Ibu Yang Tertekan

Ibu Yang Tertekan

Assalamualaikum semua, saya Fara ibu anak dua. Dua2 masih lg kecil dgn jarak setahun lebih. Saya bekerja disebuah syarikat swasta di Utara dan hantar anak2 ke pengasuh. Saya terlalu banyak nak diluahkan sampai dah tidak terluah dan tidak pasti siapa yang paling tepat untuk diluahkan. Tetapi saya risau kalau saya tidak luahkan saya akan mengambil tindakan yang tidak diingini pada diri sendiri ataupun akan jatuh sakit satu hari nanti.

Saya terlalu sibuk menguruskan anak dan rumahtangga sampaikan saya kurang rehat dan kurang tidur. Tambahan pula dengan keadaan tempat kerja yang sentiasa banyak kerja dan boss yang terlalu menekan saya untuk buat lebih baik, tunjuk yang terbaik dan kurangkn buat salah.

Kerja saya melibatkan keluar masuk barang jadi saya ada banyak deadline pada satu2 masa. Setiap kali time bekerja saya akan bekerja sampai terskip jadual pam saya, terkejar kejar, tidak sempat makan dan even pergi toilet pun. Pengasuh anak saya akan caj lebih masa kalau saya lambat jadi saya akan korbankan kebanyakan masa rehat saya utk buat kerja yang banyak supaya tidak perlu OT.

Ini membuatkan saya lagi tertekan sebab boss mengharapkn saya mampu buat lebih banyak, belajar lebih banyak dan saya rasa dia tidak suka bila saya bergegas nak balik sebab dia akan masam muka dengan saya.

Akibat saya selalu nak cepat saya akan terbuat salah dan dimarahi. Saya tidak pasti apa perlu dilakukan kerana saya tidak mahu dilabel manja atau tidak pandai buat kerja tetapi pada masa yang sama saya rasa macam saya overloaded. Bagaimana kita nak pastikan dimanakah perbezaannya antara kemampuan diri ataupun manjakan diri sebab saya rasa kerja saya terlalu banyak sampai kena selalu OT baru boleh siap dan mahir tetapi masih boss layan seperti kerja saya terlalu senang dan dalam kemampuan saya.

Saya cuba untuk tidak bawa perasaan stress saya ke rumah tetapi tidak mampu. Saya akan asyik terfikir walaupun sedang sibuk uruskan rumahtangga. Suami seperti tidak faham apa yang saya sedang lalui malah bila saya minta tolong dia akan tangguh tangguhkan dan marah saya kerana bebelkan dia.

Saya tiada siapa untuk luahkan perasaan tertekan saya dan tiada masa untuk menanganinya. Adakalanya saya rasa seperti mahu mencederakan diri sendiri kerana terlalu tertekan tetapi saya masih fikirkan anak2 saya.

Saya harap dengan perkongsian saya akan ada lebih ramai perkongsian dari ibu2 Dan bapa2 yang berkarier mengenai bagaimana kita boleh mengatasi perasaan stress atau bagaimana mahu uruskan rumahtangga dengan lebih berkesan atau sekurang kurangnya bagaimana mahu berkomunikasi dengan suami dengan lebih berkesan agar dia lebih memahami keadaan kita kerana saya yakin, bukan saya seorang sahaja yang mengalami keadaan ini.

Sekian, akhirnya saya dapat mengumpulkan segala kekuatan untuk meluahkan secara anonymous. Minta komen yang murni2 sahaja ya, agar bukan sahaja boleh dimanfaatkan oleh saya, dapat juga dimanfaatkan oleh ibu2 bekerjaya diluar Sana. Terima kasih.

– Fara (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit