Hilang Keberkatan Ramadhan

Sebelum sehari masuk ramadhan, aku sangat excited. Yelah, nak puasa, nak terawih kan. Dalam hati, dah planning, tahun ni nak terawih penuh, nak khatam Quran sebelum habis puasa, nak bangun tahajud sekerap mungkin, nak fullkan sunat dhuha setiap pagi. Dan aku siap pesan dekat tunang aku. sebulan bulan puasa ni, tak boleh contact macam biasa (call, video call). Kalau ada apa-apa, just text. Tu pun kalau ada benda penting. Kalau takde, nanti raya baru boleh contact balik. Dengan niat untuk menjaga keberkatan Ramadhan. Dia faham dan ikut sahaja kehendak aku. Nak kata aku baik sangat tu tak, tapi tugas kita sebagai manusia, jika iman turun, kita kena naikkan. Jangan terlalu lama dalam kelalaian.

Okay seminggu pertama, semua berjalan lancar seperti yg dirancang. Tapi lepas seminggu, aku dah tak boleh puasa. So, baca quran tu aku stop kejap. Dan aku dah rindu dekat tunang. Dalam seminggu, hari-hari aku suruh tunang call dan video call. Kalau tak call, nanti aku merajuk cakap tak sayang la. Typical perempuan.

Then after seminggu tak boleh berpuasa, dah boleh puasa balik. So, aku puasa balik macam biasa. Cuma, masa ni dah rasa berat nak stop contact dengan tunang. Rasa rindu. So, bila hati lebih memilih ke arah benda yang sia-sia, benda-benda sunat kita jadi berat dan malas untuk buat. Aku dah tak sambung balik tadarus tiap-tiap hari yang aku plan macam awal-awal puasa hari tu. Aku pun dah tak buat dhuha. Tahajud pun apatah lagi. Seminggu buang masa, buang keberkatan Ramadhan.

Tengok calendar, ada dalam 12 hari lagi puasa tinggal. Tetiba rasa sedih dan sangat rugi. Sepatutnya aku kumpul sebanyak mungkin pahala dalam bulan puasa ni. Bukankah Allah telah melipatgandakan segala amal kebaikan bulan puasa. Tiba-tiba rasa sangat rugi. Aku tak buat solat sunat, aku kurang berselawat, aku kurang berzikir, aku kurang baca quran. Tiba-tiba rasa Allah dah tarik nikmat dan keberkatan ramadhan dari aku. Dan masa ni aku dah gaduh teruk dengan tunang sebab dia tak berapa nak contact aku. Hati dah tak tenang. mood dah ke laut sebenarnya. Deep inside, rasa semua benda tak kena, Aku bukan apa, aku cuma rindu.

Aku cuba muhasabah diri sendiri setiap malam before tidur. Ya. Aku memang termasuk dalam kalangan orang yang rugi. Buang masa dengan benda yang sia-sia. Leka dalam zina hati. Kemanisan beribadat tidak dapat dirasai oleh orang yang leka dengan maksiat. Betul sangat. Sebab solat pun tak khusyuk. Al Quran pun malas nak buka baca. Sedangkan aku dah set reminder baca Quran dekat phone. Tengok reminder Quran, slide tepi. Facebook, Instagram, Twitter, laju je scroll. Nampak sangat, Allah dah tarik dan hilangkan keberkatan Ramadhan dari aku. Bila aku sedar benda ni, aku bangun dari tidur, ambil wudhu’, angkat takbir, buat solat sunat taubat. Sumpah demi Allah, start Bismillah sampai bagi salam, tak henti-henti menitik air mata aku. Aku takut Allah betul-betul tarik keberkatan Ramadhan dari aku. Aku takut Allah hilangkan rahmat Dia ke atas aku. Aku dah tekadkan azam insyaAllah, nak back to track balik. Buat balik semua macam aku plan dari awal.

Aku dah terlepas untuk guna 10 hari terawal ramadhan untuk mengumpul sepenuhnya rahmat dan keberkatan. Dan aku masih punya 2 hari bersisa dari 10 hari kedua Ramadhan untuk pengampunan. Moga Allah kuatkan dan tetapkan hati aku untuk terus dapatkan kebaikan 10 hari terakhir ramadhan yang didalam ada Lailatul Qadar.

Aku berkongsi bukan untuk riak atau apa, cuma aku nak kongsikan, jika-jika ada anak muda yg masih dalam kelalaian seperti aku, bangkitlah. tinggalkan benda yang sia-sia. Sekurang-kurangnya untuk pada bulan yang penuh keberkatan ni. Aku cuma berkongsi rasa aku. Berkongsi penyesalan. Tak salahkan saling mengingati dan berpesan kepada kebaikan antara sesama saudara Islam? Tepuk dada, tanya iman.

semoga Allah merahmati kita semua, Amin.

– CikguBio

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit