Hina Sangat Ke Belajar Tinggi

Hina Sangat Ke Belajar Tinggi

Hina sangat ke belajar tinggi.?

Assalamualaikum admin yang hensem and flawless bak mat lutfi. Ni ha nak tumpang luah kejap. Tolong approve ye sebab nak tahu jugak ada tak yang senasib dengan diri ini.

Meh intro sikit. Aku Aku ni graduan lepasan degree dan diploma. Tengah usaha mencari kerja. Story dia macam ini, first story masa aku ikut mak aku pergi berurut. Aku suka berurut tapi jenis aku kena tengok dulu cara dia urut. Sebab aku jenis tak suka orang urut sebab nak duit je tapi sebenarnya tak de beza pun kalau aku upah adik aku urutkan. Masa mak aku tengah urut, makcik ni sembang sembang dengan aku dan mak aku. Tanya aku buat apa, belajar mana. Pastu dia cerita la yang dia ni kawin awal umur 16tahun. Pastu dia cerita yang anak dia buat partime kat Starbucks sebab tengah tunggu spm. Gaji tinggi, sama je gaji dengan budak degree yang baru masuk kerja starbucks tu. Anak dia cakap nak berhenti bila dapat tawaran sambung belajar sebab anak dia minat belajar. Makcik and husband dia cakap kat anak dia tak payah sambung belajar lah sebab habis duit je. Nanti gaji sama je dengan budak spm. Tak guna belajar tinggi tinggi. Orang tak pandang sekarang ni. Aku kat situ senyum je tapi dalam hati, “amboi kau makcik. Nak hina aku ke sebab aku tak kerja lagi?”. Okey ni satu story.

Story kedua pulak. Aku dapat offer interview next week (doakan aku ye kalian semua). So aku kan tak pernah kerja secara rasmi (kecuali partime kejap kejap je time study). Aku tanya adik aku berapa ye gaji yang standard kalau kerja jawatan executive ni. Kalau dia offer blablabla okey tak? Korang tahu apa adik aku jawab, ” la rendahnya. Gaji aku diploma pun RM blablabla .. Rugi je ko belajar tinggi. (Lupa nak intro adik. adik aku diploma pastu dia taknak sambung sebab malas dah). Aku dalam hati “emmm, hina ke kalau gaji tu rendah sikit dari ko… Aku baru nak start kot. Consider la perasaan aku sikit.” Adik aku tanya berapa company tu offer gaji? Aku cakap “tak tahu lagi sebab kena tunggu interview dulu. Aku saja tanya ko ni sebab mana la tahu dia tanya nak gaji berapa senang aku nak jawab kan.” Heheh.. Tapi dalam hati aku, memang aku taknak share dah apa2 lepas ni.
Note: Tapi aku harap aku dapat kerja ni sebab ni construction punya campany. Ada pengalaman intern di construction company dulu so boleh guna ilmu time intern dulu apply kat sini plus memang bidang aku belajar pun jawatan ni. Tempat kerja ni dekat dengan rumah dalam 10minit. So aku dapat jimat la sebab takpayah bayar rumah sewa, tol and minyak yang banyak sebab dekat je kan. Insyallah rezeki mak aku nanti dapat rasa la lebih.

Okey story ketiga. Yang ni story berkaitan dengan kawan aku. Dia diploma, rezeki dia dapat masuk government as pembantu makmal sekolah. Haritu kami ada keluar minum minum. Aku ucap la “tahniah sebab dapat kerja tetap dah. Murah rezeki kau. Doakan aku jugak ye’. Korang tahu dia reply apa?. Ha ni hah dia reply, “sama sama you. Tu la, syukur sangat sebab kerja sekarang ni takde la susah sangat. Relax je. Pembantu makmal kan. Walaupun dulu diploma je and sekarang jawatan rendah tapi macam lebih kurang je orang degree kerja office. Ada yang ada degree tak guna pun degree tu. Kerja biasa biasa sebab tiada pengalaman kan. Pengalaman kan penting”. Aku senyum tapi dalam hati “aku ni tunggul ke depan ko. Macam aku ni budak degree yang tak berguna” . Kecil hati aku beb. Aku punya tak pernah bercerita atau bangga bangga dengan degree aku sebab aku tahu kau down giler dulu sebab tak dapat sambung belajar. Aku jaga hati kau tapi beb sampai hati kau cakap macam tu.

Story ke empat. Aku dulu pernah kerja pembantu kedai. Masa lepas habis final exam degree. Apply Guna spm. Korang tahu apa jadi.? Ada sorang ni dia dapat tahu aku ni ada degree. Pastu dia pergi cerita dekat seorang pekerja ni. Korang tahu apa pekerja tu cakap? Dia cakap “betul ke ko ada degree”. Aku jawab la. “Aah Betul.” Dia cakap lagi, “ko menipu la ada spm.” Aku pun, “aduhaii..siapa cakap aku tipu. Memang aku ada spm kot. Apa masalahnya.” Dia cakap kerja ni untuk taraf spm je. Aku balas la, “so, aku tak layak ke? Sebab aku ada degree aku tak layak camtu ke maksud kau? Habis apa guna spm aku kalau tak boleb guna?” Korang nak tahu apa dia jawab. Okey part ni kelakar la bagi aku. Dia cakap takboleh pakai dah spm aku sebab spm aku dah diguna untuk sambung belajar.. Kahkahkah. Kau buat lawak ke nyah? Aku pun bila dengar jawapan dia aku husnuzon. Mungkin sel sel otak dia tak cukup berkembang kot. Boleh pulak spm tu skali pakai je. Aduhaiii.. Aku pun balas la, “tak salah kan kalau aku start dari bawah. Cari pengalaman. Tak gitu nyah.” Dia jwab lagi. “Tak boleh. Ko kena cari kerja yang guna degree kau.” Aku cakap la. “Susah sekarang degree pun sebab kebanyakan nak pengalaman”. Lepas tu dia reply cakap “dah tu siapa suruh kau tak guna spm ko, cari pengalaman. Kan sekarang susah”. Aku pun naik give up cakap dengan dia. Cakap macam cacing terbelit belit. Yang aku tahu esok nyer boss panggil tanya pasal ni. Boss cop aku penipu sebab tak cakap ada degree. Aku dalam hati “Dah tu masa iklan kan kerja dulu ko just tulis spm je. Takde pun tulis degree dilarang apply.”. And bos cakap jangan nak demand gaji tinggi atau pandai pandai mengadu pejabat buruh sebab gaji rendah dari minimum gaji yang kerajaan tetapkan. Dia cakap bukan boleh percaya budak degree ni, otak panjang. Kalau tak puas hati laju je pi mengadu. Aku dalam hati ” Ya Allah boss. Aku yang takde niat nak mengadu, jadi nak mengadu sebab kena kerja 12 jam, takde OT, gaji sikit. ” hahahah.. Aku just reply ‘bos, takde la bos. Saya nak cari pengalaman.”

Okey last story. Aku share yang aku dapat interview dengan sesorang ni. Dengan harapan nak mintak tips interview la sebab dia dah berapa kali dah pergi interview. Berpengalaman la katakan.Korang tahu apa riaksi dia ” kau ni takde pengalaman pastu mintak jawatan tinggi (executive). Start la dari bawah. “Ni la masalah budak belajar tinggi. Tengok aku ni. Spm je pun. Start dari bawah. Sekarang dah beli kereta dah”. Aku terdiam. Serius terdiam. Kali ni tak sempat nak kutuk dalam hati macam story story kat atas tu.

So aku nak tanya korang ni, hina ke kalau belajar tinggi ni? Dah kerja biasa biasa dicakapnya takguna belajar tinggi sebab last last kerja biasa biasa. Bila nak apply kerja tinggi di cakapnya aku demand. So tersempit aku kat sini. Kalau ko nak cakap yang belajar tinggi ni tak guna, so nanti korang tak payah la hantar anak pergi sekolah masuk darjah satu. Suruh je dorang tu kerja. Senang nanti umur 20 tahun dah ada 13+- tahun pengalaman dah kan.

Sekian dari hati.

– Peminat A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit