Inilah Dunia

Inilah Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama kali aku menulis di ruangan ini. Baiklah terus sahaja kepada perkara yang aku nak kupas, dari perspektif aku sendiri. Aku sebenarnya memerlukan motivasi untuk aku menghadapai “THIS IS DUNIA”, jadi sesiapa yang nak menolong aku aku ucapkan terima kasih dan semoga berbahagia di dunia dan akhirat. Maafkan aku banyak pula membebel.

Berkisarkan tajuk THIS IS DUNIA, aku nak menceritakan kekecewaan aku setelah tamat pengajian. Untuk pengetahuan anda, aku baru sahaja menamatkan pengajian di salah sebuah universiti tempatan. Boleh dikatakan, alhamdulillah aku pass “with flying colors. Sudah semestinya, dengan keputusan yang agak baik ini membuatkan aku tidak sabar untuk mendapatkan pekerjaan. Malangnya, sedikit demi sedikit aku mula merasai kekecewaan kerana inilah dunia yang sebenar seperti yang dikatakan oleh para graduan. Masyaallah, the struggle is real. Sesungguhnya aku mula melalui apa yang pernah dilalui oleh para senior sebelum ini. Bayangkan, semuanya bergantung ke atas diri kita sendiri bagaimana untuk mendapatkan pekerjaan. Bagi sesetengah orang rezeki mereka mendapat pekerjaan dengan bantuan orang lain.

Aku merasa semakin down yang teramat. Aku menganggur tidak sampai 3 bulan, tapi aku dah merasa ketakutan. Apa aku nak kerja, bagaimana aku nak mendapatkan wang dan persoalan yang sama waktu dengannya. Aku runsing, apa patut aku lakukan untuk mencari wang. Oleh yang demikian, aku merasai pengalaman yang aku anggap aku takkan pernah lalui. Sesungguhnya, ujian ini dari sudut perspektif aku sendiri aku sangat down. Tapi mungkin bagi orang lain ini bukanlah perkara yang terlampau serius. Sebab semua orang menghadapi pelbagai ujian dan rintangan yang berbeza.

Jadi, sesiapa yang pernah menghadapi situasi STRUGGLE aku mohon supaya kalian mampu berkongsi cerita di ruangan komen. Sebab aku perlu nafas baru dan semangat baru untuk menghadapi DUNYA. Insyaallah, aku akan baca satu persatu.

– Flower

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit