Hilangnya Kasih Ayah

Assalamualaikum hi semua. Aku far umur 20an. Aku nak cerita pasal keluarga aku tapi more to cerita ayah aku. Maaf kalau cerita terlalu panjang. Hm belum start cerita dah mengalir air mata mengenangkan semuanya.

Keluarga aku yang dulu sangat-sangat bahagia. Orang tengok pun orang jealous. Sampai kadang-kadang kawan aku minta nak dapat family macam aku coz most of them parents divorce. Kami Every week mesti akan keluar berjalan and every 6 months mesti pergi bercuti. Parents aku pula jenis yg tegas Tapi boleh jadi kawan dalam masa yang sama. Tapi tu lah langit tak sentiasa cerah, awan tak selalunya mendung. (Kenapa? Sat gi aku bagi tahu apa jadi) Okay start cerita pasal ayah.

Ayah jenis open minded dgn anak-anak boleh buat mcm kawan. Tapi dia kalau marah memang macam orang takda iman. Ayah aku jenis seorang yang betul-betul sayangkan anak-anak dia hidup mati dia anak-anak. Means anak-anak sangat lah rapat dgn dia. Apa-apa semua ayah. Ada masalah ke apa ke memang ayah. Ayah jenis akan berkorban apa saja utk anak-anak. Walaupun kami dah besar dia still layan mcm budak-budak. Tapi sebabkan terlalu sayangkan anak-anak dia sampai control masa depan kami. Ayah bukan jenis kongkong tauu cuma control masa depan aku. Maksudnya dia yg tentu kan aku kerja apa apa patut aku buat dan bla bla.

Bayangkan lah, kawan-kawan lain dari sekolah dah pandai berdikari duduk asrama semua. Kami tak pernah dia bagi lepas jauh-jauh. Dapat tawaran pun dia tolak. Time study pulak aku duduk rumah sewa every week dia datang. Tak sampai 2 bulan duduk rumah sewa dia suruh duduk rumah je ulang alik dari rumah ke kolej. (Nasib baik tak jauh sangat) aku duduk rumah sewa pun sebab nak saving sebab kereta aku kuat pakai minyak. Kalau duduk rumah sewa jalan kaki je. Tapi ayah cakap takpa dia rela cari duit dari tak nampak anak dia depan mata. Aku pun okay lah.

Okay kalau nak tahu since aku habis sekolah dia dah atur hidup mana aku perlu pergi untuk masa depan. course apa yg patut aku ambik itu ini & bla bla. Actually aku ada minat aku sendiri tapi ayah ni jenis tak boleh melawan kalau melawan kejap lg mula mengamok lepas tu ckp macam sampai kita rasa bersalah. Sebabkan nak puaskan hati dia aku ikut apa yang dia nak. Dia nak aku mahir dalan bidang fashion. Dia mmg suka bab pakaian. Tapi dia bukan nak aku jadi macam rizalman tu.dia nak aku jadi tauke kilang pakaian. Dulu masa kakak aku pun dia paksa ambik fashion tapi kakak aku ni ada kepala di sendiri dia ambik course dia sendiri tapi dalam design2 jugak. Tak lari jauh dari course fashion so ayah okay lah. Aku ni pulak minat memasak tapi sebabkan jauh dengan fashion dia tak bagi ambik masak. Aku ni je yg ikut cakap ayah sebab aku ni penakut sikit. So aku go on dengan fashion.

Okay dah settle study semua alhamdulillah aku berjaya jugak graduate dalam bidang yang dia nak. Tapi pointer cukup2 makan lah kan sebab bukan minat aku. Lepas je aku habis study ayah buatkan kedai untuk aku dan kakak aku untuk kami business. Kau bayangkan lah dgn tak ready tak berani nak ambik tempahan baju orang dia dah buatkan aku kedai? Ergh aku baru nak try cari pengalaman. Sbb aku tak pernah kerja dgn org weii. Kalau kawan2 lain semua ada pengalaman kerja even promoter. Hmm jealous sgt tgk kawan-kawan yang ada pengalaman kerja. Aku ni dah 20an pengalaman hape pun takda. Sbb ayah tak pernah bagi. Nak part time pun kadang bising.

Start dia buatkan kedai tu aku mula bersuara. Aku cakap aku tak berani nak buat baju org semua. Cakap punya cakap dia baru faham tu pun gaduh2 jugak. Tapi dia suruh aku slow2 buat baju family dlu utk dpt kan confident tu. dalam masa yg sama aku cari kerja. Alhamdulillah berapa bulan lepas tu aku dpt kerja butik kedai makcik kawan aku. Masa dapat tu dia pula macam excited aku dpt kerja. Siap belikan kereta yang saving minyak utk aku tak habis duit gaji kat minyak mcm study dulu. (Tapi bulan2 aku bayar ya) since kerja Kat situ lah aku dpt confident dan aku belajar macam-macam. Baru lah berani buat baju org sikit-sikit. Last-last Kedai yang ayah buat tu hanya kedai aku buat part time je. Lepas 2 tahun kerja butik tu aku berhenti sbb owner butik nak pindah kedai jauh so aku tak boleh nak terus kerja dgn dia. So sementara tak buat apa tu aku ambik sikit-sikit upah jahit kat rumah & buat grab car. Dalam masa yang sama ayah ada suruh aku buat part time kat kilang jahit KAWAN dia. BERIA sangat dia suruh part time kat situ.

Erm beberapa bulan lepas berhenti kerjaaaaa..
Dpt berita ayah kahwin baru. Ya Allah. Kau bayangkan berita tu kami tahu malam tau selepas kami satu family baru balik keluar jalan-jalan dengan ayah ibu & adik beradik. Ya Allah kalau kenangkan balik memang sedih gila. Siang tu kami keluar jalan-jalan makan-makan happy-happy. Hmm. Ni lah dia langit tak selalu cerah hidup tak selalu indah

Tahu takkkk dia kahwin dengan siapa?? Dengan KAWAN YANG dia suruh aku buat part time tuu. Patutlah tgk rapat semacam rupanya.. hmm. Ayah kenal dia tak lama terus kahwin. Time dapat tahu tu Allah kuatkan hati kami untuk terima & redha cuma kesian kat ibu dia macam tak boleh terima. Tapi ibu mmg ada syak ayah kahwin baru cuma tak da bukti je. Ayah yang bagi tahu kami dia kahwin baru.

Pasal maktiri. Sebelum kahwin dengan ayah perempuan tu baik semua benda kami nampak baik. Lepas kahwin sikit2 setan dia keluar. Allah kamk terima baik dia walaupun hati sakit tapi sikit-sikit dia baling taik kat kami. Mak tiri ada kilang dan dia memang sama bidang dengan pekerjaan aku dan kakak jadi ayah planning bukakkan satu kilang untuk aku dan kakak handle tapi atas nama mak tiri.

Weii bestttt kann semua di sediakan kami takapayah susah cari kerja cari modal cari pekerja nak start dri bawah. Semua dah depan mata. TAPIIII Allah sayangkan kami kau bayangkan semua dah siap aku cuma masuk kerja jadi boss handle pekerja je tapi tak tahu kenapa berat sgt hati ni nak jejak tempat tu. ada je alasan yg aku dan kakak akn bg kat ayah sampai masuk laa ni dah 2 bulan kami postponed nak masuk kerja. Sampai satu hari ayah tanya ktorg nak kerja dgn dia or tak. And you know what aku boleh jawab taknak? Berani gilaa sbb ayah aku ni mmg tak boleh say ‘no’ dekat apa yg dia nak. Tapi kali ni aku dpt kekuatan nak cakap apa yg terbuku sebelum ni. Tahu tak sebab apa kami taknak pun dgn kilang tu? Sbbkan mak tiri aku yg bertopeng2 tu. erghhh! Aku rela susah dengan kakak aku start dari bawah daripada kerjasama dengan maktiri. Sbb aku taknak ada kena mengena dengan dia. Sbb dia pasal RM1 pun boleh jadi gaduh besar sebab tu lah kami malas. Ayah pulak jenis back up dia haa mmg kamk lah selalu kena tiau lah lagi-lagi dia selalu buat cerita kat ayah. Ayah semenjak kahwin dgn dia ayah lebih percaya maktiri dari anak-anak dia. Selau berkira dgn kami. Selalu marah kami dengan kata kesat. Selalu doakan kami kalau buat business sendiri takkan berjaya. Siap cakap Kalau kami susah jangan cari dia. Kesian adik2 kadang minta duit tapi dia tak bgi padahal dulu takda duit macam mana pun dia akan usahakan untuk anak-anak dia. Hari tu kereta aku rosak pun dia tak tolong weii.. ayah yang sekarang mmg berubah. Kasih sayang dia Yang dulu memang takda langsung. Kadang-kadang macam tak kenal ayah sendiri. Semoga ayah kembali seperti ayah yg dulu. Aku hilang kasih seorang ayah semenjak dia ada isteri baru..

Maktiri.. Ya Allah maha kuasa! Allah tunjuk satu2 buruk maktiri. Walaupun kami tahu buruk dia kami still hormat dia tapi.. hmm manusia jenis apa lah dia busuk sgt hati sampai main ke benda kotor. Dah lah ambik ayah lagi nak buat naya kat kami. lemahnya kami tak tahu bab bomoh2. Tapi aku percaya pada yang Satu Allah swt. Allah akan selalu melindungi kami.

Ya Allah kembalikan ayah kami yang dulu sadarkan lah dia sebelum terlambat. Lindungilah dia dari terkena benda2 kotor. kami sayang ayah! Hidup kami berubah since ayah dengan bini baru.

Sekarang ni aku kena kuat diri untuk teruskan hidup tanpa ayah & cari kerja baru yang boleh bantu ringankan beban ibu yang kena tanggung semuanya sorang-sorang sekarang.

Maaf cerita terlalu panjang hanya luahan yang lama terpendam. Minta kawan2 doakan yang terbaik utk aku ya..

-F

– Far

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit