Hilang Kawan Gara-gara Komen

Hilang Kawan Gara-gara Komen

Assalamualaikum.

Ada tak yang pernah hilang kawan sebab hal remeh? Okay macam ni, aku ceritakan. Aku, manja, ecah, lisa dan ayu ni kawan baik dari tingkatan 1. Dah 10tahun lah persahabatan kitorang. Aku kawin dulu antara kitorang berlima ni. Si ecah ni nak kahwin tahun ni, tapi dia tak jemput aku dengan si manja. Suami aku pulak kawan sekerja dengan ayah ecah ni. Aku tak kisah dia tak jemput pun, at least tak perlu kau bagitau kat si lisa ni “wedding aku nanti kau datang dengan ayu je okay”. Lisa tunjuk screenshot perbualan mesej antara dia dengan ecah tu sebab tak nak nanti tetiba wedding day aku dengan manja terkejut kenapa tak ajak kitorang berdua pergi sekali padehal kitorang ni kawan baik.

Ecah ni tunang dengan askar. Tunang dia ni panas baran. Selalu gak ecah ni kena maki berbakul kalau lambat reply mesej, lambat angkat call, tak update lokasi kat mana and etc etc. Dia selalu menangis mengadu kat kitorang bila hari-hari kena maki. Kitorang ni memang tak berkenan perangai tunang dia pasal tu jela. Yang bagusnya tunang dia ni ialah tak kedekut, pandai menyimpan dan tegas dlm pendirian. Masa ecah diploma dulu, tunang dia banyak support expenses ecah. Bab agama aku tak sure sebab ecah takde cerita pulak tunang dia malam-malam ajak tahajjud ke ape. Yang dia ada cerita, bila malam tunang dia miang lain macam. kahkahkah, aku yang dah kawin ni paham ler. Kesian juga ecah ni, dia noob bab-bab macam ni. Kalau borak benda-benda tak elok, dia blur. Nak kena explain baru paham.

Isu remeh yang aku maksudkan ialah, tahun lepas masa birthday tunang ecah ni. Ecah post ucapan berperenggan dan tunang dia reply “K” je. so, manja ni tag aku kat komen konon nak bahan ecah la bagi ucapan panjang-panjang dapat “K” je. Kitorang ni dah berkawan 10tahun, dah masak sangat perangai masing-masing kalau kena bahan sesama sendiri takde nak triggered ape. Aku cuma komen kat post tu “Wuuuu ecah, ko sawit2 ni mael bagi K je.” Padehal sebelum ni, kena bahan lebih teruk dari komen pun ade. Tapi tak tau lah mana silapnye aku dengan manja ni, terus ecah ni mengamuk kat group wasap maki aku dengan manja. Aku tanya kenapa, mael marah ke aku komen macam tu? Dia cakap mael takde marah, tapi aku dengan manja suka malukan dia. Like, hello? Again, aku dengan manja suka malukan dia? Aku tanya lagi, bila yang selalu aku malu kan tu? Dia terus jadi cctv je dalam group. Dalam 10tahun ni la, kalau nak cite pasal memalukan kawan sendiri ni aku rasa orang lain lagi teruk buat si ecah tu. Sampai dia menangis mengadu kat aku. Aku ada pm personal minta maaf tapi dia belanja bluetick je. So aku anggap dia still marah, nanti dah cool down dia respond la kat group kot. Tapi sepatah ape pun takde, dengan lisa, ayu dia balas. Kat aku, manja dia cctv je. Tapi lepas kes tu, aku pun malas la nak cakap lebih. Tu lantak kau la kalau nak touching sampai mampos pun. Aku dah minta maaf.

Sekarang ni suami aku nak pergi wedding ecah tu, tapi aku dah berat hati. Yela orang tak jemput aku, kenapa aku nak tunjuk muka. Kawan-kawan sekolah pun ramai tanya aku pergi ke tak, aku tak tau nak jawab ape sebab aku dengan ecah ni macam belangkas masa kat sekolah. Parent ecah pun aku panggil ibu ayah. Yang aku perasan gambar-gambar kitorang kat socmed dia tak padam lagi. Story whatsapp aku pun dia rajin tengok, dia tak block no aku. Yela aku sedih kot, kawan 10tahun tapi sebab benda kecik kau terus buang kawan macam tu je. Padehal dulu selalu berangan sesama nak ada anak sebaya, malam berinai nak kumpul sesama, pelamin nak diy deco sesama. Tapi sekarang semua dah tinggal angan-angan jela. Ecah ni ade hutang aku topup tunang dia rm5, kalau aku minta hutang tu agak-agak dia nak reply tak mesej aku? hahaha.

– Aku

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments