Hati Yang Tidak Mengerti

Terima kasih admin. Siarkan apa yang aku tulis sebagai luahan rasa hati yang aku sendiri tidak mengerti.

Kaluargaku sederhana. Ada suami yang penyayang. Anak-anak yang menghiburkan. Hari-hari yang kulalui tersangat indah.

Tiba pada suatu hari suamiku keluar rumah. Memelukku sambil mengucup dahiku. Kemudian anak2 yang merengek hendak mengikut ayahnya. Dirangkulnya kesemua mereka sambil berjanji akan pulang semula.

Aku tahu tujuan suami keluar. Untuk mempertahankan agama dan bangsa. Tapi dia bukan seorang tentera. Dia cuma petani biasa. Aku pasrah dengan keputusannya. Tanggungjawab anak-anak kini semua dia di atas bahuku.

Sebulan suamiku meninggalkanku. Tanpa kabar berita. Aku terlalu rindukan dia. Keadaan kami disini semakin sukar. Tiada lagi bekalan air bersih. Bekalan elektrik sudah lama terputus. Kami bergantung harap pada makanan yang kami tanam sendiri. Di mana suamiku. Tiada siapa tahu.

Keadaan semakin sukar. Jiran-jiranku ramai yang sudah berpindah. Khabar mereka tidak ku ketahui selepas itu. Aku tidak akan berpindah selagi suamiku tidak pulang. Itu janjiku. Sekali sekala aku terlihat kelibat tentera memasuki perkampunganku. Aku tidak berani keluar. Jiran sebelah rumahku melarang kami keluar jika mahu selamat.

Satu malam. Aku dengar hiruk pikuk di rumah jiranku. Aku tidak berani keluar. Ku tutup mulut anak-anakku. Kami sembunyi didalam tempayan besar yang di tanam oleh suamiku suatu ketika dahulu. Air mataku dan anak-anakku mengalir deras. Bukan sedih tetapi terlalu takut. Menangis tampa suara sambil memejam mata. Akhirnya kami tertidur ketakutan.

Usai pagi. Hiruk pikuk tidak kedengaran lagi. Yang tinggal cuma bunyi ayam dan itik. Perlahan aku cuba keluar. Aku melarang anak-anakku keluar dari tempayan itu. Aku melangkah perlahan ke celah dinding berlubang. Bau hanyir menusuk hidung. Aku mual. Ku lihat kesan darah yang banyak didepan rumah jiranku.

Hatiku berdebar. Sesekali aku terdengar bunyi kenderaan tentera lalu dilselangi dengan bunyi tembakan. Hiruk pikuk malam seperti malam td berulang kembali. Terdengar dari jauh suara bayi, tidak lama kemudian disusuli tembakan. Suara bayi tadi terus hilang. Terdengar perempuan menjerit. Sekali lagi tembakan kedengaran. Kemudian sunyi sepi.

Aku perlahan-lahan melangkah semula ke dalam tempayan. Aku melihat anak-anakku menangis sambil menekup mulut sendiri. Aku turun kedalam tempayan. Memujuk anak-anakku. Tiba-tiba pintu rumahku bergegar kuat. Hampir tercabut jantungku. Cepat-cepat aku menutup tempayan. Kami kaku ketakutan. Hanya Allah yang aku ingat. Sambil berdoa memohon pertolongan.

Aku dapat rasakan penutup tempayan dipijak-pijak. Terdengar kasar suara lelaki mengarahkan kami serah diri. Kami membatu. Aku tahu lelaki itu serkap jarang sahaja. Tiba-tiba 1 tembakan datang dari arah atas kami terkena kaki anakku yang bongsu. Anakku menangis kesakitan. Menahan suaranya. Sambil menggigit bajunya sendiri. Kami rasakan nyawa kami dihujung tanduk.

Setengah jam kami kaku. Kini tiada lagi suara itu. Apa yang terjadi. Apa salah kami. Aku menangis sendiri. Di mana suamiku yang berjanji hendak pulang. Aku terlalu lemah untuk bersendirian.

Seharian kami ditempayan tu. Aku cuba keluar semula. Anak-aku mula merengek lapar. Sakit seluruh badan kerana behimpit di tempat yang sempit. Ku datang semula ke lubang dinding tersebut. Bau busuk lebih kuat dari bangkai menusuk hidung. Sekeliling kawasan perumahan sunyi. Ku buka tingkap perlahan-lahan. Bau bangkai semakin menusuk. Kulihat sekeliling. Beberapa kujur tubuh begelimpangan. Aku tidak berani keluar. Takut-takut mereka datang lagi.

Seminggu kami didalam rumah. Ada juga sesekali terdengar bunyi kenderaan tentera. Setiap kali itulah kami bersembunyi didalam tempayan. Hidup kami penuh ketakutan.

Bekalan makanan habis. Aku terpaksa keluar sembunyi-sembunyi. Bau bangkai masih belum hilang. Kampungku sunyi. Beberapa meter dari pintu belakang rumahku ku terlihat mayat yang hampir mereput. Aku yakin itu jiranku melalui pakaiannya. Tidak kelihatan seorang pun yang hidup di kawasan perumahanku. Sunyi.

Setelah mendapatkan makanan dikawan sekitar rumah aku pulang. Ku lihat anak-anakku sudah tiada. Cuma beberapa tompok darah yang berlarutan ke muka pintu. Pintu depan rumahku terbuka luar hampir roboh. Dari jauh kulihat kenderaan tentera pergi. Aku memangggil anak-anakku. Mencari dalam tempayan. Kosong! Dimana anak-anakku?..air mata berderai.

Itu yang sebenarnya aku bayangkan tentang umat islam kini. Di Rohingnya, Syiria dan Palastine. Bagaimana nasib mereka sehari-harian?. Namun Iman mereka tetap teguh.

Kita selesa. Terlalu selesa. Anak-anak di depan mata. Cukup rakyat marhain seperti aku. Paling teruk pun mungkin masalah kewangan. Masalah bahang panas ketika jem akibat aircond rosak. Masalah rumah sempit. Masalah berebut parking. Masalah dengan kawan kerja. Siapa kita untuk bandingkan ujian dengan mereka.

Bekalan air bersih dimana-mana. Surau dan masjid bersepah-sepah. Tiada sapa halang untuk beribadah tetapi kenapa mereka lebih tiptop dari segi ibadah dan solat bebanding kita. Takut-takut akibat kelalaian kita nanti dapat ujian yang setanding dengan mereka. Masa itu barulah berfikir dimana kelapangan kita yang dahulu.

Aku bukan ahli politik atau macai yang selalu canangkan “syukur Malaysia masih aman”. Sebab kemanan yang diberi bukan bergantung kepada siapa yang memerintah tetapi rezeki keamanan datang sebenarnya Allah yang beri.

– Jiwa kacau

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit