Ibu Sakit, Bukannya Gila

Assalammualaikum… terima kasih admin kerana sudi membaca coretan ni. Ibu… beberapa hari ni penuh media sosial dengan post mengenai sesorang wanita bergelar ibu.. ada yang sedih.. ada yang seronok. Mengalir air mata teringatkan ibu yg telah kembali ke rahmatullah kira2 setahun yg lalu. Sihat kah ibu d sana? Rindu sangat.

Ceritaku bermula 10 tahun yg lalu, kebahagiaan seorang anak yang masih belajar di menengah atas dirampas tiba-tiba. Walaupun usia sudah matang (18tahun) tapi belum puas rasanya bermanja tambahan anak bongsu. Ibu tiba-tiba sakit yang tak tahu mana puncanya. Ibu mula meracau, menangis, bercakap bukan-bukan seperti orang hilang akal.

Terlalu cepat sehingga tiada tanda-tanda penyakitnya itu. Cuma beberapa hari sebelum itu aku perasan ibu seperti tidak fokus. Termenung dan bila ku pangil berkali2, tidak disahut. Ku fikir mungkin ibu penat. Memang tiada satu tanda atau punca mengapa ibu jadi begitu.

Aku akui keluargaku hanya orang kampung, tidak kaya, fikiran keluarga juga tidak terbuka malahan taraf pendidikan juga tidak tinggi. Dalam keluarga hanya aku menjejak kaki ke Universiti itupun kerana rezeki(tidak pandai mana pun). Oleh itu, perubatan kampung dan islam menjadi pilihan utama dalam mengubati penyakit ibu yang memang tidak tahu apa puncanya.

Ibu pernah di hantar ke hospital pada awalnya tetapi doctor tidak menemui apa penyakitnya malahan ibu sihat. Tiada penyakit kronik. Doctor hanya nasihatkan cuba alternatif lain berjumpa pakar psikolgi. Berbalik kepada keluargaku(termasuk saudara mara) yang agak tidak terbuka dan di tambah pula dengan pandangan orang kampung yang menganggap masalah mentah itu berkait gila sahaja. Ayahku tidak mahu, katanya nanti mak akan ditahan wad gila.

Aku mula merasa ibu mungkin ada penyakit depression atau berkaitan dengannya. Tidaklah aku begitu faham tentang ini. Tapi bagaimana aku nak yakinkan keluarga?? perubatan kampung persorangan sampai ke klinik islam, tiada 1 pun berjaya. Mungkin kerana Allah belum mengizinkan utk ibu sembuh. Apa yang menyakitkan hati ku sebagai seorang anak, pelbagai andaian bebeza di beri oleh setiap pengamal perubatan. Ada cakap saka la, ada cakap terkena buatan laa, tersampuk laa.. macam2.

Dalam masa yang sama tertekannya aku sebagai seorang anak melihat ibu yang menjadi tempat kau bermanja kini mengasingkan diri. Adakalanya meracau mahu lari rumah, menjerit2. ayah akan azan dan membaca ayat2 diajar ustaz. Habis lembam badannya terpaksa aku gagahi juga memegangnya, meronta2 mahu keluar rumah. Katanya ada orang pangil, kadang2 naik bulu roma dibuatnya. Bila dia letih, dia akan tertidur. Kadang kala pukul 2-3 pagi baru ibu tidur dan aku tertidur d sampingnya. Awal pagi aku perlu ke sekolah. Entah mengapa awalnya seorang pemalas menjadi rajin ke sekolah. Aku bukan pelajar cemerlang tp Allahamdulillah result stpm membawa aku ke ipta. Di sekolah aku menjadi seceria mungkin. Gelak ketawa sepanjang hari, boleh dikatakan hanya kawan rapat sahaja tahu ibuku sakit. Itu caraku hilangkan stress dan mengubat hati. Aku jenis memedam dan perahsia serta tidak suka tunjuk kesedihan.

Hari bganti hari, tahun bertemu tahun. Ibu masih tidak sembuh. Berubat di sini sana tapi belum rezeki baik barangkali. Ibu makin lama makin susut badannya.. Mata ibu ada selaput. Lama2 makin meliputi anak matanya.. die mula rabun. Sejak itu, die kurang aktif. Hanya mahu di biliknya. Di ajak berbual tidak mahu. Die hanya duduk dalam dunia dia sahaja. Paling menyedihkan die tidak lagi kenal anak2nya. Dia hanya ingat nama tapi tidak percaya itu kami(dia pikir kami masih kecik). Dia akan mula bertanya tentang orang2 yang telah tiada. Seperti fikirannya d bawa kebelakang, dia tidak ingat tentang sekarang.

Sampailah waktu, berak dan kencingnya di pampers. Dia tidak lagi memberitahu ingin ke tandas. Penyakitmu ibu memang mnguji sungguh kesabaran keluargamu. Namun bersyukur ku d beri kesemptan berbakti kepadamu. Maafkan jika layananku xsetulus dan seikhlas engkau menjaga ku dr kecil, kadang kala akalku menguasai jiwa. Kami akui, kami redha.. sehinggalah Allah menjemputmu tahun lalu. walaupun perit, aku redha.. andailah jika aku boleh undur waktu utk menyakinkan keluarga membawamu ke pakar psiko pada awalnya, adakah ibu boleh di rawat? Persoalan ini di ulang2 dalam otakku sampai hari ni ibu..

Ada menyatakan ini penyakit keturunan krn arwah nenek(ibu kpd ibuku) juga sakit seakan ini. Ibu juga pernah meroyan sekejap tapi sembuh setelah dirawat cara kampung(masa itu umurku dlm 4 atau 5 tahun). Oleh itu, aku lebih percaya ibu ada masalah berkaitan mental bbanding tsampuk jin ke apa.. bukanlah menidakkan alam ghaib dan berkaitan.

Jadi apa yang aku ingin sampaikan disini hasil kisah ibu ku ini adalah tolonglah sama-sama ubah tangapan kita terhadap penyakit mental malahan pesakit mental itu sendiri. Betapa sakit hati ini, bila ada orang memangil ibu ku gila. Malahan keluar dari mulut2 saudara terdekat. Tidak kurang yang membuat lawak bodoh. Jagalah perasaan dan sensitiviti keluarga yang terkena musibah ini. Stop be annoying.. luka di hati itu tak ada ubatnya.. tidak kurang juga mulut2 yang bawa mulut ibu ku belah saka la, amal ilmu tak baiklah.. Allah, Allah, Allah berdarah telingga mendengarnya..

IBU KU SAKiT BUKAN GILA!! Terlalu banyak hati ini telah terhiris tapi pesan ibu jangan berdemdam dan maafkan orang menjadi ikutan hingga kini. Mungkin juga penyakit ibu itu penguji kepada kesabaran kami. Moga Allah ampunkan dosa2 ibu dan letakkan ibu tempat selayaknya dan ampunkan juga dosa anakmu ini ibu.. kita pasti berjumpa nanti! Terima kasih lahirkan Naa(hari ni hari jadiku).. try not cry.

Always love u, Naa…

– Naa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit