Indahnya Cinta

Assalamualaikum..

Terima kasih iium confession kerana menyiarkan confession ini. Saya seorang perempuan 30-an, sudah berkahwin dan mempunyai anak. Saya perempuan biasa saja, tapi sejak remaja saya sangat menjaga diri, pemakaian dan pergaulan dengan lelaki. Sebab apa? Saya percaya lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Jadi wajiblah saya menjadi baik dulu supaya Allah bagi pasangan yang baik juga. Pada pendapat sayalah.

Tapi zaman remaja, adalah juga saya terbabas berkawan dengan lelaki. Tetapi saya hanya setakat bermesej dan bercakap telefon, berjumpa tidak pernah kerana saya risau saya sendiri tak dapat kawal diri dari berbuat bukan2. Ya, jangan menghampiri zina. Larangan ni sangat benar sebab kita ni manusia yang lemah, lebih2 lagi remaja, keseronokan tu akan buatkan kita lupa mana yang salah dan yang betul. Jadi awal2 lagi jauhkan dari perkara tu. Saya pun hampir terbabas juga, kerana bercakap telefon lelaki dan perempuan tanpa tujuan penting sungguh tidak dibenarkan. Tahu x agama sebenarnya sangat menjaga kita, kita je yang tak tahu atau xnak ikut. Bila kita pilih untuk membutakan hati dari agama, maka adalah akibat dari tindakan kita itu.

Ketika itu ada seorang lelaki yang meminati saya. Saya waktu itu agak lurus bendul, saya namakan lelaki ini sebagai fairuz. Fairuz saban malam menelefon saya, bertanya khabar, kami berbual biasa saja. Fairuz adalah anak kenalan ayah saya jadi keluarga kami mengenali satu sama lain. Saya waktu itu seronok juga, fitrah perempuan seronok menjadi perhatian dan disayangi. Layan saja panggilannya tiap malam, ya dia banyak mengingatkan dan menyebut tentang agama, klise sungguh saya rasa, di akhirnya saya mula berasa tak sedap hati dan tertanya2 adalah apa yang saya lakukan ini betul di sisi agama? Dengan melayan perbualan lelaki, konon2 cinta islamik, tapi melalui cara yang salah. Rasanya perbualan yang sia2, di tengah malam, entah apa yang dibualkan, semua tidak ada faedah langsung, lagi pula saya masih muda waktu itu, belasan tahun, belum pun ada niat untuk berkahwin..Dengan ilmu agama yang cetek, saya hampir terpengaruh dengannya namun saya bersyukur saya memilih untuk menghentikan itu semua. Saya berhenti menerima panggilan, saya berhenti ambil tahu tentang dirinya. Saya berjanji dengan diri sendiri, saya hanya akan mengenali lelaki apabila saya dah bersedia untuk berumah tangga. Kerana saya percaya, untuk mendapat yang terbaik, kita kena mengikut jalan agama yang betul. Dan berkawan dengan lelaki tanpa tujuan kerja atau sekadar suka2, adalah salah di sisi agama. Apatah lagi bercouple dan berseronok2..Perit untuk diterima hati yang muda, tapi itu yang Tuhan arahkan, kita mahu ikut atau tolak, ada balasan yang dijanjikan.

Maka bertahun saya berpegang pada prinsip itu, walaupun ramai lelaki cuba masuk jarum tapi saya sangat yakin, Allah takkan sia2kan usaha saya yang menjaga agamaNya. Saya akui tidak mudah langsung, sebab saya pun remaja, kadang terasa sunyi, kadang mahu diberi perhatian, lelaki ni mulut manis dan sedap didengar, seronok berkawan berlainan jantina ni tapi yang seronok itulah dosa.

Fast forward, banyak juga ujian yang saya hadapi, saya menyimpan perasaan pada seorang lelaki, tetapi cinta saya ditolak, saya juga pernah bertunang atas dasar keluarga, tapi putus kerana tiada persefahaman. Maka apa lagi yang saya harapkan? Saya cuma manusia lemah, saya sepatutnya berputus asa tetapi saya masih yakin ada bahagia yang Allah janjikan kerana menjaga agamaNya.

Waktu itu saya memang sudah bersedia untuk berumah tangga, saya berasa sangat sunyi, saya kematian ibu dan tempat bermanja, saya rasa sangat sedih, abang dan kakak semua sudah berkahwin dan sibuk dengan urusan masing2..saya anak bongsu jadi saya berasa sangat sunyi.

Apa yang patut saya lakukan? Saya masih berharap pada rahmat Allah. Ketika putus tunang, saya sudah berhenti berharap tapi baiknya Allah, Dia dah susun semua ujian itu untuk saya, dan ketika sampai masanya, Dia hadiahkan saya hadiah yang cukup bernilai.

Dia datangkan seorang lelaki yang melengkapi semua ciri2 yang saya inginkan. Ya, hampir semua ada padanya. Hensem, tinggi, berwajah bersih, tidak gemuk dan tidak pula terlalu kurus, dan yang penting beragama. Lelaki itu, ya waktu dia mahu mengenali saya, sungguh saya katakan pada dia, “kalau betul ikhlas, jumpalah ayah saya” kerana saya mahu menguji, dan sungguh, dia sangat berani datang seorang diri bertemu ayah saya di rumah tanpa saya ada bersama. Dan itu berlaku dalam baru beberapa minggu perkenalan kami. Saya tak tipu, ini kisah benar berlaku pada saya, saya pun xsangka masih wujud lelaki begini di zaman ini, dan saya percaya masih ada, ya masih ada lelaki yang juga menjaga agama di luar sana.

Dan dengan restu keluarga, kami bertunang. Semuanya dipermudahkan. Dalam tempoh bertunang, hanya 2, 3 kali kami bertemu dengan ditemani adik lelaki saya untuk urusan pernikahan. Saya dan dia kenal sekejap saja, perantaraan kami cuma melalui fb untuk urusan penting. Tiada langsung madah2 rindu pujangga, saya sangat gembira dia tidak cuba ambil hati saya dengan ayat2 tipikal lelaki yang terkenal dengan “mulut manis”, sebab saya tidak suka begitu. Dan dia juga tidak begitu. Bercakap telefon juga untuk urusan yang sangat penting saja.

Maka setelah beberapa bulan, kami pun diijabkabulkan. Sehingga kini usia perkahwinan kami sudah melangkaui 5 tahun, tahun2 itu juga penuh dengan ujian tetapi saya harus akui dia memang lelaki yang saya kagumi. Memang ada kekurangan padanya, namun dia seorang kaki masjid, sungguh setiap malam tidak pernah gagal ke masjid jika tiada halangan dan itu satu kesyukuran buat saya. Dia sangat suka mengikuti kelas agama, sanggup berpenat lelah untuk ke kelas agama walaupun dia masih sibuk dengan kerjayanya, alhamdulillah dia juga menyediakan hidup selesa untuk kami sekeluarga..saya benar2 kagum, kerana saya lihat dia bukan berpura2, 5 tahun adalah masa yang lama jika dia cuba berpura2 baik, tapi ya iman ada naik ada turun, tapi itulah dia lelaki yang Allah hadiahkan untuk saya. Dia benar2 menjalani kehidupan beragama, seperti yang saya pernah impikan. Ya, jalan kami masih jauh dan panjang, ada ujian2nya, tapi ya melihat kepada ujian yang pernah saya tempuhi di usia remaja dalam usaha menjaga agama, dan akhirnya Allah mengurniakan seseorang yang boleh saya syukuri, saya yakin sangat jika kita ikuti apa yang Allah suruh dan jauhi apa yang dilarangNya, maka kita akan diberi setimpal dengan usaha itu..doakan kami berjaya harung episod rumahtangga dan anak2 pula dan akhirnya dapat bersama di syurga pula, amiin.

Cuma pesanan saya untuk adik2 remaja, saya tahu zaman ini sungguh mengelirukan, kita tak tahu mana betul mana salah, kita lemah dengan ujian2 yang bermacam2..tapi ingatlah, Allah ada untuk kita. Ikut lah apa yang Dia suruh, x usah pertikaikan sebab apa yang Dia suruh ada sebab musabab yang kita tak boleh tafsir sendiri. Jagalah agama, jagalah diri kita. Ikut saja apa yang agama suruh jauhi apa yang agama larang, insyaAllah Allah akan menilai usaha kita itu. Kalau bukan di dunia pun, mungkin kita akan terkejut dengan pahala yang kita kumpul di akhirat sana.

Cuma, yakinlah dengan Allah.

– Hawa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit