimaafkan atau tak. Allah tu Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat. Mana tahu taubat nasuha diorang diterima? Yang kita duk kutuk-kutuk orang ni jugak yang last-last mati terkutuk. Lagi seram kan?

Next, nak cakap sikit, awak duk komen marah-marah tak puas hati tu semua, tindakan tu sangat kurang bijak la sebab, teguran awak tu tak sampai pun dekat orang yang awak tuju tu. Diorang tak baca pun lagi-lagi sebab tak kenal pun awak sape. So, kat sini point tu dah la tak sampai. Tambah dosa lagi-lagi yang duk mencarut sampai habis segala binatang dalam zoo tu keluar. Lepas tu, awak ni antara batu api yang lagi buat orang sekeliling panas. Secara tak langsung, awak ni dah macam some sort of pathogen yang duk spread penyakit hati kat orang ramai. Tak rasa bersalah ke?

Bila dilihat pada umur tukang-tukang komen kencang tu, kebanyakannya orang muda. Maybe kahwin pun belum. Tapi berlagak macam anak dah sepuluh, lagi-lagi bila duk tuduh mak ayah tak pandai jaga anak and so on. EH HELLO?? Awak sure ke bila awak ada anak nanti or bila anak awak dah besar nanti diorang boleh jadi manusia terbaik tanpa dosa bak malaikat? Saya tak doa yang buruk-buruk untuk awak and keturunan awak, tapi setiap kata-kata tu berbalik pada diri sendiri. Jadi, bila bercakap tu, jaga-jaga la jugak perkataan yang keluar tu.

Last but not least, takde sape pun yang jangka benda yang dah jadi tu akan jadi. We don’t know our future. They don’t know their future. Kalau kita tak mampu nak sejukkan keadaan, bagi semangat and salur kekuatan, at least cuba bantu untuk tak hangatkan suasana. Suspek dan orang sekeliling diorang semua tengah struggle dengan bermacam perasaan. Kita takde kat tempat diorang, jadi at least diamkan diri. Kalau marah sekalipun, diam tu tindakan terbaik mengikut ajaran Islam.

Okay tu je sebab dah panjang sangat.

P/s : Dah cuba seboleh mungkin untuk lembutkan bahasa tapi maaf kalau still kedengaran kasar.

– umat Muhammad

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments