Hati Seorang Lelaki

Saya menarik dengan penulisan dan cerita dari post Antara Cinta dan Nafsu. Mungkin, jalan cerita saya juga lebih kurang sama macam beliau, tetapi saya adalah lelaki. Bukan untuk berbalah dan menunjuk siapa lebih baik atau siapa lebih buruk. Tetapi, jangan dinafikan bahawa tidak semua lelaki bersifat begitu.Jalan cerita yang sama, cuma saya lelaki dan saya ditinggalkan. Apa memang perempuan semuanya begitu?

Kisahnya bermula, apabila saya masuk belajar di sebuah IPTA di selangor. Dipendekkan cerita, saya bertemu seorang perempuan, yang pada mulanya hanya sekadar kawan sekelas. Saya gelarnya F. Saya dan F mengikuti aliran asasi di IPTA tersebut, sehingga lah ke peringkat Degree. Kisah percintaan kami bermula pada tahun Pertama di peringkat Degree. Saya jatuh hati kepada H kerana sikapnya dan dia juga menerima saya seadaanya (sebab saya bukanlah handsome mana). Seperti jalan cerita dari post Antara Cinta dan Nafsu, ye kami tewas dengan hasutan syaitan. Terbuai dengan gelora asmara. Tetapi, pelajaran kami tetap seperti biasa. Masih dapat mengekalkan keputusan yang baik. Begitu juga F. F lebih pandai sikit dari saya, sebab course yang diambil nya juga lebih tough dan lebih mahal. Kami bercinta. Kami bermadu kasih. Jujurnya, saya tidak mampu untuk menceritakan secara terperinci, kerana saya betul2 sudah melupakan zaman itu. Tetapi, ia banyak persamaan dengan jalan cerita dari post Antara Cinta & Nafsu. Cumanya, kami tiada masalah dengan hubungan keluarga. Masing2 menerima dengan baik. Malah sangat baik. Mungkin sebab tak pernah kantoi. 4 tahun saya mempertahan cinta kami. Memang saya dah berjanji dengan diri saya, saya akan pertahankan hubungan kami sampai ke jinjang pelamin. Saya mahu halalkan dia. Saya mahu bertangunggjawab ke atas nya. Saya mahu kami menebus dosa dan bertaubat bersama sama. Tetapi, apakan daya. Masuk tahun ke empat, ketika saya sedang menjalani latihan industri, sudah mula desas desus cerita mengenai dia sampai ke telinga saya. Satu yang saya tahu dan tak suka pasal F, dia ni peramah di laman social. Ada saje lelaki2 yang akan meletakkan comment di setiap post nya, terutama post Selfie dia. Lelaki mana je yang tak marah. Tak payah lekaki, perempuan juga akan merasa yang sama. Tetapi saya sabar. Sehinggalah tersampai berita di telinga saya bahawa dia ada keluar berdua dengan lelaki lain. Keluar berdua, dan sampai malam. Saya cuba tenang, dan minta penjelasan. Biasalah, ayat cliche… Kawan je, mana ada buat apa apa. Saya sabar dan masih cuba pertahankan hubungan kami. Tetapi, saya tahu dia masih ada menghubungi lelaki lain. Sampai satu tahap, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan dia. Saya memberitahu F saya sudah tidak mahukan nya lagi. Niat saya, saya mahu memberi pengajaran kepada F. Saya mahu kami mempunyai ruang sendiri. Well, sometimes we need to distance ourselves to see things clearly. Saya cuma mahu dia sedar, dan biarlah ada rasa rindu antara kami.. Tetapi, percaturan saya salah. Dia mengambil peluang tersebut untuk pergi kepada lelaki lain. Ketika itu, perasaan saya hanya Allah yang tahu. Hati saya remuk dan pedih. Iya, saya tahu saya yang meninggalkannya dahulu, tetapi saya tidak sangka dia akan dapat pengganti secepat itu, dan niat saya cuma mahu memberi ruang dan waktu untuk kami lebih saling menghargai. Terkenangkan janji saya pada diri sendiri, dan juga pada dia, saya buang ego saya dan cuba memujuk dia. Dalam selingan waktu yang saya beri, bukanlah masa untuk mencari pengganti. Kita hanya perlu ruang dan waktu, untuk mencapai solusi. Hati saya benar-benar hancur apabila dia tetap untuk pergi bersama lelaki baru itu. Almaklumlah, lelaki itu sudah bekerja, kehidupannya lebih stabil. Ada kereta dan rumah. Saya? Hanya pelajar yang sedang menjalani latihan industri. Masih belum mampu memberi kemewahan seperti lelaki itu.Pada mulanya, dia cuba untuk masih bersama saya.. Tetapi lama kelamaan, saya tahu perasaan nya tidak seperti dulu lagi. Mungkin yang tinggal hanya simpati terhadap diri saya, sebab saya memang bersungguh untuk mempertahankan hubungan kami. Perangai F sudah mula banyak berubah, paling ketara, dia seakan sering menyorokkan handphone nya. Sehinggalah saya sedar, hatinya memang bukan lagi untuk saya, tetapi untuk lelaki baru itu. Saya terima dan mengundurkan diri. Sedih pedih hati ni. Itulah yang perempuan tidak tahu, lelaki kalau dah sayangkan perempuan, hanya sorang perempuan je yang tetap dalam hati nya. Saya tahu salah satu sebab F pergi, mungkin sebab saya dah tak layan dia macam masa saya awal2 ngorat dia dulu. Tapi, tolonglah faham wahai perempuan2. Bila dah lama, dan awak rasa pasangan awk dah berubah just sbb tak romantik macam dulu, tak bermaksud dia dah tak sayang. Memang lelaki sifatnya begitu, memang pada awalnya dia akan bersungguh, dan fokus pada awak. Tetapi lepas dia dah rasa stabil dalam perhubungan, dia akan perlahan lahan kembali kepada minat nya, dan kawan kawan nya. Bila dah tak romantik sgt dan dah kurang layan (sebab saya lebihkan kawan2 saya), bukan bermaksud saya tak sayang atau ada perempuan lain. Lama saya bawa diri dan cuba rawat hati. Alhamdulillah saya ada keluarga dan yang penting, ibu bapa yang sentiasa menyokong saya. Ibu dan bapa saya mmg sudah blacklist nama dia.. Hahah yelah, ibu mana yang tak sedih tgk anaknya kecewa.

Dalam tempoh merawat hati dan cuba untuk terima semua ni, saya teruskan kehidupan saya seperti biasa. Mencari kerja dan sebagainya. Alhamdulillah sekarang saya sudah mendapat kerja yang stabil dengan gaji yang berpatutan. Tidak sampai setahun kami berpisah, saya dapat berita bahawa F sudah berkahwin, dengan lelaki baru itu. Jujur masa tu, saya sudah tak merasakan apa apa. Tiada rasa kecewa, tiada rasa sedih mahupun marah. Cuma rasa redha dengan tentuan Allah. Banyak lagi yang perlu saya perbaiki. Sepanjang tempoh kami berpisah, saya tidak putus melakukan solat taubat. Time solat pun tidak berhenti mengeluarkan air mata. Saya kesal dengan dosa silam saya. Tetapi, saya perlahan lahan tetap meneruskan kehidupan seperti seadanya.

Perkara ni telah lama berlalu. Dah masuk 2 tahun berlalu.. Dan pada awal tahun ini, saya dipertemukan dengan seorang perempuan yang istimewa dalam hidup baru saya. Kehadirannya tidak saya duga. Jauh sekali saya yang mencari atau mengorat.. Seolah olah Allah mendengar doa saya dan menggantikan sesuatu yang jauh lebih baik untuk saya. Sifat dan wataknya jauh lebih ayu dan sopan. Rupanya juga jauh lebih cantik dan manis. Saya gelarkan dia A.. (sebab dia A tip top, hehe). Demi Allah saya betul2 sayangkan A dan saya belajar untuk lebih menghargai. Saya jaga A, dan berjanji dengan diri agar tidak mengulangi lagi dosa saya. Alhamdulillah A pun memang jenis perempuan yang baik, pandai menjaga pergaulan dan batasnya. Dan, saya juga berjanji pada diri saya untuk menjaga hubungan saya dan A hingga ke jinjang pelamin. Saya pernah gagal dahulu, tapi saya mahu berjaya bersama A. Saya mahu dia menjadi insan yang paling istimewa dalam hati & hidup saya. Ibu & bapa juga senang dengan A, mungkin kerana sifatnya yang lembut dan sopan. Tiada lain yang saya minta sekarang selain Alah mengampunkan dosa silam saya..

Konklusinya, tidak semua lelaki sama (read:jahat), dan saya juga tidak akan cakap semua perempuan sama (read:jahat). Semuanya berpunca dari diri kita, tak kira lelaki atau perempuan. Betul seperti pesanan Mrs. Ex. H, letakkanlah cintamu pada Allah melebihi cintamu pada manusia. Kerana cinta yang Agung adalah cinta kepada Allah. Dan kepada semua (lekaki & perempuan), belajarlah untuk menyayangi diri sendiri sepenuhnya sebelum menyayangi orang lain. Agar bila kau dikecewakan, tiada yang rugi yang kau perlu rasai. (walaupun org kata, lelaki tak rugi apa2, tapi kekesalan tu hanya Allah yg tahu). Saya taktahu kehidupan F dan suaminya sekarang, tetapi saya berdoa agar Allah mengampuni dosa silamnya, dan terjaga aib nya sampai bila bila.. Amin.

– Lelaki Biasa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit