Insan Yang Terpilih

Insan Yang Terpilih

Assalam warga iiumc dan pembaca semuanya. Harap confession aku tersiar. Kalau tak kau baca la sorang-sorang encik admin haha

Ok nama aku N, umur mid-20s la senang cerita. Yang aku nak cerita kat sini memang la pasal aku tapi rasanya dalam mana-mana family pun ada situasi macam ni kot.

Dalam adik beradik korang, ada tak yang Allah pilih untuk jadi the one yang duduk dengan parents korang? And adik/kakak/abg korang yg ni memang tak bekerja sebab nak jaga mak ayah korang.

Ya tu situasi aku. No aku bukan nak merungut kat sini. Aku bersyukur sebab dalam ramai-ramai adik beradik, Allah lorongkan aku untuk jadi anak yang stay dengan parents dan tolong dorg mana yang perlu.

Aku pernah kerja tapi dah berhenti. Sebab parents aku cakap kerja macam kuli tapi gaji ciput camtu sajorr baik kau duduk rumah tolong mak lol okay so aku berhenti la. Solehah sangat dengar cakap parents haha k

Parents aku bukanla sakit or bed-ridden or perlukan penjagaan rapi (umur lebih kurang 60+) tapi the thing is, aku perasan yang parents aku ni sunyi sangat bila anak-anak semua takde kat rumah. Sebelum ni kitorang semua duduk hostel time belajar jadi mmang pernah parents aku bertahun2 duduk 2 orang je kat rumah. Nenek aku pon recently parents aku bawak sekali duduk kat rumah ni sama. And kau tahula jaga org tua susah dia macam mana…… k yang tu takyah cerita la kau bayangkan je la sendiri.nenek aku dah nyanyuk and kuat marah plus membebel payah nak stop. The rest is history haha

So aku duduk rumah n aku memang ikhlas la tolong mak aku. Bawak dia g pasar time ayah aku kerja, bawak dia g shopping kalau ada masa. Anak-anak yg lain semua kerja kt negeri lain so aku je la yang ada. Honestly aku happy bila aku dpt tolong2 mak ayah aku. Kadang mak aku cakap camni. “Kau ada kat rumah ni, mak ada kawan berborak. Kalau tak sunyi je taktau nak cakap dgn siapa bila ayah kau kerja”. Kadang mak aku stress jaga nenek aku (yang tinggal dgn kitorg ni mak mertua dia) dia luah la kat aku sebab geram sangat. Aku layankan aje padahal aku pon duduk dlm rumah ni n aku bersyukur sebab mak aku at least boleh lepaskan stress dia bcakap dgn aku. Kalau dia pendam sorang2 kang silap2 pengsan pulak sebab marah sangat (ye, kalau nenek kau jenis yg camni kau akan paham sgt) huhu

Senang cerita aku memang tak kisah yang aku tpaksa hold dulu niat nak cari kerja apetah lagi nak apply kerja kat negeri lain. Parents punya pasal, aku ketepikan je apa2 desire nak ada gaji sendiri ke nak beli rumah ke kereta ke baju ke etc etc. Awal puasa haritu bapak aku cakap camni time sahur “nasib kau ade kat rumah kak, takdela sunyiii je bulan puasa. Dulu time korng semua tgh belajar, mak kau ckp anak ramai tapi sunyi sangat puasa dua orang je dgn ayah”. Aku time tu mcm nak menitik dah la air mata weh. Rasa bsalah pulak huhu

Tapi dalam aku dok tak kisah sebab takde kerja tetap macam kawan2 lain, kadang2 ade je mulut yang btanya apsal tak kerja. Ni zaman ekonomi gawat ni kenapa berhenti. Kerja je apa2 yang penting ada duit sendiri.

(Aku buat online business…..xkan tu pon nak heboh kat makcik2 or semua orang yg tanya soalan di atas kan)

Kadang tu even adik beradik aku sendiri tanya taknak cari kerja ke. Weh. Kau tak tahu apa yang aku hadap kat rumah. Tengok mak aku happy (dia ckp dy suka aku dah berhenti krja haritu) kau rasa aku sampai hati ke nak keluar bkerja lagi. Ayah aku bagi elaun tiap2 bulan. Aku tak mintak sebab honestly takde apa yang aku nak beli sgt pun. Orang lain kerja cri duit sendiri sebab dorg nak beli itu ini nak makan tempat ade class sikit dan sebagainya, tak kisahla. Sejak aku bhenti kerja tu aku memang dah buang jauh2 keinginan nak beli apa2 yang mahal sebab aku pun tau aku dah xde pendapatan sendiri.

Tapi kadang2 ada yang cakap aku malas sebab saja taknak cark kerja. Fuh. Seriously aku tak pernah rasa ‘duit sendiri’ tu penting sgt sampai aku perlu biar mak ayah aku sedih anak semua duduk jauh. Dorg sunyi, dorg dah 60+ umur, adik beradik aku 3 orang dah kerja n cuma tinggal adik aku still study kat kolej. Salah aku ke kalau aku nak teman dorg dulu before fikirkan masa depan aku ke apa. Umur mak aku dah macam tu, apa salahnya aku tolong dia basuh baju,masak,basuh pinggan kemas rumah,teman dia pergi hospital, teman beli brg kat pasar, mandikan nenek aku etc ? Aku tak mintak orang puji cakap aku baik ke apa. Aku happy buat semua tu untuk parents aku tapi orang cuma nampak the fact yg aku tak bkerja. Sedih wei.

Lastly aku cuma nak pesan kalau korang ada adik beradik yang sama mcm aku (penganggur, duduk rumah dgn parents) kau jangan la anggap dia pemalas or menyusahkan parents. Boleh jadi dia tolong isi kekosongan yang kau tinggalkan sebab kau kerja kat tempat lain n jarang balik. Boleh jadi dia yang layan mak ayah kau berborak sebab kau busy tak sempat nak telefon parents selalu. Boleh jadi dia sentiasa doakan kau tak putus rezeki supaya boleh selalu balik kampung jenguk parents kau yang dah tua.

Also, sekali sekala kau cakap la terima kasih sebab dorang sanggup spend masa dorg jaga mak ayah even dorg pun mungkin teringin nak ada gaji sendiri, teringin nak berdikari macam korang. Kau mungkin byk duit boleh hulur kat mak ayah tapi that one sibling cuma ada masa dan tenaga je untuk balas jasa mak ayah korang. Salah ke dia bkorban zaman muda dia untuk tolong mak ayah korang?

– N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments