Ilmu Yang Tak Diguna

Ilmu Yang Tak Diguna

Hi semua.. korang pernah tak terfikir sesuatu tapi korang pon tak tau mana nak cari jawapan untuk soalan korang tu.. Tadi aku terfikir asal usul Melayu kat Malaysia ni sebab aku baru tengok satu video kat youtube ni : https://youtu.be/9GH1_h0AZD4 tau korang boleh cari dekat youtube Malay Origin – Melayu : Dari Mana?.

So dalam video tu dia cerita yang Melayu Malaysia ni bukanlah dikire pendatang dari Indonesia macam yang orang selalu cakap tu. Kire kalau diikutkan memang Melayu merupakan penduduk asal Tanah Melayu.
Video tu lame tapi memang penuh dengan ilmu2 baru yang kita sendiri tak terfikir. Berdasarkan kajian dan bukti2 artifak ye bukan sukati buat andaian. Kalau berminat boleh tengok.

Tapi lepas tu aku terfikir, macam mana dengan orang asli? tapi aku tak ade jawapan untuk soalan tu. Mungkin ade dalam video tu dan aku ade andaian aku, tapi biarlah aku simpan seorang sebab tak tau betul ke tak. Korang pernah tak terfikir, berapa banyak graduan universiti2 di Malaysia ni, dengan master dan phd tapi jarang kite tengok penemuan2 sejarah atau cerite2 sejarah lama Tanah Melayu ni dikeluarkan dalam bentuk video ke atau di viralkan ke. Tak habis2 cerite yang merepek2 nak viralkan.

Takkan tak ade pelajar2 Malaysia yang tak reti buat video. Dan aku sendiri ade kawan yang major Sejarah dan sampai sekarang tak dapat kerja dalam bidang dia. Ape kate buat youtube channel dan ceritekan sejarah2 yang kau tahu. Tak semestinya kene tunjuk muka, ade suara dan gambar2 macam video akü bagi tu pon bagus. Walaupon aku selalu nganga time dia cerite, dia kalau cerite satu jam pon kau boleh excited nak tau ape jadi. Bukan sejarah je, aku rasa banyak lagi ilmu2 yang mati macam tu saje sebab orang yang tau ilmu tu mati tau pergi tanpa sempat sebarkan ilmu tu. Rugi sangat.

Kelakar, yang pandai malu nak buat video tapi yang bodoh beriya2 buat video dengan muka hodoh. Jadi cadangan aku, kalau ade pensyarah2 atau ahli ilmu yang bace confession ni boleh la buat assignment atau sesuatu penemuan tu dalam video dan letakkan kat youtube supaya tak hilang even 30 tahun akan datang. Dunia dah maju, tak rasa banyak anak muda nak beli buku sejarah atau bace thesis korang. Sayang kalau ilmu tu hilang macam tu saje, nanti dekat video boleh letak reference jadi kalau ade yang berminat nak bace atau buat kajian lebih boleh refer jugak pada korang punya buku atau thesis.

Bukan sejarah je, yang terel math atau add math dan ade trick2 baru boleh buat video/post dan letak kt facebook ke, biar ilmu tu sampai kat pelajar2 lain. Lagi2 yang sekolah asrama/ MRSM. Korang dapat trick2 untuk lagi senang nak jawab add math kan. Dulu kalau sekolah akü tak dapat invite bengkel ke sekolah sains, sampai ke sudah fail add math aku. Sayang kalau yang belajar pon tak praktikkan ilmu yang ade. Dan aku suka sangat bile iium combine ilmu2 baik contohnye macam yang berniaga kat IG dan peninggalan arwah tu. Aku cume harap ilmu2 yang kita ade kita boleh share supaya ilmu tu tak mati.

Ok tu saja, bye!!!!!!

– Delilah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit