Ikhtiar Hamil

Assalamualaikum..

Terimah kasih kepada admin, sekiranya perkongsian ini disiarkan..Hari ini adalah hari paling sedih dalam hidup saya, selepas mendapat tahu, saya adalah pesakit yang mengidap Polycystic Ovary Syndrome (PCOS). Saya telah berkahwin hampir 6 tahun. Masih belum dikurniakan rezeki zuriat. Pertengahan tahun ni, saya tergerak untuk buat pemeriksaan suami isteri. Hasilnya adalah semalam, saya disahkan mengidap PCOS. Suami saya normal. Perasaan masa dapat tau, sejujurnya sedih. Sedih yang tidak tergambar. Rasa jauh sangat peluang dapatkan anak tu. Yela 6 tahun saya tunggu. Mesti ada yang tanya kenapa tak buat pemeriksaan dari awal. Sebelum kawen memang saya tgh sambung belaja secara separuh masa. Jadi masa tengah belajar tu, kurang fikir bab anak. Sebab sibuk dengan kelas on weekend dan bekerja. Kami tidak merancang, tapi memang tiada rezeki. Habis belaja tahun lepas, mula perasaan sunyi tu datang..bila weekend, duk rumah rasa sunyi. Jadi saya putuskan untuk buat pemeriksaan bersama suami. Hasilnya saya mengidap PCOS. (Google untuk tau lebih lanjut berkenaan PCOS)

Saya tahu 6 tahun bukanla tempoh yang lama bagi pasangan yang menunggu zuriat. Kat luar sana, ada
yang lebih daripada 10 tahun. Saya mohon kekuatan otai2 semua… doakan saya kuat seperti anda semua.

Suami tak la push untuk dapatkan anak, dia very positif dan supportif. Selalu dia cakap, anak tu urusan Allah. Kalau Allah tu nak hadirkan zuriat, dalam keadaan apa, bagaimana dan bila Allah akan hadirkan tanpa lewat dan awal sesaat pon. Namun naluri seorang wanita dan isteri, siapa tak nak suami dia zuriat kan. Saya sedih, tapi yakin dengan perancangan ALLAH. Maksudnya, saya tau saya ada PCOS, jd saya akan usaha nak rawat. Sekiranya saya dah berusaha sehabisnya, namun masih tiada rezeki saya Redha.

Doktor bagi saya pilihan untuk teruskan dengan IUI atau turunkan berat badan dan rawat secara normal. Saya pilih untuk turunkan berat badan dahulu, tapi doktor pakar cadangkan teruskan dengan Timed Sexual Intercourse (TSI) komit dengan ubat Clomid dalam masa yang sama kena komitmen turunkan berat badan. Sekiranya gagal dengan TSI, proceed dengan IUI dan seterusnya IVF. Saya setuju dengan apa yang doktor pakar cadangkan.

Saya yakin, ramai diluar sana yang mengidap PCOS. Oleh itu, dengan rendah diri saya mohon pandangan dan nasihat daripada pengidap PCOS, bekas pengidap PCOS, pengamal perubatan dan juga dari dietation:

1- Dari segi corak pemakanan yang diambil untuk turunkan berat badan. (Resepi, cara diet)
2- Usaha-usaha yang diambil oleh pengidap PCOS untuk hamil dan berjaya hamil.
3- Makanan yang boleh diambil (digalakkan) dan tidak boleh ambil (tidak digalakkan)
4- Amalan-amalan dari segi spritual yang dilaksanakan untuk hamil, termasuk doa-doa dan surah-surah yang lazim diamalkan.

Akhir kata, segala ilmu yang dikongsi nanti saya mohon dihalalkan. Segala jasa baik anda semua hanya Allah yang dapat balas. Doakan saya untuk tabah dalam ikhtiar hamil ni. Semoga Allah merahmati anda sekalian.

Assalamualaikum.

Yang menanti,
Isteri menanti zuriat

– Isteri menanti zuriat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit