How Al-Quran Heal My Anxiety

How Al Quran heal my Anxiety

………………………………….

Bukan aku tak pernah kenal Al Quran sebelum ni, dari kecik kecik parents aku dah hantar aku mengaji, belajar fardhu ain apa semua. Tapi bila besar, semua tu aku tinggal. Aku solat, cuma aku tak menjiwainya. Aku solat, otak pikir kerja, masalah, hal hal peribadi dan hal hal seharian. Tak khusyuk pendek kata. Aku mengaji, baca yasin, tapi tajwid ke laut. Aku sekadar baca. Bila aku ingat nak baca, aku baca.

Aku rasa hidup aku kosong. Aku rasa aku takda tujuan hidup. Aku ada segalannya sekarang, tapi hubungan aku dengan orang sekeliling tak baik. Ada kawan, gaduh. Ada adik beradik, jeles memanjang. Ada suami, tapi aku tak pernah cakap elok elok dengan dia.

Dari aku kecik, aku selalu rasa parent aku tak adil dengan aku. Aku kena mengalah dengan adik adik aku. Aku selalu bergaduh dengan adik aku. Bergaduh bukan biasa biasa berebut mainan semua tu. Bergaduh pukul pukul. Adik aku lelaki. Kecik kecik gaduh pukul pukul, memang aku la menang. Tapi end up aku kena mengalah. Sampai aku sambung belajar diploma, aku masih bergaduh melibatkan fizikal dengan adik lelaki aku. Aku perempuan. Beza aku dan adik lelaki aku 2 tahun. Bayangkan aku masa tu diploma, adik aku tingkatan 5, dah besar gajah. Kalau dia tumbuk aku, aku jugak kena marah dengan parent. Dia pukul muka aku dengan selipar, aku jugak kena tengking dengan ayah aku. Punca kami bergaduh selalunya perkara remeh temeh ja. Masa adik aku pukul muka aku dengan selipar, aku cuma suruh dia gerak ke kanan sikit masa dalam kereta to nake way pada sorang cousin aku untuk duduk sebelah aku. Tiba2 dia salah dengar, terus dia pukul muka aku dengan selipar. Banyak lagi pergaduhan kami, sampai aku lari rumah. Perkara biasa semua ni. Semua keluarga akan hadapi situasi adik beradik gaduh ni. Tapi aku simpan dendam, and it affect my personality. Sebab bila aku gaduh dengan adik aku, aku akan kalah, and aku akan menangis, tapi takda siapa pujuk aku. Even parent aku. Sebab bagi dorang, aku tua, kena mengalah. Even adik aku cari pasal dulu. Plus, dari kecik aku selalu kena buli. Dengan kawan kawan sekitar rumah aku. Dengan kawan kawan lelaki kakak aku. So aku end up membesar jadi seorang yang sangat sensitif. Kuat sentap. Tapi aku pendam. Walau aku sentap, aku still senyum. Tapi ku pendam. Aku jadi pendendam. Hati aku rasa mati.

Masa aku degree, aku suka melawa. Pakai wedges. Sebab aku suka. Tapi kawan kawan aku sangat judgemental. Dorang gelakkan aku. Masa aku berhijrah pakai tudung, dorg kata aku selekeh baik xyah pakai tudung, sama je selekeh. Masa aku pregnant, aku cerita dengan sorang kawan aku. Masa tu baru je sebulan kawin, so by right, baby dalam perut baru sangat jadi. Aku gi check klinik, doc scan, and she said saiz baby tak sama dengan minggu. Sebb aku tak ingat period aku bila. Minggu depan doc suruh datang scan lagi, kalau xmembesar doc akan cuci. So aku story dengan kawan aku sebab dia dah ada anak sorang. Just nak share cerita and mnx swmangat coz masa tu aku down jgk bila doc ckap baby aku maybe xjadi sbb xsama size dengan minggu. And kawan aku kata “berdoa je la kandungan u ok, ex wife husband i dulu macam ni jugak kes, xtahan lama, pastu gugur, hihi”… ada hihi kat belakang. Aku diam. Pendam.

Masa aku kerja, aku ok, cuma aku dimalukan dengan teruk oleh officemate. Officemate aku semua lelaki. Dorang bet, siapa boleh ajak aku keluar makan, boss akan belanja makan. Boss pun terlibat. And one day, aku terpaksa stay back di ofis and masatu aku belum berkereta. So boss mintak officemate aku sorang ni, nama Mie, hantarkan aku balik. So, Mie setuju and sebelum sampai rumah Mie minta aku temankan dia dinner. Aku setuju sebab aku tumpang orang. Sejak dari haritu, aku dan Mie ni rapat sebab aku rasa masuk kepala dengan dia. Hari hari dia akan whatsapp aku. Aku layan. Sebab aku suka kawan dengan dia. Cut the story short, in the end aku dapat tau, yang Mie hari hari akan tunjuk whatsapp kitaorang pd officemate lain. And dia menang bet pertama, iaitu bawa aku keluar makan and boss akan belanja dia makan. Paling best aku dpt tau ada bet kedua, kalau Mie dapat couple dengan aku, boss akan bagi hadiah besar. Tazangka aku… aku baik dengan orang, orang buat aku macam ni. Aku malu.. start ni aku punya self esteem memang makin merudum. Aku rasa bangang. Masa boss aku confess dengan aku benda ni, aku senyum and diam. Aku tak tau nak kata apa. Lepas daripada tu, aku masih kerja di situ. Tapi Allah je tau macam mana aku nak hadapi officemate semua. Sebab dorang tau segala luar dalam aku. Tanpa sorang pun minta maaf..
At last, aku resign jugak sebab aku tak mampu lagi nak hadap mereka semua..

Kadang aku pikir, kenapa mudah sangat orang keluarkan kata kata yang buat aku sentap and tanpa rasa bersalah buat semua benda yang aku tak boleh terima tanpa rasa bersalah pada aku? Maybe sebab aku jenis sengih je kalau orang buat apa apa and kata apa apa. And aku seorang yang pendiam. Aku tak reti menjawab and melaser balik orang yang sakitkan hati aku. Tapi yang orang taktau. Pendiam tu sebab dia pendam. Awal awal takda efek apa apa. Makan tahun? Agak agak korang macam mana hati orang yg suka memendam ni?

Efek dari semua ni, aku jadi takut dengan orang. Aku ada anxiety. Aku pikir mati, aku rasa nak bunuh diri. Aku taknak jumpa orang. Aku tk suka berkawan. Aku sentiasa pikir negatif. Aku takut rejection. Aku takut malu. Aku takut dimalukan. Tak ada sikit pun positif dalam diri aku.

Lepas aku dah kahwin, husband aku mintak kami stay bersama mertua aku. Makin teruk anxiety aku. Aku nak tolong mak mertua kat dapur pun aku takut nak buat. Aku takut nanti cara aku potong bawang tak kena, mertua ingat aku tak pandai masak. Aku nak tlg masak, aku takut tak sedap. Sedangkan aku tahu memasak. Tapi aku takut. Aku nak cakap dengan mertua aku pun takut. Aku takut dorang judge aku. Aku nak keluar bilik tanpa husband aku pun aku takut. Aku taku nanti orang rasa awkward bila aku ada. Sebab abang ipar dan familynya selalu singgah rumah mertua. Bila kakak ipar aku dan biras bersembang, aku takut nak sembang sekali, aku takut dorang pikir aku tak matang. End up, aku tak keluar bilik sangat. Aku tak tolong mak mertua masak. Aku tak pergi kenduri jiran jiran mertua aku. Aku takut kena reject dan kritik. Aku takut nak buat baik dengan dorang. Aku salahkan family husband aku, sebab laya aku macam ni and buat aku rasa dan pikir negatif, sebab terlalu strict dalam kehidupan harian. Bangun pagi kena sapu rumah la. Nak makan kena berkuah la. Bangun lepas kul 8 tak boleh la.1 Apa la. Aku bandingkan dengan keluarga aku sendiri dimana mama abah jarang suruh aku buat kerja rumah. Upbringing yg berbeza.

Dalam masa sama, aku rasa semua keluarga suami aku tak suka aku. Mak abah mertua, ipar2 dan family, saudara mara lain. Semua aku rasa dorang tak suka aku. Especially biras aki, aku rasa dia jeles dengan aku. Akuvrasabdia fake dengan aku. Masa tu aku tak mau langsung hadap saudara mara suami aku, aku memencilkan diri. Sebab aku rasa dorang tak suka aku. So buat apa aku nak baik2 dengan dorang. Dalam masa sama, aku stress dan sedih. Tanpa punca. Sampai hari hari aku minta cerai dari husband aku. Aku rasa untuk keluar dari apa yang aku rasa ni, aku perlu jauhkan diri dari mereka. Aku rasa mereka yang negatif, bukan aku. Tak sedar diri aku ni.

Hati aku kosong. Aku rasa semua benda aku buat tak kena. Sampailah one day, aku terasa nak baca Al Quran. Aku ambil wuduk seeloknya. Aku mulakan bacaan. Ya Allah. Tenang sangat hati aku. Sejak dari itu, aku make sure, aku akan baca walau 1 mukasurat selepas solat. Subhanallah. Jiwa aku tenang. Tiada lagi negatif dalam jiwa dan fikiran aku. Aku jatuh cinta. Aku rasa aku dah boleh lepaskan segala kesakitan masa lalu. Aku rasa tenang. Magically, sejak aku mula dekatkan diri dengan Al Quran, solat aku makin kusyuk. Aku jadi tak sabar nak mengaji hari hari.

And the best part is. Aku mula nampak sisi sisi yang aku tak pernah nampak sebelum ni. Sebelum ni, aku salahkan family husband aku 100% atas segala apa yang mereka buat aku rasa. Sebenarnya aku yang tak pandai bawak diri dan ambil hati. Duduk rumah orang, tapi nak ikut kepala sendiri. Tak reti control negative thought. Aku bagi orang ambil kesempatan kat aku. Banyak la lagi yang aku mula sedar. Akhirnya aku sedar diri. Aku mula slowly amek hati mertua. Aku mula ramahkan mulut bercakap. Kadang aku ada pikir betul ke apa aku cakap ni, kang orang pikir aku tak matang pulak, tapi cepat2 aku tepis. Aku mula rajinkan diri cuci rumah, memasak. Lantak la sedap ke tak, at least aku cuba.. ya Allah. Aku rasa berlainan. Macam ada darah panas mengalir dalam badan. Aku rasa happy.

And now, aku slowly dekatkan diri dengan Tuhan. And aku harap hubungan aku dengan orang sekeliling akan makin baik. Especially keluarga husband aku. Aku banyak dosa dengan mereka.. Doakan aku..

Pada sesiapa yang ada anxiety, ambil masa dekatkan diri dengan Allah. Insyaallah, anda akan pulih slowly.. aku bukan alim, cuma manusia yang lalai tidak menjaga hubungan dengan pencipta sebelum ini. Dan aku tengah cuba berubah.

Ampunkan aku kalau ada yang tak faham apa aku tulis and kalau ada typo. Aku taip dari phone. Aku cuma ingin meluahkan. Mungkin dapat membantu orang lain yang ada anxiety seperti aku.. mungkin…

– Pendosa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit