Hukum Tuhan

Assalamualaikum semua dan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Harap2 admin dapat post luahan hati saya ni, dan kalau post, terima kasih admin saya ucapkan.

Ya, bila sebut pasal raya, perkara yang paling famous adalah tentang batas2 kita dengan sepupu2 kita, kan?

Baiklah, keluarga saya tidak sebesar mana, jadi memang dikatakan agak rapat, rapat yang macam adik beradik. Dari kecil memang sentiasa main sama2, tak kira lelaki atau perempuan. Keluarga kami bukannya alim mana, cuma alhamdulillah, tahu juga ilmu agama sikit2.

Untuk soal tutup aurat, batas antara sepupu tu, bila umur saya meningkat ke alam sekolah menengah, saya baru tahu tentang itu. Sebab dahulunya saya fikir bila sepupu, tiada batas, sebab mereka pun ahli keluarga kita. Ya, untuk mengetahui hal itu, pada saya agak lambat. Malu sebenarnya. Kerana bila kawan2 bercerita mereka memakai tudung apa semua, saya hanya berdiam diri, kerana saya berbeza. Saya tidak memakai tudung, salam dengan sepupu lelaki. Berbeza sangat.

Bila saya tahu itu salah, saya cuba untuk ubah benda tu, tapi, bila saya cuba untuk pakai tudung, ya Allah, besar dugaannya. Sepupu2 semua macam marah, kenapa pakai tudung, asyik tanya je kenapa. Saya taknak mengguriskan hati mereka, jadi saya bagi macam2 alasan. Tapi, mereka masih pertikaikan. Sampailah saya terpaksa bukak semula. Ya Allah, berdosanya saya. Usaha itu saya cuba, setiap kali keluarga kami berhimpun, tapi, gagal juga. Sedih, lemah sungguh pendirian saya.

Baru2 ni, masa raya, saya cuba lagi, pakai tudung, setiap masa, hatta waktu tidur sekali pun, ada juga mempertikaikan, suruh bukak, namun, saya cuba tegaskan pendirian saya, walaupun pada masa yang sama, saya nak jaga hubungan dengan mereka. Saya tetap teruskan pakai tudung., walaupun ditanya macam2. Alhamdulillah, saya berjaya pakai tudung hingga ke akhirnya. Memang panas, tapi, hukum Tuhan sudahpun termaktub, aurat antara lelaki dan perempuan, macam mana mahu jaga perasaan pun, hukum Tuhan kita kena taat, patuh.

Moga usaha saya kekal sampai bila2. Sebab saya lebih selesa dalam keadaan sebegini. Doakan saya istiqamah ye semua. Kalau kalian punya tips, share lah dekat komen. In shaa Allah bermanfaat buat insan2 yang senasib saya. Terima kasih:’)

– Matahari

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *