Hiburan atau Keluarga?

Hiburan atau Keluarga?

Assalammualaikum semua :)

Aku cuma nak cerita tentang anak kawan mak aku . Aku gelarkan dia sebagai ain (bukan nama sebenar) . Aku pernah berkawan dengan ain ni masa aku form 1 tapi cuma form 1 sebab aku tak boleh ngam dengan geng dia . Geng dia semua anak orang kaya . Jujur aku cakap, ain bukanlah anak orang berada . Boleh cakap family dia kais pagi makan pagi, kais petang makan petang . Tapi ain ni gaya dia mengalahkan geng dia . Ain ni bukan sembunyikan backgroud family dr geng dia tapi cuma cara dia hidup membebankan family dia .

Mak ain tak kerja . Cuma hantar kuih pagi pagi kat gerai tepi jalan tu je . Ayah ain kerja sebagai kuli kat kilang . Korang pun boleh imagine income family ain ni berape je sebulan . Ain ni jenis selalu join member dia lepak KL la , study kat starbucks . Aku tak kesah kalau dia nak lepak kat KL sebab dia bukan guna duit aku pun . Cumaa aku kesian kat mak dia . Mak dia selalu mengadu kat mak aku pasal family dieorg tak cukup duit laa ape laa . Aku try nak nasihat ain tapi aku takut sebab mulut ain ni boleh tahan lancang gak laa . So aku cuma tengok je perangai dia .

Last year, ain masuk kv kat N9 . Aku ingatkan lepas dia dah duduk asrama ni , perangai dia makin okay . Tapi aku tengok perangai dia macam makin liar . Sejak dia duduk jauh dengan family ni , dia selalu keluar malam , holiday dengan bf dia , buang duit kat mall . Aku kesian tengok mak dia . Kau bayangkan mak dia tengah mengandung 8 bulan pun still hantar kuih kat orang sebab ain ni selalu mintak duit . One day tu , mak dia cakap dia tak tidur sebab banyak sangat kuih nak kena buat . Kau tak rasa kesian ke kat mak kau ain ?!

Sekarang aku tak boleh buat pape dah sebab aku pun dah lama gilaa tak bertegur dengan dia . Aku harap kawan kawan sekeliling dia sedarkan dia sebelum terlambat .

Aku confess ni sebab aku nak cakap pls laa jangan nak belagak kaya kalau family kau hidup beshe beshe je . Jangan sebab kau nak orang fikir kau kaya sampai kau sanggup susahkan family kau . Orang kaya pun tak semua tunjuk yang dia kaya . Ni kan pulak kau yg beshe beshe ni . Kalau kau nak tunjuk yg kau kaya , kau usaha sendiri . Biar kau kaya dari usaha kau bukan dari kau mintak duit kat parents kau .

Okay itu je cerita aku tentang ain . Assalam

– hana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments