Hati Kena Kuat

Assalamualaikum, terima kasih saya ucapkan kalau apa yang ingin saya katakan disini tersiar bagi bacaan dan pengajaran untuk orang ramai.

Saya seorang perempuan berumur 25 tahun, dan baru berkerjaya dalam 2 tahun ni. Jujur apa yang ingin diceritakan disini apa yang saya laluinya .

Pada umur saya 14 tahun, saya kehilangan tempat mengadu, bergaduh dan tempat mencurahkan segalanya . Dia adalah kakak sulung saya, dia lari untuk dapat kebebasan yang dia rasa tak dapat jika dia berada di samping keluarganya. Buat pengetahuan pembaca, saya ada 4 beradik dan saya nombor 3, kakak kedua ada down sindrom dan adik saya beza 12 tahun dari saya. Dari kejadian tersebut , saya dikira orang harapan keluarga, matang dengan segera. Apa yang ingin dilakukan mesti diawasi ketat oleh abah. Dia meletakkan harapan tinggi dan tidak boleh lalukan kesilapan, dan dia sentiasa ragu ragu terhadapku. Jujur ingin saya nyatakan , perasaan sakit, terseksa dan lonely ada dalam diriku sejak sekian lama lagi. Ya saya perempuan, hanya Allah saja yang tahu berapa kali saya menangis kerana hati tak kuat untuk hadapi pelbagai rintangan dalam hidupku. Tapi Allah membuka mataku, yang ramai lagi mengalami kesusahan lagi teruk dari saya.

Pada umurku 17 seseorang datang mengisi kekosongan kesunyian dalam hati, dia tempat saya bercerita segalanya, akan tetapi jodohku tak panjang, pada umurku 19 dia pergi untuk memenuhi wasiat keluarganya untuk berkahwin dengan pilihan keluarga seterusnya belajar di luar. Negara. Ya pasti ramai akan kata , bagaikan sebuah novel kisahku, tapi inilah apa tang berlaku. Dia pergi jua dan aku kesunyian lagi.

Saya sangat bercita cita tinggi , dalam bidang culinary, pada umur ku 12 tahun , saya telah merangka dimana hala tujuku.. dimana saya ingin belajar dan kerja.. tapi sayang seperti yang telah saya ceritakan , selepas kejadian itu berlaku, segalanya berubah. Saya harus melupakan segala mimpi mimpiku, perlu terukan hidup.Keluarga perlukan saya walaupun pada saat diriku sangatlah muda, hampir putus asa jua ketika itu.. aku maju juga kehadapan.

Bermula dari universiti sampai lah ke alam perkerjaan .. aku tidak punya teman istimewa untuk mengadu dan berkongsi masalah.. hanya Allah sahaja yang tahu segalanya. Ya hati aku rapuh bila mengenangkan tiada siapa di sisi tapi aku masih ada ibu bapa dan adik beradik.. ramai lagi yg tiada sesiapa.

Pada mereka yang rasa punya masalah besar, dan rasa ingin putus asa, ingat Allah sentiasa ada untuk kita.. berdoalah padaNYA dan mintak kuatkan hati untuk tempuh dugaan dan cabaran. Allah tidak akan bagi ujian yang tidak mampu untuk kita tanganinya.In Syaa Allah segalahnya pasti akan baik baik sahaja.. Amin

– Rul Asme

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit