Isu Alif Aziz dan HPD

Isu Alif Aziz dan HPD

Memandangkan tengah hangat kes artis AA yang pukul bini lepas kantoi curang, aku ada teori aku sendiri pasal golongan macam ni. First of all, aku nak tegaskan yang aku bukanlah suka sangat masuk campur gossip-gossip artis ni. Tapi disebabkan apa yang AA buat mengingatkan aku pada insiden yang berlaku dalam family aku lima tahun yang lepas, so aku rasa terpanggil untuk explain serba sedikit pasal kes ni. Sebelum tu, meh aku recall apa yang terjadi lima tahun lepas.

Dulu kakak aku pernah bertunang dengan Wkwk Ahmad Olalekan (bukan nama sebenar)atau nama panggilan manjanya Ahmad. Ramai orang kenal personality Ahmad ni sebagai seorang yang alim, baik dan berbudi bahasa orangnya. Masa kat university dulu Ahmad belajar dalam bidang yang boleh tahan Islamik. Ketayap tak pernah tinggal atas kepala.

Empat tahun Ahmad bercinta dengan kakak aku, tak pernah sekali pun dia sentuh kakak aku. Kira baguslah kan? Sebelum konvo dorang bertunang. Lepas grad, Alhamdulillah kakak aku dapat tawaran kerja kat Sarawak. Alhamdulillah untuk kakak aku yang dapat rezeki dan mungkin juga Alhamdulillah untuk Ahmad yang berada di semenanjung untuk ‘buat hal’ tanpa ada halangan.

Dipendekkan cerita, masa tu tak silap aku tinggal dua atau tiga bulan lagi kakak aku nak kawin dengan Ahmad. Kakak aku dah mula risau kat Sarawak sebab banyak urusan kawin yang tak settle lagi. Masa tu kad kawin pun tak edar lagi. Ahmad janji nak settlekan sebanyak mungkin urusan perkahwinan dorang yang dia mampu buat memandangkan dia ada kat semenanjung.

Ramadhan 2012, segala-galanya terbongkar. Tuhan Maha Adil nak tunjukkan di bulan yang mulia, Ahmad kantoi curang depan perempuan lain depan mata aku sebagai bakal adik ipar tak menjadi. Kebetulan masa tu aku pergi Jalan TAR nak beli barang untuk persiapan raya. Sekilas aku terpandang Ahmad berpegangan tangan dengan orang lain. Siap bawakan handbag untuk perempuan tu. Ketayap dah takde atas kepala. Tapi sebab muka Ahmad nampak innocent dan pakaian perempuan tu juga boleh tahan Muslimah, sesiapa pun akan fikir dorang pasangan suami isteri. How sweet they are! Lagi ‘manis’ perbuatan tu masa bulan puasa. Aku follow je belakang dorang. Sampai lah perempuan tu masuk dalam satu kedai dan Ahmad hanya tunggu di luar. Yang penting, handbag perempuan tu tak lepas dari tangan Ahmad ye.

Aku approached Ahmad yang tengah tunggu ‘bidadari’ dia. Of course lah muka dia macam ayam berak kapur dan tangan dia slow-slow sorokkan handbag perempuan tu kat belakang dia. Aku tanya Ahmad datang dengan siapa? Ahmad cuma jawab datang dengan kawan. Disebabkan conversation kami terlalu awkward, so aku mintak diri untuk blah. Lepas dah blah, aku call kakak aku kat Sarawak. Memandangkan itu hari Sabtu, jadi aku fikir sekurang-kurangnya kakak aku ada masa dua hari untuk tenangkan diri dia.

Mana-mana perempuan dalam dunia ni akan ada rasa sedih bila pasangan kita curang. Tipulah kalau tak ada apa-apa perasaan pada permulaannya. So untuk Anzalna Hu Fi Lailatil Qadr yang dok kata perempuan baru lepas bersalin ni meroyan, kau silap. Orang yang normal pun boleh meroyan kalau pasangannya curang. Ok, sambung balik. Yang kelakar bila perempuan yang keluar dengan Ahmad, telefon kakak aku untuk jelaskan yang mereka cuma berkawan. The best part when she telling my sister, “That was the last time we did it. Lepas ni kami nak bertaubat dah…” Wow, ini confession yang paling kelakar aku pernah dengar. Akak aku cuma balas, “Kalau awak cuma officemate dengan dia, jadi boleh lah saya berpelukan dengan officemate saya kat sini (Sarawak) kan?”

Kebetulan masa tu Ahmad dah bagi separuh wang hantaran kat kakak aku. Kali ini Ahmad timbulkan drama meminta kembali wang hantaran yang diberikan berbekalkan alasan kakak aku yang nak memutuskan pertunangan. Dan tak lama selepas itu, Ahmad berkahwin dengan perempuan yang konon-kononnya dikatakan sekadar kawan biasa sahaja. Mudah-mudahan mereka berbahagia hingga ke akhir hayat.

Ahmad dan AA menghadapi masalah yang sama. Histrionic Personality Disorder. Sejenis disorder yang mana seseorang itu inginkan perhatian yang berterusan. Attention seeker. Maybe for 24/7? Ahmad merasakan kakak aku tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya memandangkan jarak mereka yang jauh. Jadi Ahmad merasakan perlu ada ‘seseorang’ untuk memberikan perhatian kepadanya. Same goes with AA. Isterinya baru selepas melahirkan anak, of course tidak mampu memberikan perhatian sepenuhnya terhadap dia baik secara lahiriah atau batiniah. AA merasakan solusi terbaik adalah mencari ‘seseorang’ yang sanggup untuk entertain dirinya. (Karoke kira entertaining lah kan?)

The worst thing, bila Ahmad dan golongan seperti ini memiliki egocentrism yang sangat tinggi. Bila dah kantoi selingkuh, menafikan perkara tersebut dan meletakkan kesalahan ke atas pasangan. Ko faham tak apa itu curang? Ada dua bentuk kecurangan yang kita perlu tahu.

1) Physical Infidelity/Physical Affair – melibatkan sentuhan secara fizikal seperti memegang tangan, meraba, bercumbu, etc) sehingga boleh mejurus kepada berlakunya penzinaan.
2) Emotional Infidelity/Emotional Affair – melibatkan keintiman secara emosional atau dalam bentuk perasaan

Sebenarnya ramai yang terjebak dengan kecurangan kategori emosional. Dah kawin, bertunang atau bercinta dengan orang lain, tapi still berwhatsapp atau sexting dengan perempuan/lelaki lain yang diiringi dengan perasaan dan nafsu. Bila kantoi, kekdah jawapannya, saya cuma rakan sekerja, rakan sekolah, rakan senegara, rakan sekampung dan last-last jadilah rakan sekatil. Nauzubillah.

Ahmad cuma sebahagian kecil daripada mereka. Aku yakin dan percaya ramai lagi golongan seperti ini. Yang menghidap Histrionic Personality Disorder dan memiliki egocentrism yang luar biasa. Solusinya, carilah jalan yang terbaik tanpa menggunakan kekerasan dan yang paling penting belajar untuk bersyukur serta menghargai pasangan kita. Alhamdulillah, untuk kes kakak aku setahun lepas dia putus tunang, dia bertemu dengan lelaki yang lebih baik. Dah nak beranak dah pun, tengah tunggu due je tu.

Untuk isteri AA telah dikasari, carilah solusi yang terbaik sebab tak dinafikan dugaannya lebih berat. Mohonlah bantuan kepada Yang Maha Esa untuk dileraikan segala kekusutan. Keluarga juga paling diperlukan saat-saat genting macam ni. Maka nasihatilah dengan jalan yang terbaik. Ketahuilah, di sebalik awan mendung yang menurunkan hujan, akan muncul pelangi! Biiznillah.

Bila hadap dan dengar kes-kes macam ni, jadi Gamophobia pulak!

– Temah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments