Insan Lemah

Assalamualaikum semua, coretan ini hanya luahan hatiku yang tak dapat aku luahkan di muka bukuku, atau twitter hatta instagram sekalipun.

Aku berumur 27tahun, gajiku rm2200, anak ketiga, punya satu abang yg dah berkeluarga, kakak yg juga sudah bekeluarga, seorang ibu yg tidak berkerja dan berumur 56 tahun, ayahku meninggal dunia 3 tahun lalu dan seorang adik, 20 tahun, yang menghidapi sakit kanser.

Tahun ni, tahun ke-2 adikku hidup sebagai pesakit kanser, kimioterapi dan radio terapi telah dilalui, walaupun perit. Dan kini dia terlantar sakit. Dia tidak mampu bergerak sendiri. Aku dan ibuku lah yang menjaganya.

Bukan niat dihati nak merungut kerana membantu dia, bukan, sungguhku ikhlas menjaganya. Tapi aku tekanan sangat, tekanan atas faktor kewangan. DUIT BUKANLAH SEGALA-GALANYA, ceittt, ayat paling bangang yg pernah wujud di dunia!

Aku kini telah diberhentikan kerja kerana selalu cuti, aku cuti, bkn saja saja, tapi terpaksa. Kau bayangkan, adik aku lelaki, berat hampir 80kg, apalah sangat daya ibu tua utk mengangkat adikku ke toilet dan sebagainya, ditambah dgn keadaan kesihatan adik yg semakin merosot, bergerak sendiri pun dia tidak mampu. Aku lah yg terpaksa ambik cuti dan membantu ibuku.

Abang dan kakakku masing2 ada family sendiri, anak mereka kecik2 lagi, nak bantu dari segi tenaga, mereka masing2 duduk jauh nak bantu dr segi kewangan, tak mampu banyak, masing2 ada komitmen lain.

Aku pening sekarang sebab duit. Aku stress. Ubat ubatan dan suppliment adik aku Alhamdulillah dibantu oleh jabatan bertanggungjawab tapi tak cukup. Korang tahu, 1 tin susu kecik, khas utk org sakit berharga rm80, habis dalam masa 3 hari. 1 bulan berapa dah? Belum masuk ubat2 lain, pampers die lagi. Bil api dan sewa rumah, duit lagi. Untung air percuma. Belum masuk hutang ptptn aku, hutang kereta, duit takaful, ni nak bayar duit road tax lagi. Itu perihal hutang. Ni duit makan, duit minyak nak pergi ulang alik hospital lg. Pening sangat.

Aku cuba buat dropship, tapi tak berjaya. Nak cari part time dkt 7e, speedmart, mmg aku tak mampu. Malam pun aku tido pukul 4 pagi, siapa pernah jaga orang sakit tahulah macam mana rasa dia. Sekarang aku tengok ibuku pun kurang sihat, jarang nampak dia senyum. Lagi aku risau.

Ada yang suruh aku jual kereta, tidak lah, habis ulang alik hospital ke rumah, siapa nak bawa, bila ada kecemasan waktu malam mcm mana, komitmen kereta aku tak banyak, bulanan rm400 je. Ada yang suruh stop takaful, lagi lah aku taknak, takaful ni dh jd 1 keperluan, bukan kehendak. Cuba bayangkan, kalau aku pun dapat sakit mcm adik aku, siapa nak tanggung aku. Atleast, kalau ada takaful, dan kena sakit kanser, aku dapat cash RM50,000. Kurang beban dlm kepala otak ni nk bayar itu ini. Kalaulah adik aku ada takaful, mesti tak susah sangat mcm ni kan.

Buat pembaca, aku minta doakan yg baik2 untuk aku. Semoga adik aku sembuh. Aku dpt kerja baru dan ibuku makin sihat.

Ps: bukan niat nak merungut, tapi bila beban dalam hati dapat diluahkan, kurang sikit sakit kepala aku ini.

– Miss A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *