Istikharah Si Dia

Istikharah Si Dia

Assalamualaikum.
Kalau disiarkan oleh admin yang baik hati, terima kasih bebanyak!  Aku rasa lama dah aku simpan kisah aku ni sendiri walaupun hakikatnya sekarang aku dah move on dari sejarah lalu. 

Aku bersyukur sangat.  Kadang-kadang kita tak nampak apa hikmah disebalik ujian yg Allah turunkan.  Aku terpanggil nak kongsi sebab belakangan ni terbaca cerita cinta yg tak kesampaian. Berpisah tanpa rela. 

Kisahnya beberapa tahun lalu, aku kenal dengan seorang lelaki melalui media sosial. Berbalas mesej dan kemudian kami bertukar nombor.  Berlarutan sehingga kami akhirnya berjumpa dan pada perjumpaan pertama kami, banyak perkara kami bualkan dan kami tak terasa kekok. Keserasian mula terbit. Hubungan kami berterusan tapi jarang berjumpa sebab kekangan waktu dan kami masing-masing juga masih study waktu tu.

Aku boleh katakan dia lah lelaki yg boleh terima semua buruk aku, kekurangan aku, sebab serius cakap, aku bukannya ada rupa paras cantik pun. Even perempuan cantik dan hot pun tak pandang aku,  apatah lagi lelaki.  So, disebabkan ini aku rasa bertuah sebab dia hadir dalam hidup aku.  Dan kami juga ada bicarakan tentang perkahwinan. Itu lah matlamat hubungan kami.

Family aku tak tahu sebab kitorang jenis yang tak expose kan hal percintaan dan pasangan pada keluarga.  Melainkan,  dah betul-betul ada hala tuju nak ke arah perkahwinan.  Family dia pulak memang dah tau tentang aku cuma mereka tak pernah berjumpa dengan aku. 

Aku ringkaskan cerita, kami bercinta selama 3tahun.  Dalam tempoh tu kami masih di universiti (yang berbeza).  Suatu hari,  dia menelefon aku seperti biasa. Dia cakap ada sesuatu yang ingin dia sampaikan.  Entah kenapa aku rasa ada sesuatu yang tak enak bakal aku ketahui melalui nada suaranya. Katanya tentang ‘kita’.  Lagi lah berdegup laju jantung aku.  Dia kata dia nak hubungan ni berakhir, sebab aku bukan untuk dia,  bukan yg terbaik bagi dia. Aku tanya dia kenapa. Dia jawab,  abangnya suruh dia buat istikharah,  untuk make sure betul ke aku jodohnya. Dia buat banyak kali katanya, dan bermimpi kami berkahwin kemudian bercerai. Jadi, dia tanya kepada seorang ustaz dan minta pandangan. Dan aku rasa korang sendiri boleh tau apa pandangan dan jawapan ustaz tu kan?

Maka,  kami pun berpisah dalam terpaksa rela walaupun aku puas memujuk dia. Ya,  aku pujuk dia sebab masa tu aku rasa aku patut cuba dan terus cuba pertahankan hubungan kami. Aku pernah terbaca bahawa jawapan istikharah bukan semata-mata dalam bentuk mimpi. Sebab tu aku cuba juga pujuk dia. Perkara macam ni aku tak pernah bayangkan akan terjadi, sebab aku nampak dia sayang sangat kat aku, sangat-sangat ambil berat hal aku. Dan yang paling aku nak sangat kahwin dengan dia adalah dia ada asas agama yg teguh dan anak yg taat pada keluarga. Memang aku tak pernah rasa dia akan curang atau tinggalkan aku. Tapi, dia tinggalkan aku kerana Allah.  Ya,  itulah sebaiknya.

Masa tu,  aku rasa dia kejam. Sebab tak beri peluang perbaiki hubungan kami. Aku fikir mungkin jawapan istikharah tu hint supaya kami sama-sama perbaiki diri sebelum jadi suami isteri. Setelah berpisah,  dia kata kami boleh jadi kawan tapi sebaliknya dia ignore aku kaw kaw!  Seolah dia benci sangat kat aku. Aku selalu menangis, aku rasa tak kuat sangat nak hadapi benda ni sendiri,  susut jugak lah badan aku masa tu,  patah hati punya pasal.

Almost 2tahun aku cuba move on.  Aku banyak habiskan masa dengan study, family dan kawan-kawan. Sampailah aku habis study dan aku kerja, aku masih mengharap.  Sebab aku ingat 1 ayat dia,  “kalau ada jodoh kita suatu hari nanti,  ada lah”. Ayat harapan kan? Hahaha. 

Aku berdoa sangat2 supaya ada jodoh aku dengan dia. Aku amalkan solat2 sunat supaya lebih tenang, dan tak terlalu memikirkan dia tapi dalam doa aku akan sebut nama dia. Masa tu aku tak terfikir nak berjodohan dengan org lain. Aku punya harapan agar dia menjadi suami aku adalah sangat tinggi. Dasyat betul! That feeling was I dont want anybody else and I want him so bad! Taktau aku nak describe macam mana tapi sekarang ni bila aku ingat balik,  aku rasa annoying dengan diri sendiri.  Hahaha.

Dan ada satu ketika aku terdetik untuk berdoa kalau bukan jodoh aku dengan dia,  aku akan terima orang pertama yg sudi memperisterikan aku dengan ikhlas. Asalkan dia ikhlas menerima diri aku seadanya. Mesti korang fikir aku ni dah kenapa macam terdesak sangat nak kahwin? Tak. Aku cuma buat persediaan. Aku kena berdoa dari sekarang untuk dapatkan apa yang aku nak akan datang. Faham tak maksud aku? Kalau kita dah tadah tangan berdoa, ada satu macam perasaan dalam hati kita iaitu perasaan berserah. Serah segalanya pada Allah. Kau punya part adalah berdoa dan berusaha.

Syukurlah, Allah makbulkan doa aku.  Aku berkahwin dengan seseorang yang akhirnya boleh buat hati aku berputik cinta kembali. Suami aku,  waktu dia mula-mula mengenali aku,  dia terus berniat untuk memperisterikan aku.  Dan aku?  Masa tu aku tak de rasa apa-apa.  Aku rasa kosong dan aku serah semuanya pada Allah. Aku sendiri yg cuba untuk neutralkan hati ni.  Aku taknak pupuk rasa suka dan sayang terlalu awal,  aku takut nanti kecewa lagi. Jadi, aku solat istikharah dan aku serahkan keputusan pada mak ayah aku. Kalau mereka setuju dan suka dengan lelaki itu,  maka aku juga menerimanya dengan hati terbuka dan ikhlas. Aku tak ada mimpi (lepas istikharah) pun cuma aku rasa segalanya berjalan lancar di kedua belah pihak dan mak ayah aku pun macam dah suka sangat bila aku dah sampai jodoh. Lepas sah aku jadi tunangan org, hati aku dah totally takde untuk ex aku yg aku tunggu selama hampir 2tahun tu. Rasa sayang tu hilang entah ke mana. Apatah lagi setelah sah aku menjadi isteri kepada seorang lelaki yg berani datang seorang diri jumpa mak ayah aku untuk nyatakan hasrat mengahwini aku, aku semakin yakin inilah jodoh dunia akhirat aku.

Menyesal? Tak.  Aku tak menyesal malah aku berterima kasih pada Allah kerana merancang jalan cerita hidup aku begini.  Dan aku percaya setiap yg berlaku pasti ada hikmah.  Setiap yang pahit,  tersembunyi yg manis. Dan aku dah merasai kemanisan atas kepahitan dan kebanjiran air mata yg telah aku bazirkan dulu. Haha. 

Aku faham perasaan bila ditinggalkan,  terpaksa berpisah sebab keluarga tak restu,  pasangan kau terpaksa kahwin dengan pilihan keluarga,  dan cerita yg seangkatan dengannya. Sedih itu pasti.  Kau rasa kau hilang sesuatu yang begitu berharga yang sayang sekali untuk kau lepaskan tapi kau lupa diri kau lebih berharga, sayang diri sendiri dulu. At the same time, jangan give up.  Keep on berusaha dan berdoa. 

Dan sekarang aku bersyukur kerana ditinggalkan. Aku bersyukur kerana disebabkan istikharah si dia yang menjadi titik berakhirnya hubungan kami dan membuka jalan aku bersama suami aku sekarang.

Aku belajar sesuatu daripada kisah lalu ; Bila kita mahu sesuatu,  berdoalah pada Nya. Dan jika Allah tak beri apa kita nak,  Dia beri apa yang terbaik.  Dan akhirnya yg terbaik itulah yang kita akan hargai dan syukuri sangat-sangat.  Itulah sebenar-benar kemahuan dan kehendak kita yang Allah lebih tahu. Alhamdulillah.

~catalyna

– catalyna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments