Isteri Tak Sempurna

Assalamualaikum. Terima kasih sebab sudi siarkan luahan aku. Tiada lain yang aku harapkan, cuma secebis pandangan dan doa dari yang sudi membaca..

Usia perkahwinanku sudah setahun lebih. Berkahwin dengan lelaki yg telah ku kenal lebih dari 6 tahun.
Kami bertemu di kolej yg sama kemudian menyambung pengajian ijazah sarjana muda di universiti yg berbeza. Malang bagi suamiku, rezekinya belajar di IPTA hanya separuh jalan sahaja. Dia terpaksa berhenti atas sebab2 tertentu.. Tapi, itu sedikitpun tidak membuat aku berubah hati. Aku sayang suami aku seadanya dan bagi aku, semua manusia hidupnya ibarat roda, kadang di atas, kadang di bawah. Aku berusaha utk bntu suamiku bngkit dari kegagalannya itu. Biar tidak berkelulusan tinggi, asalkan jadi manusia yg berguna dan bertanggungjawab.

Aku meneruskan pengajianku dan bergraduan dengan cemerlang. Namun, kehidupan dikota untuk seorang perantau sepertiku, bukan mudah. Tambahan, aku tiada keluarga yg terdekat. Segala keausahan aku tanggung sendiri. Pada waktu itu, aku putuskan untuk berkahwin dgn suamiku. Waktu itu, dia sudah mmpunyai pekerjaan tetap meskipun gaji yg sederhana. Tujuanku bernikah, tiada lain hanya mahu satu hubungan yg halal dan diredhai juga pd masa yg sama, utk memudahkn lg urusanku dan suami..Aku masih lg mmbantu suami utk mndptkn kerja yg baik.

Waktu itu, aku dan suami PJJ..satu d KL dan satu di selatan. Memandgkn suamiku tidak mmpunyai cuti yg tetap, maka aku lah yg selalu berulang alik setiap hujung mnggu untuk menziarahi suamiku. Penatnya, hanya Allah yg tahu..kewangan juga agak memeritkan namun aku tetap berusaha utk blik menzirahi suamiku.. suamiku hanya menyewa sebuah bilik kecil di bangunan rumah kedai. Tapi tak pa, aku tak kisah asalkn dpt menziarahinya.

Alhamdulillah, selang brapa lama, aku ditawarkn pekerjaan yg lbih baik dan gaji yg lbih lumayan. Suami ku juga dipindahakn ke KL..dapatlah kami tinggal bersama.Aku rasa syukur yg tak terhingga.. Sungguhpun gajiku dua kali ganda dari suamiku, namun aku tidak kisah sedikitpun. Melihat suamiku ttp bekerja demi menyara kluarga pun aku sdah bersyukur. Aku faham, dia mungkin tak mampu mmberi kemewahan pada ku tp suamiku cukup penyayang.

Cuma..lumrah rumah tangga, pasti ada masa bergolak jua..Suamiku yg ku kenal 6 tahun lalu, seorang yg mnjaga solatnya tapi ntah kenapa, selepas berkahwin dia selalu telepas solat subuh. Puas aku kejutkan..kdg sampai naik angin dibuatnya, barulah dia bangun. Suamiku juga jarang mngajar ilmu agama pada ku. Aku bukanlah mengharap suamiku seperti ustaz, tapi setidaknya ambil beratla tentang agamaku, solatku dan bacaan al quranku. Adakalanya, aku tak mampu lg menahan kecewa dengan sikapnya, aku kadg merajuk dan naik suara.

Suamiku ini terlalu suka menonton movie dan mghadap handphone. Kadang, aku berbaring disebelah, tapi handphone juga yg dihadap. Tiada pun nk bertanya bagaimana keadaanku. Kadang, aku penat balik dari kerja tp tetap berusaha utk masak dan mnyiapkn makan minumnya. Beli barang dapur sendiri2. Aku juga faham akn kewangan suamiku jadi aku jarang minta wang untk mmbeli barang dapur. Suamiku hnya mmbantu utk bayar sewa dan bill2 asas yg lain.

Tak pa, aku faham..tapi suamiku, kadang tak bntu pun kerja2 rumah. Lpas makan pinggan tak basuh. Kain tak tolong pun lipat. Ya, kerjanya mmg agak berat tp apa salahnya tolong yg mampu.Ini tidak, balik kerja makan, tgok tv tidur pukul 2,3 pagi pastu subuh gajah. Dia tak fikirka, sepatutnya dia yg kejutkn aku solat, bukan aku..itu tanggungjawabnya.

Aku dahulu pernah didiagnos dgn depression. Alhamdulillah, skrg sudah pulih tp adakalanya sikap suamiku mmbuat aku stress dan semacam hilang pertimbangan.
Aku pernah luahkan hal ni dan suamiku juga tahu yg aku ada depression tp dia cuma akn berubah 2,3 hari shj, kemudian mula balik buat perangai .

Aku sebenarnya rasa bersalah bila selalu marah2, tapi knp suami semacam tidak memahami apa yg aku rasa? Masih lg dgn sikapnya yg endah tak endah.. Aku rasa, aku sdah ckup bertolak ansur dgannya. Aku cari rumah yg dekat dgn tmpt kerjanya walaupun aku terpaksa ke tmpt kerja ambil masa dlm 40 minit.
Aku tak minta lebih, cuma mahu dia lbih bertanggungjawab dan jaga perasaanku.Semua isteri pun berharap begitu.

Org kata, bila isteri ni berjawatan dan bergaji besar dari suami, istri akn lbih ego..tapi dlm hal ni, aku kah yg ego? Aku kah yg x hargai suami? Aku berusaha jd isteri yg terbaik. Tapi akupun ada hati perasaan..salahka semua yg aku rasa ni?

Terima kasih sudi baca..doakn rumah tangga kami dan doakn aku dpt jd isteri yg soleha serta ikhlas berbakti untuk suamiku, kerana Allah ta’ala.. Lepas bergelar isteri, barulah aku faham knapa darjat isteri soleha itu sgt tinggi di sisi Allah, isteri soleha boleh masuk syurga dari mana2 pintu yg ia sukai..hebatnya, subahanallah.tapi, utk mggapai gelaran isteri soleha itu bukan mudah..mujahadah harus tinggi.. Sedang aku hanya seorang isteri yg tak sempurna.

Wallahua’lam.

– Cahaya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *