Hidup dan Dugaan Manusia

Hidup dan Dugaan Manusia

Assalamualaikum utk semua readers iium confession. aku bukan student iium tapi aku ada satu confession yang aku nak sampaikan. Aku ada satu masalah. Ini bukan confession aku nak kahwin ke apa. Niat tu ada, mungkin sebab niat tu dah ajar aku supaya nanti boleh matang bila dah kahwin nanti. Aku baru lepas berhenti kerja lepas 3 bulan company tak bayar gaji. Bukan berhenti sebab tak bayar gaji tapi sebab company isytihar nak tutup.

Company singapore yang baru buka and masih lagi tengah cari tapak untuk kukuh. Masa mula-mula memang janji nak bagi gaji everymonth and tiba bulan first sepatutnya dapat gaji dorang keluarkan statement gaji akan dibayar 3 bulan sekali. aku agak rasa pelaq jugak lah macammana aku nak survive sampai 3 bulan dengan commitment bersepah. Tapi aku redho jelah sebab pikir2 balik selepok terus gaji 3 bulan kan. Tiba bulan ke-3 sepatutnya gaji company bagi alasan lagi, problem dengan hq lah apa lah, then bagi lagi satu statement gaji bayar tarikh ni sekian-sekian. Then sampai tarikh tu company isytihar nak tutup sbb economy malaysia tak bagus. So gaji 3 bulan setengah, tak masuk lagi OT tau. Aku tunggu dan dorang bagi bermacam alasan sampai aku fed up and buat decision untuk buat report dekat pejabat buruh. so mmg byk procedure sampai lah report aku tu lulus and aku kena tunggu lagi 3 bulan atau lebih utk aku dapat pampasan tu.

So korang boleh bayangkan tak macam mana aku survive dalam tempoh 3 bulan setengah tu kerja tak bergaji dekat situ? Duit saving yang tak berapa banyak tu habis. isi minyak kereta ulang alik kerja. Sewa bilik lagi, time tu lah roadtax kereta mati, kereta tertunggak, Owner rumah sewa buat hal dengan kena cari rumah lain on that time lepastu nak kena bayar deposit rumah baru. Aku cari bilik sewa je sbb aku sedar aku miskin. So memang time tu aku terpaksa pinjam dengan orang sana sini. Now aku kena tunggu lagi 3 bulan or maybe lebih utk pampasan aku. Masalah dia sekarang bila aku terpaksa susahkan orang dekat sekeliling aku. Aku tak mintak tolong mak ayah aku sebab aku sedar condition dorang macam mana.

And time ni baru kau sedar siapa ada time kau susah, kawan mana boleh pakai mana yang tak boleh pakai. Baru pinjam 50ringgit bayar lambat dah kecoh-kecoh kat fb sedangkan kita dah explain masalah kita. Dengan aku still terpinga-pinga kena cari kerja lain bila company tu tiba2 bagitahu company nak tutup and kau tak sempat nak cari kerja back up. Dengan kereta tertunggak, duit rumah sewa, hutang kawan2 kau lagi. And time ni lah kau boleh tahu macam mana pasangan kau, time macamni boleh tak dia hadap dugaan nak kena tanggung kau yang jobless, tak berduit. Tapi alhamdulillah dia still sabar. And time aku kena dugaan macamni, Allah murahkan rezeki dia. Dia dapat naik pangkat. Tapi takde lah byk mana pun cukup-cukup untuk dia and support makan aku sikit2. Dia belum lagi suami aku.

So apa yang aku nak share and nak mintak pendapat dekat sini, dia cadang untuk buat loan utk tolong aku survive kerja baru and nak tolong aku settlekan hutang2 aku. Patut ke? Ada jugak minta tolong kawan-kawan dia tapi biasalah manusia kan, luar nampak ok tapi dalam kita tak tahu. Siap request buat video menari lagu hindustan lah apa semua dulu baru nak tolong. Ada jugak kan spesis macamtu? Hina sangat ke bila orang mintak tolong and kau buat kelakar atas susah orang lain? Insyallah by end month ni aku dah start kerja baru. And apa yang buat aku rungsing bila pikir tempat kerja baru agak jauh and aku kena survive sampai gaji.

Korang pernah tak ada perasaan bila kau hutang orang hidup kau macam ada something wrong? Macamtu lah aku. Aku sampai jadi down. Rasa bersalah and rasa menyusahkan. Sebab dia nampak aku agak terganggu dengan masalah tu, dia yang bagi idea untuk buat loan. Aku sebenarnya rasa bersalah sgt susahkan dia sampai nak buat loan apa semua. Tu bukan loan nak buat kahwin weh. Tu loan nak tolong aku survive dgn dugaan hidup tau. 3 bulan setengah tu pun dah perit sampai kena ikat perut, tiba kena tambah lagi 3 bulan ke lebih aku tak tahu. Maybe dugaan ni cara Allah nak ajar aku supaya lebih bersyukur.

Terima kasih readers sudi baca confession aku. Doa yang baik-baik untuk aku dan dia. Sesungguhnya yang baik tu datang dari Allah, Yang buruk tu dari aku sendiri.

#NNN

– NNN

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments