Islam Sempurna

Saya bukanlah seorang muslim, cuma seorang gadis yang mempercayai Islam itu adalah agama yang benar sejak sekolah lagi. Oleh kerana keberanian itu belum ada, maka niat untuk memeluk Islam belum ditunaikan sehingga sekarang. Semoga umat Islam mendoakan untuk Allah memudahkan urusan saya.

Namun confession ini bukanlah mengenai saya. Dan, saya tahu tidaklah layak bagi hamba hina dan kurang ilmunya seperti saya menyampaikan confession seumpama ini.

Dimohon bagi non-muslim tidak meneruskan pembacaan kerana perbezaan fahaman agama kita hanya akan menyebabkan persengketaan dan pebahasan. Ini saya tujukan kepada yang muslim. Jangan ungkit saya ingin keluar dari agama yang sekarang kerana mungkin saja saya tidak beragama. Confession ini Bukan mengenai agama lain!

Siti Kassim (SK), saya tidak sangka kenapa ramai juga muslim sendiri yang mempertahankan wanita ini termasuk merujuk kepada post Anas Zubedy mengenai SK.

-Islam tidak seiring dengan peredaran zaman-

Ya, kenapa? Sebab manusia akhir zaman mendekati kiamat penuh dengan kemungkaran. Islam adalah agama yang melarang kemungkaran dan tiada sebarang kelonggaran walaupun sedikit untuk ‘kemudahan’ manusia.

Fahamkan maksud saya ini, jangan salah taksir. Maksud kemudahan yang saya katakan adalah nafsu. Islam agama Allah, maka ia tetap dan tidak boleh dipengaruhi walau sedikit pun yang bermakna tiada pengubahsuaian demi menuruti kehendak manusia.

Nesg, WAJIB BACA bagi mengelak salah faham.

PENCERAHAN- Sebetulnya, manusia lah yang tidak dapat mengikuti Islam ketika akhir zaman bukan Islam tidak seiring dengan peredaran zaman.

Contoh,

Hijab atau tudung digunakan untuk menutup aurat wanita termasuk rambut, leher hingga ke dada. Namu demi fesyen, hijab dipakai umpama tuala di kepala wanita selepas mencuci rambut. Benarlah bonggol unta yang dikatakan Allah. Hijab ini juga sudah tidak menutupi bahagiaan leher mungkin kerana lebih kurang panasnya jika begitu. Untuk menampakkan anting-anting maka terlihat sedikit telinga.

Di sini bukanlah saya ingin mengatakan jahatnya mereka yang tidak menutupi aurat padahal saya sendiri juga tidak menutupi aurat. Maksud saya yang sebenar adalah hanya kerana anda ingin berfesyen, rimas atau panas atau apa sahaja alasan, anda tidak boleh mengubah syariat pemakaian ditetapkan Allah. Sama ada Islam yang meninggalkan kita atau kita yang meninggalkan Islam. Bukan saya memurtadkan kita!

Maksud saya, kita tetap tidak akan dapat mengubah Islam dalam mengatur aurat manusia kerana ia datangnya dari Pencipta. Islam tidak akan mengubah ketetapan agamanya hanya kerana ada manusia yang mengeluh hijap itu panas bagi kaum wanita, atau, tidak releven bagi mukan muhrim tidak bersalaman atas urusan diplomatik/perayaan. Kerana itu Islam akan menjadi asing mendekati kiamat kelak sehingga zikir menjadi makanan orang beriman.

Istilah ‘Be Yourself’ kita berbeza dengan barat. Perkahwinan sesama jantina dalam Islam tetap akan dilarang walaupun manusia mahukannya. Penukaran jantina tetap haram. Mana mungkin mahu melihat akad nikah pasangan sama jantina di masjid! Orang lain tidak akan redha hingga kita mengikuti cara mereka.

Jika wanita berpakaian hampir berbogel, nampak lurah sehingga menampakkan puting,berseluar dalam menampakkan celah kangkang (maaf) adalah dianggap keyakinan dan be yourself. Kenapa tidak wanita Islam yang ingin menutupi aurat? Bahkan dilarang. Sungguh hipokrit.

Niat saya yang sebenar adalah saya melihat Islam itu agama sempurna. Jika kita cuba mengolah itu umpama kita ingin mencipta Islam versi baru seperti ingin mencipta agama baru!

Akhir kata, apa yang saya sampaikan bukanlah mengenai auraf. Tidaklah layak bagi saya. Itu hanya contoh atau kiasan. Sejahat-jahat kita, tiada hak untuk mempertikaikan ketetapan agama Allah. Lebih baik berdiam diri jika perbuatan sendiri salah. ‘You know, i know’, perbuatan kita salah apabila orang menegur walaupun dengan cara menghina.

Jangan menegakkan benang basah. Islam itu tetap dan tidak akan berubah sampai ia akan menjadi asing di hari mendekati kiamat kelak. Sama ada kita ingin menurutinya atau Allah sendiri lah yang akan mengasingkan kita dari agamanya.

Doakan yang baik-baik buat saya.

– KT

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *