Introvert Ke?

Introvert Ke?

Assalamualaikum.
Hai semuaaaaaa. Terbanyak pulak a nya. Aku Aaulia, berumur 24 tahun dan aku perempuan. Sebelum ni aku pernah hantar confession tentang aku yang baru kenal mana kawan tetap, mana kawan yang pergi oh begitu saja. So no, aku nak sambung confession tu dengan life aku sekarang.

Introvert ke aku? Itu soalan yang sering bermain di benak fikiranku. Introvert tu apa? Ok. Ssalah satu maksud introvert ni nak bagi senang faham. Orang yang introvert ni, dia bukan tak boleh masuk dalam crowd yang ramai. Boleh je. Tapi tenaga dia akan cepat habis bila berada dalam crowd yang ramai ni even sebenarnya dia tak buat apa pun, sekadar duduk gitu je. Macam bateri yang bila kita guna dan guna kan kuasa bateri tu akan cepat habis. macam tu lah turunnya tenaga orang introvert ni bila dalam crowd yang ramai. Introvert people dia akan recharge semula tenaga dia dengan meluangkan masa dengan diri dia saja. Contohnya keluar sensorang beli barang ke, jalan-jalan ke. haaa. Gitu.

Ok. Berbalik pada yang aku nak cerita. Aku belajar di satu IPTA sekarag ni. Aku masuk belajar lambat atas sebab-sebab yang tertentu. So nak dijadikan cerita, aku pernah ada satu kumpulan macam geng la. Rapat. Memang rapat. Semua benda buat sekali. Belajar sekali. Makan sekali. Pergi mana-mana sekali. Tapi haa. Ni bermulanya, masa sem sebelum sem akhir. dah mula nampak dorang kurang mencari aku. Dah makin renggang. Dan aku fikir, mungkin sebab masing-masing jauh kot. Tak baik bersangka buruk dengan orang kan.

Sekarang bermula pulak masuk sem akhir. Ok. Lagi clear and jelas apa diorang buat. Diorang keluar sesama diorang je. Aku kiranya dibuang geng lah. Atas sebab apa tak tau. Haha. Oh ya. Mesti ada kata, kenapa tak tanya dorang apa salah. Aku pernah tanya. Lupa nak cakap dorang umur 21. Berbalik pada yang aku tanya tadi. Jawapan diorang kenapa tak aku je datang cari dorang. Bila dorang duduk sekali datang lah join. Tak kan dorang nak kena panggil. Dan aku terima. Mungkin betul. Tu salah aku. Aku kena terima lah. Walaupun hakikatnya, dalam masa yang sama, bila dorang nak membawang tu, dorang panggil kengkawan dorang and tidak aku. Haha. Silly things je actually. So makin lama hubungan jadi makin renggang, bukan aku yang menjauhkan diri. Aku cuba untuk masuk dalam kumpulan tu tapi nampak cara dorang yang memang terserlah taknak kewujudan aku kat situ. Ok. Life must go on kan. Untuk sesiapa yang ada dalam situasi macam ni. Korang fikir macam ni, korang kawan je dengan semua orang sebab kadang kita tak sedar kawan yang kita tak expect akan rapat dengan kita tu akan jadi kawan masa susah kita. Hidup umpama roda gais.

Jadi. Setelah lama-lama, aku pun terbaca tentang introvert ni dan mula membandingkan diri aku dengan attitude yang ada dalam introvert people ni. Ya. Aku makin yakin aku introvert type. Dan selama ni aku jiwa kacau sebab tak kenal diri sendiri dengan lebih mendalam. So sekarang, aku banyak habiskan masa dengan diri sendiri, pergi mana-mana semua sendiri. Loner? Tak. Aku ada je lagi ramai kawan. Kawan-kawan aku yang lain ni pun kadang marah aku keluar sorang. Tapi yaa aku bahagia dengan diri aku. Aku rasa tenang. So korang, kalau nampak ada kawan korang yang jenis keluar sorang. Bukan tak peduli orang langsung ye. Sebab kadang orang fikir introvert ni pendiam & pemalu bagai, tapi sebenarnya salah. Introvert people ni dia recharge diri dia dengan diri dia. Itu je. Aku bising je actually. Tak ada nak malu bagai. Haha. Tapi the way aku nak recharge diri aku bukan dengan berdepan orang ramai. Tapi aku perlukan waktu untuk diri sendiri.

Kesimpulannya aku nak cakap kat sini. Kadang korang rasa diri korang je betul. Tapi sebenarnya korang yang tak kenal diri korang lagi. Korang tak tau sebenarnya apa masalah diri korang. Cek diri korang balik dan jawab balik semua masalah yang korang berdepan sekarang, In Shaa Allah korang faham apa yang aku cakap. Mekasihhh sudi baca :)

– Aulia Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit