Hidup Menghadap Slip Disc

Hidup Menghadap Slip Disc

Tertarik dengan kisah pesakit slip disc yang tular sejak semalam. Hari ni aku nak kongsi pengalaman aku sepanjang 10 tahun aku mengidap penyakit slip disc ni. Aku mula sakit waktu zaman belajar akibat kecuaian diri sendiri. Cerita bermula 10 tahun lepas dalam renyai renyai hujan aku pun jatuh tergolek dari tangga fakulti. Bayang kan lah size aku ala ala anak badak jatuh pulak depan public. Yang paling tragis aku jatuh depan first crush aku since first day di uni. Burn siak. Waktu tu aku terfikir nak buat drama pura pura mati, tapi karang kawan aku yang mati sebab hangkut badan aku yang macam anak badak ni.

Sejak tu aku selalu rasa sakit belakang tapi masih boleh moving. Kerap jugak aku pergi klinik, bila kali ke 3 aku request dekat GP situ aku nak buat X ray. Bila dapat result doktor pun cakap ” disc adik ni terkeluar dari landasan. It is ok dik, tidak la sakit pun disc terkeluar ni”. Too young to dumb i have no idea disc terkeluar tu apa. Jadi cerita pun tergantung. Aku tak pernah nak google or cerita kat orang in detail sebab i have no idea what it is. Tapi aku selalu jugak pergi urut urut. Silap nya dekat aku sendiri. Too ignorance. Terlalu tak ambil peduli kepada diri sendiri.

Oh sebab badan aku macam anak badak, jadinya aku rajin la bersenam. Hari hari aku jogging. Before tidur aku suka buat sit up. Favorite aku main barang gym yang melibatkan weight macam dumb bell. Badan sis fit you… pegang perut keras, pegang tangan pun keras. Boleh bayangkan tak macam mana seksanya badan aku dengan penyakit tak ambil kisah aku ni. Korang mungkin tertanye tanye, tak sakit ke gilaaaa. well, sangat sakit. Tapi aku sejenis manusia yang ego driven. challenge your limit gitu. Akhirnya lepas 5 tahun bertahan, dah habis belajar dan ada duit, aku kali ni jumpa pakar, buat x ray baru dan MRI seem too late. 3 doktor pakar aku refer semua suggest untuk operation.

Walaupun waktu tu dah ada degree tapi aku tetap kurang cerdik. Tak buat reading. Apa doktor cakap dengan aku pun aku pura pura faham. Aku langsung tak ada rasa curious kenapa perlu di bedah, berapa peratus kebarangkalian untuk sembuh kalau di bedah? Apa perkara paling tak best might happen? Apa yang aku kena prepare lepas operation? The only thing aku tanya kat dia bila boleh operate? Sebab nye aku membayangkan 3 hari lepas operation aku boleh main gym macam biasa. Dan aku ingat surgery spine ni macam cabut gigi. So aku tak inform dengan parents aku pun. Aku masuk hospital tumpang member yang hari hari lalu lalang di hospital tu sebab aku tak nak bayar parking. Siap bawak kerja aku ke hospital.

Lepas operation tu sakit gila. Dah la aku sorang sorang di wad, lepas tu tak boleh bangun dari katil pulak tu. Bila aku sedar je aku tanya doktor kenape tak boleh berjalan? Kenape sakit sangat? Kalau tau mintak orang jaga. Ingatkan operate spine macam cabut gigi. Time tu specialist dengan pakar bius pandang aku dengan muka krik krik. Oh kan procedure dorang lepas bangun dari pembedahan dorang akan suruh kita sebut nama sendiri. Aku cakap la nama aku Siti Nurhaliza. Konon lawak la tu. Nasib baik tak kene humban ke lantai time tu jugak. Weh bangang tak de limit la aku di zaman muda. Teringat ni aku rasa nak hempuk kepala ke dinding.

Aku ambil masa kurang 12 jam untuk mula berjalan balik. Fisio yang tolong aku tu cakap aku patient die paling kepala batu. Sebab nya lepas 24 jam aku dah tak nak pakai wheel chair dan tongkat. Siap buat drama baling tongkat. Sudah nya dalam tempoh kurang 48 jam aku dah jatuh tergolek dalam wad. Tapi sebab masih boleh moving aku cakap dekat dorang chill chill. Lepas jatuh tu aku solat macam biasa yang ada rukuk dan sujud tu. Specialist siap cakap adek tolong la jangan buas sangat. So aku puasa rukuk dengan sujud dalam tempoh 2 bulan jugak la.

Lepas 2 bulan, aku kembali ke gym tanpa discuss dengan doktor pakar. Sebulan lepas tu aku rasa sakit balik. Kali ni salah satu kaki aku dah tak kuat macam dulu. Bila jumpa specialist, specialist suggest aku bagi tahu trainer condition aku dan adjust movement ikut condition aku. Dah susah sangat nak larang. Tapi by the time kaki aku dah tak kuat, time tu ada cahaya keinsafan. Aku rasa menyesal gila kenapa la aku ni kepala batu sangat. Kenape la tak discuss dulu dengan pakar before masuk balik ke gym. Kenape la aku buang kerusi roda dengan tongkat. Kalau tak kaki aku tak lemah macam sekarang.

Hari demi hari aku masih kerap sakit. Makin severe. At last, aku buat new X ray MRI, disc aku yang lain pecah. Ini bukan salah takdir, ini salah aku sendiri. Kali ni aku tak agree dengan operation, aku tak buat apa apa dan cuma merenung siling bila sakit tu serang aku. Banyak weh kesesalan aku yang tak boleh di undo. Kalau aku guna otak aku sikit waktu muda muda dulu, mungkin sekarang aku boleh jadi instructor fitness. Window shopping di mall pun lama tak buat dah sebab tak boleh jalan lama dan jalan jauh.

Korang kalau baru baru je ada slip disc tu jangan la pura pura cool macam aku. Belajar untuk ambil tahu. Aku tak advice sangat korang pegi urut, tapi aku suggest korang jumpa chiropractic dan acupuncture ( dengan syarat korang discuss dulu dengan specialist ye) Lepas tu terima lah hakikat korang kene hidup in pain. Jangan buas sangat. Mental kena kuat! Yang pasti dan guarantee akan ada orang sihat walafiat tanpa rasa bersalah bagi nasihat korang ni mengada ngada . Orang macam ni akan cakap bende yang buat korang rasa baik la aku panjat gunung dan mencapai bintang. Kalau jumpa orang macam ni, tanya dia, nanti kalau korang masuk hospital nak tolong jaga tak? Nak tolong basuhkan berak tak? Nak tolong bayarkan bill hospital tak? kalau jawapan nye tak suroh dia diam.

Kalau korang ada simpan sedara mara atau pasangan yang ada SD ni mohon korang memahami la. Kami ni bukan mengada ngada sapu rumah berjam jam. Sakit weh nak sapu rumah pun. Beras 5 kilo mungkin sesuatu yang tak de hal untuk korang, tapi bagi kami tu huge deal nak angkat.

Akhir kata kalau korang lasak dan buas macam aku ni tapi ada slip disc insaf la. kalau hidup ada lagi baki 40 tahun, lagi 40 tahun korang kene hadap pain macam ni.

– wonder woman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit