Incest

Apa aku kongsi ni adalah satu cerita yang aku harap para pembaca boleh bagi cadangan atau pandang cara untuk selesaikan masalah. Sebelum aku mulakan cerita, aku sebenarnya non-muslim. Tapi untuk penulisan dalam bahasa Melayu aku harap tak ada masalah untuk orang lain faham.

Umur aku 15 tahun mak aku kahwin lagi sekali. Setelah sekian lama menjada. Ayah tiri aku ini ada seorang anak perempuan yang umurnya beza 5 tahun dari aku. Ayah tiri aku baik, akak tiri aku pun baik. Lemah lembut, penyayang dan agak pemalu sedikit.

Hubungan kami sekeluarga memang tak jadi masalah. Semua okay tak ada gaduh sebab ini mak tiri ini ayah tiri dan lain-lain. Ayah dan Mak aku ini sibuk selalu baik lewat malam. Jadi setiap hari akak aku yang jaga makan aku kerja sekolah dan semua hal aku. Tempat akak aku belajar pun cuma 20 minit ulang alik.

Jadi selama aku membesar dari umur 15 tahun sampai aku habis spm dan sambung belajar. Akak aku yang jaga aku. Aku sayang akak aku, sayang sebagai seorang akak. Sampai lah ayah dan mak aku terpaksa buat kerja dekat sabah dan terpaksa tinggalkan kami berdua dekat rumah. Akak aku cakap dia tak ada masalah dia boleh jaga aku. Aku pun tak ada masalah dengan akak aku. Jadi kami duduk berdua. Akak aku ni dia berkerja sebagai dekat satu syarikat graphic designer. Umur aku waktu tu 19 jadi aku sambung belajar semua akak aku hantar.

Hal kewangan tak jadi masalah setiap minggu memang mak dan ayah aku masukkan. Jadi aku membesar untuk beberapa tahun akak aku yang jaga. Aku pun habis degree, dan mula cari kerja. Akak aku masih belum berkahwin lagi waktu itu. Jadi memang kami tinggal berdua dekat rumah.

Sampai satu hari aku rasa macam akak aku terlampau aggresive. Aggressive yang aku maksudkan dia suka cium aku. Awal tu aku tak rasa apa. Waktu sekolah dulu pun akak aku selalu cium dulu sebelum pergi sekolah. Tapi hal tu makin melarat. Sebelumnya setakat pipi tapi sampai melebih ke bibir dan ada juga hampir ke seks yang sebenar. Aku terperanjat takut pun ada. Aku terang dengan akak aku benda ni salah.

Tapi dia asyik cakap dia sayang aku lebih dari seorang adik. Aku terkejut, aku bagitahu yang aku sayang akak aku sebagai seorang kakak. Dia asyik cakap yang kami ini tak ada pertalian darah jadi buat perkara lebih dari itu tak ada masalah. Tapi bagi aku itu masalah besar. Walaupun tak ada pertalian darah aku masih rasakan yang perkara tersebut adalah Incest. Lepas kejadian tu aku cuba berjauh dari akak aku seminggu dua. Dan siap cakap aku ada girlfriend. Tapi dia ugut aku, katanya kalau aku ada perempuan lain dia akan bunuh diri.

Sampai sekarang aku tak tahu nak buat apa. Nak kasi tahu mak ayah aku tak reti. Jadi akak aku makin hari dia makin aggresive. Aku nak pindah rumah tapi aku takut akak aku buat hal bunuh diri. Bukan setakat dekat rumah. Kadang tu ada macam-macam gambar dia hantar dekat aku. Aku dah terang dekat dia benda ni salah dan aku sarankan cari kekasih yang betul dia suka. Tapi dia asyik ulang yang dia sayang aku, cinta aku. Aku pun sayang dan cinta akak aku. Tapi sekadar hubungan adik dan kakak.

Tapi bila dah jadi macam ni. Rasa confuse pun ada. Padahal akak aku ni baik penyayang dan pemalu. Jadi aku bingung dia sekarang macam ni. Jadi aku harap ada cadangan bernas dari kalian. Terima kasih

– Kevin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *