Insan Yang Gagal

Insan Yang Gagal

Hai

Aku perempuan yang belum berkahwin dan berumur nak cecah 30. Aku anak keempat dari tujuh orang adik beradik. Aku ada degree dari IPTA. Kalau umur aku dah nak cecah 30, korang boleh agak kan dah berapa tahun aku graduate.

Ceritanya macam ni, aku tak tahu kenapa aku rasa aku ni macam seorang manusia yang gagal dalam hidup aku sendiri. First, masa aku belajar sampai aku graduate beberapa tahun lepas. Aku ni bukan ‘dean list’ student yang dapat pointer gempak-gempak. Pointer aku setiap sem, cukup-cukup makan je. Kadang-kadang tak cukup. ada 2-3 paper yang aku repeat haha. ok kegagalan pertama dalam hidup aku. Tapi Alhamdulillah aku berjaya menghabiskan degree tepat pada masanya. tak de lah LOSER sangat kan?

siri kegagalan aku yang kedua bila aku nak masuk alam pekerjaan. masa aku tengah tunggu result, Alhamdulillah rezeki aku dapat kerja awal. Mesti korang nak kata tak de lah gagal kalau belum keluar result dah boleh dapat kerja kan? yang tu aku tak nafikan. tapi, aku masa tu kerja kerani cabuk je. ganti orang bersalin. ada lah kontrak 4bulan. bab gaji korang paham jelah. RM1000 je weh. aku pulak ulang-alik dari rumah ayah aku ke tempat kerja. hadap jammed, tol dan minyak yang masa tu kalau naik terus 30sen seliter. perit weh! PERIT!! nak menyewa? aku kerja kat Bangsar sana. ko rasa? lagipun adik-adik aku sekolah lagi. nak kena pantau kerja sekolah lah apa lah. so, aku decided untuk duduk je ngan mak ayah aku.

Lepas 4 bulan aku habis kontrak kerja tu, aku dapat kerja lain. Jawatan kemain lagi ‘Pegawai Khas’. tapi gaji aku sama macam aku kerja kerani tu. yang paling aku rasa penat, aku kena kerja lebih masa. kadang sampai tengah malam. bayang la 2-3pagi aku baru sampai rumah. pastu weekend ke public holiday ke, aku membontot je kena ikut bos aku ke mana-mana. banyak kali gak aku cakap kat bos aku, aku nak resign. setiap kali tu juga lah gaji aku naik. haha. tapi naik takat RM50 or RM100. total sampai aku resign kerja ni, gaji aku tak cecah RM2000 pun. so after 2years aku berhenti.

lepas aku berhenti, macam-macam tempat aku kerja. Company Oil & Gas la, construction, property, hypermarket macam2 la dalam setahun dua tu. ada yang aku berhenti sebab aku habis kontrak, sebab bos miang nak mampus (kalah Dato Red), sebab mak aku tak suka. macam-macam lah. mesti korang nak kata aku ni jenis yang tak bersyukur lah, memilih kerja la ape la kan? hahaha. kalau aku memilih kerja, aku tak delah kerja kerani gaji RM1000. untuk pengetahuan korang, aku pernah meniaga jual kuih tepi jalan, kerja promoter pasaraya and aku pernah jadi driver kot. haha. and semua kerja yang aku pernah kerja ni, gaji paling tinggi aku dapat RM2200.

sekarang ni aku dah ada kerja tetap dah. almost 3tahun aku kerja sini. Aku tak nak complain banyak sangat sebab aku pernah dengar kat Sepahtu Sinar dia cakap, “bersyukur lah kita masih mempunyai kerja kalau nak banding dengan orang yang masih mencari kerja”. aku insaf weh. tapi aku masih mencari2 kerja yang tawarkan gaji yang lebih tinggi. mana tahu rezeki aku kan? gaji aku kat sini, paling tinggi yang aku pernah dapat kalau nak banding kerja2 yang sebelum ni. RM2500. hahahaha. Alhamdulillah rezeki aku. aku cuba hadam sebab aku faham course aku ambil masa degree ni dulu melayakkan aku kerja bahagian pentadbiran je. mengikut pengalaman aku sebagai job seeker ni, setakat eksekutif pentadbiran ni memang tak boleh nak demand gaji tinggi mana. so, pasrah je la. so, aku decided untuk sambung buat master. insyallah, tahun depan aku habis master. doa2 kan lah aku dapat kerja yang bagus ya? Amin. terima kasih in advance. haha

babak kegagalan hidup aku ni diteruskan bila dengan gaji RM2500, aku terikat dengan komitmen2 yang menyesakkan hidup aku. termasuklah hutang PTPTN, insurans, kereta dan lain-lain. jangan gatal2 nak suruh aku naik public transport pergi kerja. rumah aku kat ceruk pendalaman sana. jangan kata grab/uber, bas tak ada aircond pun tak masuk sana. so, kereta tu keperluan aku and aku terpaksa pinjam abang aku punya dengan syarat aku bayar bulan-bulan. bila aku dah bayar itu ini semua, gaji aku tinggal cukup-cukup untuk isi minyak, tol, duit belanja sekolah adik aku & makan. sebaik aku ni bukan jenis suka makan kat luar. selalu aku bawak bekal siap-siap dari rumah. sebulan aku mampu bagi mak ayah aku RM50 je. paling mewah pun RM100. hahaha. kesian weh mak ayah aku. dah lah da tua, tak kerja. pencen pun tak ada. adik-beradik aku yang dah kerja pun hulur gak. tapi lebih kurang aku je kot (aku tak pernah tanya mak ayah aku). tapi mak ayah aku yang tua tu terpaksa meniaga untuk menampung belanja dorang. sedih weh aku rasa. gagal gile aku jadi anak dorang. tak mampu bagi kesenangan kat dorang. aku kalau tengok kawan2 aku post kat fb bawak mak ayah pergi Makkah la, beli kereta, bawak makan restoran mahal dan apa2 lagi lah. aku rasa LOSER yang teramat. aku selalu fikir bila lah mak ayah aku nak merasa semua tu dari aku.

ada sekali tu ayah aku sakit. pastu dia nak gi klinik. masa tu tengah2 bulan. so, aku bawak la pergi klinik kerajaan kat kawasan rumah tu. korang paham je lah klinik kerajaan ni dia punya beratuq dia lama gila. kesian ayah aku kena tunggu lama2. dah la dia tengah sakit. kalau aku ada duit, aku dah bawak pergi klinik swasta. bukan aku nak kata klinik swasta tu bagus. tapi atleast ayah aku tak payah tunggu lama-lama.

dan kegagalan aku yang terakhir adalah aku masih bujang. hahahaha. ya aku paham jodoh tu kat tangan Tuhan. kena usaha. kalau tanya usaha aku bab jodoh ni, aku sampai join group cari jodoh uia tu kot. kahkah. ada juga aku pernah ajak kawan aku ni kahwin tapi kena reject. kurang asam betul! umur baya aku ni memang ada lah rasa terkilan bila tengok kawan-kawan duduk sembang pasal anak. aku ni duduk guling2 dengan anak2 kucing aku je lah. tapi, bila fikir kewangan aku yang macam ni, macam mana aku nak kahwin weh. nak kumpul duit kahwin pun aku rapuh (jangan sampai aku nyanyi lagu Opick). haha. cuma sis ta kuadd bila mak tanya bila aku nak kahwin. sabar lah makkkk. sampai jodoh nanti kite kahwin la.

– Ayu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments