Ibu Mertua Pembersih

Ibu Mertua Pembersih

Assalamualikum kawan kawan di IIUMC, thank you Admin please siarkan article ni. Tak tau nak mula dari mana. Kadang-kadang terasa hati yang amat sangat dengan mak mertua. Tapi nak buat macam mana kan, dah kita menumpang. Redha jelaaaa.

Saya dah 2 tahun berkahwin dan tinggal di rumah ibu bapa suami. Mungkin cara didikan family saya dan suami yang agak berbeza sehinggakan pada mulanya saya sangat sangat ‘awkward’ dengan mertua saya. Nak cakap bersih memang lah kita kena jadi seorang yang pembersih untuk kekal sihat dalam persekitaran yang bersih kan, tapi ni jenis bersih OCD bak kata omputeh. Aduiii, setiap apa yang saya buat atau lakukan mesti akan diperhati & macam dinilai oleh ibu mertua. Sampai satu tahap saya dah rimas dan minta suami untuk berpindah.

Suami saya bukan tak mampu, tapi memikirkan keadaan ibunya yang sakit, tak berapa sihat itu yang membuatkan kami tinggal bersama mertua. Kata suami jika ibunya penat atau sakit adalah kami ni nak tengok-tengokkan rumah. Atau bolehlah saya membantu buat kerja rumah. Pada mulanya saya langsung tidak kisah & tidak ambil hati. Tapi lama kelamaan sejak dah ada anak sorang ni hati saya makin terasa dengan sikap ibu mertua. Sya lakukan kerja rumah untuk membantunya tapi mesti ibu mertua saya akan lakukan semula. Apa yang anak saya buat, semua dianggap kotor, contoh ‘ masukkan mainan dalam mulut’ dikatanya kotor banyak kuman tu, Dina pergi cuci dan rendam dalam air panas’. Semua benda jadi macam tu okay, hmm. Adat lah anak saya baru 8 bulan, nak belajar dan nak tau apa benda tu. Lagipun semua saya dah basuh. Saya pun tau benda tu kotor atau bersih sebelum bagi pada anak.

Setiap kali saya masak mesti akan diperhati dari jauh samaada sayur dah dibasuh bersih atau tidak, pinggan, sudu, periuk segala peralatan bila saya dah basuh akan dibasuh kembali oleh ibu mertua. Saya rasa apa yang saya buat ni macam tak bersih pulak. Bila saya sidai baju, baju akan dibetulkan semula mengikut susunan caranya. Ikutkan memang terasa hati, macam apa yang saya lakukan semua tak betul dimatanya. Saya tak pernah mengadu dengan suami sebab saya tau itu ibunya, saya bukan seorang yang jenis akan mengeruhkan keadaan. Yang saya hanya mampu buat, simpan sendiri je dalam hati.

Pernah suami saya tertumpahkan air, subhanaAllah ibu mertua menjerit & membebel ke suami saya macam marahkan anak kecil. Saya yang dengar rasa geram, air je pun. Apa yang susah sangat lap je kejap lagi kering lah kan. Tapi lain didikan, lain caranya. Sekarang pun setiap apa yang saya buat, saya rasa nak buat dengan cepat tanpa diperhati oleh ibu mertua. Jika dia tiada di rumah, saya akan masak secepat yang mungkin, jika ada abuk jatuh dilantai pun saya akan lap tanpa diperhati olehnya. Macam macam perkara lagi yang membuatkan saya banyak terasa hati. Tapi apa boleh buat, “saya hanya menumpang” doakan suami saya terbuka hati untuk berpindah suatu hari nanti” insyaAllah.

Doakan saya kuat!
-Dina-

– Dina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit